RSS

Luahan Hati

Seperti biasa, perkara pertama yang dibuat bila lepas buka computer adalah buka e-mail pejabat. Opss. Ada 5 task yang perlu dibuat. Yang satu tuh memang dah lama assign. Ingat nak bawa dalam meeting Stakeholder bulan 8 dulu, tapi sebab setiausaha tak masukkan dalam kertas minit dan supervisor aku pula pergi umrah, so benda tuh terlepas pandang. Sudahnya, "Benda nih kita akan bawa dalam mesyuarat bulan 12 nanti. Boleh tak you call setiap person yang in-charge dan update semua latest status" .

Yang kedua, Setiap hari Isnin Pengarah dan Timbalannya akan bermesyuarat tentang status semua perkara. Arahan terbaru, setiap hari Selasa Timbalan pula akan bermesyuarat dengan semua anak buah dia maklumkan keputusan mesyuarat dan jika ada tugas yang perlu dilaksanakan, bolehlah di assign pada masa tuh. Dan aku, dilantik menjadi setiausaha, setiap hari Rabu, minit mesyuarat tersebut perlu keluar.

Yang ketiga, hari isnin tuh baru dapat data dari MIS. Ada hampir 4000 rekod dalam excel. Yang bestnya data ni untuk seluruh Malaysia. Tarikh2 yang diberi adalah dalam bentuk YYYYMMDD. Aduhhhh.. Macam mana aku nak analisa nih. Terpaksalah aku pecahkan excel tuh ikut negeri. Dan lepas nih nanti nak pecahkan ikut daerah pulak. Lepas tuh barulah aku boleh analisa. Silapnya, komputer aku tak der MS SQL Server atau sebarang database software. Kalau ada semua tuh kan senang. 5 minit jer boleh dapat semua maklumat yang aku perlukan. Eh kat sini aku bukan lagi Programmer atau System Analsyt. So aku dah tak perlukan semua software tuh. Dah 2 tahun aku meninggalkan dunia IT dan System development aku. Tetiba terasa rindu pulak. Dan apa khabar semua geng2 Proses Analyst dan System Analyst aku dulu. Apa khabar programer2 kesayangan aku. Bersungguh2 diorg berdua bincang pasal kerja. Tup2.. dapat kad jemputan. Laaaa programmer aku bercinta rupanya dalam sibuk siapkan task yang aku bagi. Sekarang yang lelaki dah jadi Pilot, yang perempuan kerja mana tah. Dah lama aku tak contact Begitu juga geng2 SA dan PA aku.. Ish.. rindu tetiba. Apa nak buat, kami semua pekerja contact. Ala2 buruh bina bangunan gitu. Dah bangunan siap, maka bertebaranlah kami mencari rezeki ditempat lain.

Yang ke empat dan kelima, dapat semalam. Masa meeting pagi. Then petang tuh ada lagi meeting. Satu lagi task. Supervisor aku siap cakap lagi. Katanya " I tahu, I assign banyak task pada u, bandingkan orang-orang lain yang Cuma dapat satu task jer, sbb I nak you belajar the hard way sama macam I. Lagipun, diorg yang lain tuh 3 atau 4 tahun lagi dah nak bersara. Perjalanan kerja U panjang lagi.". Oklah saya terima. Orang bagi kita kerja maknanya orang yakin dengan kita. Orang tahu kita boleh buat semua kerja dengan baik dan dapat siapkan on time. Lagipun dari 3 task nih, Cuma 2 yang ada dateline iaitu hujung bulan 11, sedangkan yang 3 lagi tiada dateline. Maknanya kerja berterusan selagi masih di bahagian ini.

Tensen tuh tensen juga. Tapi tensen kerja gomen nih tak sama dengan kerja swasta. Kalau dulu, kena bambu dan maki hamun dengan user tuh standardlah. Tapi sekarang dah tak rasa. Campur dengan jadi AJK Nurhikmah, rasanya aku boleh dapat markah yang tinggi juga kut dalam LPP. Baru aku tahu penglibatan dalam kerja2 luar dari pejabat, yang ada jawatan boleh dapat 5%. Hmm banyak juga tuh. Untung2 kalau 3 kali dapat markah tinggi lebih 85% bolehlah dapat Anugerah Pekerja Cemerlang. Ish tinggi juga impian aku. Impian yang akan aku cuba jadikan reality. Bukan hanya fantasi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS