Begitu bersemangat sekali kami. Pukul 7 pagi dah bertolak ke Sungai Congkak. Berbekalkan peta yang diberi oleh kawan sepejabat. Malangnya kami tersilap simpang di Ampang. Tiba-tiba aku perasan kami dah berada di Pandan Indah. Nasib baiklah aku pernah kerja di sana tahun 1997. Dengan menggunakan kenangan lama, kami berjaya sampai ke MRR2 semula, so terus jer ikut jalan tersebut untuk ke Highway Grand Saga. Meraba-raba jer. Masa bayar tol, tanya adik tuh, dan katanya keluar itu simpang ke Hulu Langat. Pakai main redah jer, tapi alhamdulillah kami sampai juga ke tempat yang dituju. Masa register, bila sebut jer nama suamiku, so adalah yang cakap " ooo ini rupanya suamiku. Tak lama lepas itu bas yang membawa budak-budak tu pun datang. Kami memerhatikan seorang demi seorang. Hati aku sayu, sebak dan semacam jer aku pun tak tahu kenapa. Kami semua termasuk anak-anak ini dipersilakan bersarapan pagi. Lepas itu sesi motivasi untuk anak-anak ini. Dan waktu petangnya pula untuk mereka bersukaneka. Keseluruhan aktiviti hari itu diringkaskan dengan gambar itu. http://www.sim.org.my/album4/ Balik tuh, kami berbincang. Tidak adil rasanya kalau kami mengambil seorang anak tersebut dan memisahkannya dari yang lain. Lalu kami mengambil kesimpulan, untuk menganggap semua anak-anak Nurhikmah ini sebagai anak angkat kami.
Nurhikmah - Permulaan penglibatan
Tetiba jer aku dapat e-mail dari suamiku
Yayasan Kebajikan Nurhikmah menjemput anda untuk sama-sama memeriahkan Hari Keluarga Nurhikmah. Tujuan program ini adalah mendekatkan masyarakat dengan anak-anak yatim dari Rumah Nur Hikmah, Kajang, Selangor. Butir-butir lanjut Hari Keluarga adalah seperti dibawah ini :Tarikh : 18 Jun 2006
Hari : Ahad, Mulai jam 8.00 pagi hingga 5 petang.
Tempat : Ecotoria Resort,
Sg Congkak, Hulu Langat, Selangor
Bayaran
Penyertaan : RM20.00 dewasa RM10.00 kanak-kanak (12 - 5 tahun)
Berbagai
acara disusun
bagi memeriahkan acara ini.
Nak Join?
Aku blur. Apa ke bendanya nih. Tapi sebab aku busy dengan kerja aku, so aku pun ignore jer dulu mail ini. Malam tuh barulah aku ditunjukkan tentang laman web Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my/ , cadangan mengujudkan Yayasan Nurhikmah dengan segala-galanya. Sebagai isteri aku bersetuju dengan cadangan suamiku, tetapi aku agenda tersendiri. Kami bercadang untuk mengambil salah seorang dari anak yatim itu untuk dijadikan anak angkat. Mungkin akan dibawa balik ke rumah di hujung minggu, akan dibawa balik kampung dan sebagainya.