RSS

Post Hari Tautan Kasih Nurhikmah

Lepas solat subuh dan makan roti yang ada dalam peti ais kami tidur untuk merehatkan badan. Bila bangun tengahari suhu badan aku pula yang 39.50 C. Kami ke klinik yang biasa di Selayang. Doktor nak bagi ubat jer tapi suamiku request aku disuntik macam dia hari jumaat tuh. Lepas tuh baru cari makan tengahari. Tempat..Restaurant Tuuu Dia... Pak Tam, Bandar Baru Selayang. Selera orang demam, sedap juga sup nasi ayam nih, rasa nak minta tambah pulak.

Bila balik rumah baru teringat yang periuk bawa bihun semalam masih dalam kereta dan belum dicuci. Rumah ibu mertuaku pun belum disapu selepas masak semalam. Mujurlah mereka baru bertolak dari kampung petang itu, maka sempatlah kami buat semua itu dengan segala kepayahan orang-orang demam. Aku sapu sampah, basuh kuali dan bekas2 yang guna untuk masak, laki aku basuh periuk di luar. Balik rumah tidur lagi. Senja tuh, dapat sms dari Presiden mengatakan bahawa beliau telah dimasukkan ke ward di HUKM. La pulak dah. Semoga president cepat sembuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Tautan Kasih 1

Dalam perjalanan balik dari pasar, di simpang 3 berhampiran FRIM, kereta kami dilanggar dari belakang oleh kereta proton Iswara. Alhamdulilah tiada kerosakkan teruk, cuma calar sedikit sahaja. Kami pergi ke balai polis yang berhampiran untuk buat report. Sebaliknya kami diarahkan untuk pergi ke balai polis lain yang agak jauh dari rumah. Memandangkan waktu yang agak suntuk kami menangguhkan dahulu urusan tersebut.

Sampai dirumah ibu mertuaku, kami mula masak bihun. Seumur hidupku, aku cuma biasa masak bihun 1/2 kg untuk kami berdua bersarapan. Inilah kami pertama, kami mencipta sejarah masak bihun sebanyak 4kg. 2 kali masak. Letih dan lenguhnya, Allah sahaja yang mengetahuinya.

Pukul 12 kami terbaring keletihan. Kemudian kakak yang nak bekalkan kek tuh pulak call. Ada sedikit masalah untuk menghantar kek tersebut. Call Presiden, minta tolong sahabat-sahabat cuba selesaikan. Alhamdulilah berjaya diselesaikan. Pukul 1 semua barang dah siap dimasukkan ke dalam kereta dan kami pun bertolak ke Rumah Nurhikmah. Jalan jem yang agak teruk bermula dari Ampang lagi. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 2.30 ptg.

Aku minta izin untuk solat zuhur, dan aku di minta bersolat di bilik pelajar putra. Inilah kali pertama aku dapat melihat betapa daifnya kehidupan anak-anak ini. Aku dulu di MRSM 4 org satu bilik dengan katil, meja, tilam, almari dan segala kelengkapan. Sedangkan budak-budak nih aku tak pasti berapa orang satu bilik. Yang nyata keliling bilik itu penuh dengan loker kecil untuk mereka menyimpan buku dan baju. Dan diatas loker tersebut ada beberapa helai TOTO pastinya untuk mereka tidur dimalam hari.

Bila suamiku meminta budak-budak ini melukis apa saja pada petang itu, ramai dikalangan anak-anak ini yang melukis gambar rumah dan juga tanda love. Jelas mereka inginkan rumah tempat perlindungan yang lebih sempurna dan juga belaian kasih sayang dari mereka yang sudi.

Bila agenda memotong kek, satu kek untuk puteri. Kek Coklet untuk putera. Masing-masing dapat peluang untuk potong kek. Semua yang teringin memotong dan makan kek boleh merasanya pada hari tuh. Dah lepas semua anak-anak ini dapat peluang potong kek, barulah birthday girl dapat memotong kek untuk dibahagikan kepada semua tetamu yang hadir. Bila tengok gambar, baru terasa eh nih kan besday parti aku. The best and the most expensive birthday party that I ever have in life. Majlis yang paling bermakna dan dihadiri oleh begitu ramai tetamu istimewa. Pukul 6 baru kami berangkat pulang, meninggalkan 2 biji kek yang masih berbaki dan juga sejumlah besar bihun yang belum luak. Penat memang penat. Beg duit kami pun dah kosong. Teringat iklan Mastercard

  • Barang-barang(pinggan, mangkuk dan hadiah) di MAKRO = RMXXX
  • Kek hari jadi = RMYYY
  • Bihun Goreng = RMZZZ
  • Kepuasan yang dirasai = Priceless .
  • Hingga tak terkata. Dan Cuma kami yang merasainya.

Singgah sebentar di R&R Bukit Dukung untuk Solat Asar. Teringat kakak yang buat kek tuh. SMS ucapkan terima kasih pada dia dan minta kalau boleh dapat bekerjasama lagi. Sebenarnya kalau boleh nak minta kek free lah pulak. Bukan untuk diri sendiri, tapi untuk anak-anak Nurhikmah ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Demam??

Bangun pagi, tetiba jer badan suamiku panas sangat. 390 C. Aku tak sanggup untuk pergi kerja dan meninggalkannya berseorangan dirumah. So aku pun El. Hantar e-mail pada rakan sepejabat, tinggalkan amanat apa-apa yang perlu. Kemudian aku hantar e-mail pada Presiden. Aku nak serahkan semua barang keperluan yang dibeli di MAKRO sebelum inj kepada Presiden, just in case kami tak dapat pergi untuk acara besok.

Bila suhu badan suamiku meningkat kepada 39.50 C aku nekat membawanya ke Damansara Specialist Center. Sampai di wad kecemasan, selepas disuntik, suhu badannya turun mendadak. Alhamdulillah tak perlu admitted. Boleh balik ke rumah selepas itu juga.

Petang tu, ibu mertua beserta adik-adik iparku pulang ke Johor . Tinggallah kami berdua. Bila Pesiden call dan mengatakan bahawa dia tiada kenderaan untuk mengambil barang-barang tersebut, aku memberikan jaminan, Insya-Allah kami akan mampu ke Rumah Nurhikmah esok pagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pre Hari Tautan Kasih 1

Aku cuba contact kawan sekerja di Kajang untuk mendapatkan mendapatkan maklumat pelanggan kami yang ada bakeri di Kajang. Alhamdulillah, ada seorang pelanggan yang sudi untuk bekerja sama. Bila aku call nak order kek yang seberat 2kg dia bersetuju untuk beri discount. Untuk kek span dan kek coklet moist discount yang diberikan adalah sebanyak RM15 setiap satu. Katanya khas untuk anak-anak istimewa ini sahaja. So aku jimat RM30 di sini

Ok keperluan pinggan mangkuk dan hadiah untuk jamuan dah settle , kek pun dah settle . Macam mana pula dengan bihun. Aku ingat nak sub-cond jer kepada jiran aku yang memang berniaga nasik lemak, bihun dan kuih-muih setiap pagi. Namun bila memikirkan kalau orang masak, orang cuma nak untung jer. Campur tolak bahagi darap, kami setuju untuk masak sendiri dirumah ibu mertuaku. Untungnya rumah ibu mertua selang 3 buah rumah dari rumah aku. Biasalah rumah orang2 lama nih lengkap sikit. Dengan kuali dan periuk besarnya. Siap dengan dapur gas yang boleh tampung periuk yang besar. Yang utama boleh masak bawah, ditengah-tengah dapur. Tak lah aku lenguh sesangat mengacau 4 kg bihun tuh nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Family Day

Family day opis aku. Tempatnya di Hutan Lipur Sungai Congkak. Sekali lagi Sg Congkak. Berbanding dengan 18 Jun yang lalu aku tidak mengenali seorang pun tetamu yang hadir. Kami nih opismate aku, beserta pasangan dan anak masing-masing. Sambutan cukup meriah, dengan hadiah yang banyak untuk semua orang, tetapi pada aku hambar. Aku terasing dan terasa sunyi di tengah keriuhan jerit pekik anak-anak opismate aku. Aku tercari-cari wajah sayu anak-anak Nurhikmah.

Malam itu kami ke MAKRO Selayang. Tujuan utamanya untuk membeli pencel warna, pinggan, mangkuk, cawan, sudu garfu, hadiah dan segala keperluan untuk majlis yang akan diadakan pada 12 Ogos nanti

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mesyuarat Hari Tautan Kasih

Selepas solat zuhur, kami bertolak untuk mesyuarat bersama-sama AJK di rumah Nurhikmah. Inilah kali pertama kami menjejakkan kai dirumah istimewa ini. Ada lebih kurang 10 orang yang hadir untuk mesyuarat tersebut. Hasilnya semua orang bersetuju untuk mengadakan sambutan hari jadi tersebut pada 12 Ogos 2006. Yang lebih memeranjatkan, Uncle memberitahu ada insan yang menyumbangkan seekor kambing untuk BBQ pada majlis tersebut. Manakala sahabat-sahabat yang lain telah memberi persetujuan untuk membawa makanan mereka masing-masing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS