RSS

My birthday

Hari keramat, usia ku bertambah lagi. Seperti yang telah kami persetujui tiada sambutan harijadi untukku tahun ini. Budget tersebut akan diperuntukkan untuk sambutan di Nurhikmah. Namun tradisi akan tetap kekal tradisi. Walaupun ringkas namun kami adakan jua dinner di luar sama macam tahun-tahun sebelumnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cadangan majlis

Kami berjumpa Presiden Nurhikmah bagi menjelaskan hasrat dan tujuan untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk anak-anak Nurhikmah. Semuanya bermula dengan gambar dari acara di Sungai Congkak yang kami rasakan tidak lengkap. Semasa di Sungai Congkak, ada satu keluarga yang membawa kek hari jadi untuk anak-anak mereka. Semasa memotong kek tersebut, anak-anak Nurhikmah ini memandang dengan penuh keinginan. Pada malam tersebut juga Presiden menjelaskan tentang Cadangan Penubuhan Yayasan Nurhikmah dan perancangan agendanya. Barulah kami faham segala-galanya dan yakin hasrat untuk mengadakan Kompleks yang lebih sempurna nih akan tercapai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengurusan Kewangan di IPT

Sekali lagi kami ke Sekolah Menengah Sains Muar. Kali nih suamiku diberi slot khas memberikan ceramah tentang Pengurusan Kewangan di IPT. Program yang bermula pukul 2.00 – 5.30 ptg itu dibahagikan kepada 2 sesi. Bermakna 2 kali suamiku mengulangi point yang sama untuk disampaikan kepada lebih 200 orang pelajar di sekolah tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Program Aspirasi

Program Aspirasi 2006 untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Sains Muar. Kami bertolak ke Muar lepas kerja hari jumaat tuh. Aku tak nak makan dipertengahan jalan sbb aku dah teringan sangat nak makan mee bandung berhampiran stesyen bas di Muar. Kami sampai disekolah tuh lebih kurang pukul 8.30. Lepas regsiter dan bercakap dengan AJK kami pun meminta diri untuk mengisi perut terlebih dahulu. Memang sedap betul Mee Bandung Muar Di Bentayan tuh, tapi rasanya belacan dia pun satu kilo kut. Kami menginap di Hotel Riverview pada hujung minggu itu. Berbanding dengan 2 tempat penginapan kami sebelum ini iaitu Hotel Sri Pelangi dan juga Rumah Rumah Muar, rasanya kali ini yang terbaik dari segi harga, lokasi, kemudahan parking dan segala-galanya.Seronok juga aku tengok game dan aktiviti yang dijalani oleh pelajar-pelajar nih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bengkel Penulisan

Kami menghadiri Bengkel Penulisan Cerita-cerita motivasi untuk kanak-kanak. Bengkel ini adalah anjuran PTS Publication Sdn. Bhd dan diadakan di Taman Permata. Ceramah dianjurkan oleh penulis buku yang terkenal Pn Ainon Mohd. Banyak juga ilmu yang kami perolehi walaupun ceramah ini diberikan secara percuma. Ianya menguatkan semangat dan keazaman kami untuk menghasilkan sebuah novel motivasi kewangan kami sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS