RSS

Terhentinya satu kegembiraan

Pukul 5 p.m - Baru balik dari HUKM, berjumpa dgn Prof. Doktor. Sah, sahih dan confirm. Perutku dah kosong. Kembar 3 telah kembali dijemput Ilahi sebelum sempat ditiupkan roh kedalamnya.

Semuanya bermula petang khamis 26/4/2007, cuti umum semperna pertabalan Yang DiPertuan Agung. Balik dari pasar malam, perut aku terasa sakit sangat. Aku terus juga makan mee goreng kegemaranku. Dah cakap dengan adik tuh, yang satu nih tak mau chili jeruk, tapi adik tuh bubuh jugak. Bila dah tengok ada chili yang bercuka tuh, aku berikan bahagian tuh pada my hubby, dengan kepercayaan tiada lagi bahagian yang bercuka. (Konon nak dijadikan punca, tapi aku memang dah sakit perut sebelum makan mee tuh lagi).

Tengahari Jumaat tuh, aku cuma turun untuk beli nasik di bawah. Tak berdaya untuk jalan jauh2. Sebabnya perut dan kaki aku krem, atas alasan sejuk sangat kut. Hari tuh lebih separuh orang bercuti. Waktu nak solat Zuhur, aku terjumpa satu yang pekat berwarna kuning kecoklatan. Ah..sebab ubat kut. Aku terus juga solat zuhur.

Waktu nak solat Asar sekali lagi jumpa, kali nih tiada lagi kuning, sebaliknya memang dah berwarna coklat. Aku cuak, tapi solat juga. Sebab tahu my hubby dalam meeting, aku cuma menghantar e-mail memaklumkan tentang kerisauan aku.

Balik dari pejabat, perut dan kaki aku krem, tapi aku tabahkan juga untuk drive. Nasib baik keta auto. Boleh tekan minyak dan brek guna kaki kiri. Then my hubby call, suruh aku terus ke klinik tanpa menunggu dia balik ke rumah terlebih dahulu.

Di klinik, masa doktor tuh scan, masih ada lagi si kembar 3 tuh. Dan doktor pun kata tiada sebarang tanda2 yang mencurigakan di dalam perutku. Kalau nak gugur, biasanya kat bhg bawah dah penuh air, kata doktor tuh lah. Namun untuk memuaskan hatiku, doktor tu menyediakan surat rujukan, just in case kalau berlaku pendarahan. Doktor tersebut tidak berani memberi sebarang ubat, takut kalau salah2 bagi nanti, dia pula yang dipersalahkan oleh senior dia, Prof Dr. di HUKM tuh.

Sampai dirumah, 5 minit lagi orang nak azan Maghrib. Tetiba aku terasa ada benda yang keluar, dan bila dilihat, memang sah darah. Aku dah pucat, mujur my hubby tenang. "Jum kita ke hospital sekarang juga". Dah lah perut aku memang sakit, ditambah dengan kecut perut tengok my hubby memecut Rm120km/j di Jalan Kuching yang tidak pernah reda dari jemnya. Mulutku tak berhenti berzikir dan berdoa moga2 kami selamat sampai kehospital dan bayi yang dalam kandungan aku juga dapat diselamatkan.

Sampai dihospital, bila doktor di ward kecemasan tuh scan, apa yang sejam tadi aku nampak di Klinik dah tiada. Perutku dah kosong, padahal darah yang turun baru setitik. Sukar aku nak percaya kata2 doktor di ward kecemasan tersebut, sebab doktor tuh terlalu muda, macam doktor pelatih jer aku rasa. Urine test aku juga menghasilkan jawapan yang negetif. Untuk memuaskan hati kami, sample darah aku diambil untuk diuji paras hormon HCG aku. Kemudian doktor di ward kecemasan tuh call Prof. Doktor untuk memaklumkan kes aku. Dan aku diarahkan datang berjumpa Prof. pada hari isnin 30/4/2007. Kemudian kami pulang kerumah.

Malam itu hujan lebat. Selebat hujan yang turun mencurah membasahi bumi, sama lebatnya dengan air mata dan darahku yang turun tak berhenti-henti. Kami dah pasrah dan bersedia dengan segala kemungkinan. Sabtu dan ahad, aku terseksa menantikan hari isnin dengan harapan, masih adalah sekurang-kurang2nya satu yang tinggal. Dengan perut dan kaki yang sering krem, tiada apa yang mampu kubuat, selain dari menahan segala kesakitan. Dan aku tidak berani menelan sebarang ubat penahan sakit.

Tengahhari isnin, pergi semula ke HUKM. Klinik doktor tuh dibuka pukul 11 pagi. Kami sampai pukul 12 tgh. Aduh ramainya orang, maklumlah doktor pakar, Profesor lah katakan. Ikut senarai, nama aku yang ke 13. Hampir pukul 2.30 barulah tiba giliran aku. Bila doktor scan, sah, sahih dan nyata, tiada apa lagi yang tinggal. Doktor suruh aku berhenti makan ubat Dupaston yang aku makan sekarang dan memberikan aku ubat tahan sakit dan menyatakan tentang segala kemungkinan yang bakal mendatang 2 atau 3 hari lagi. Aku diarahkan berehat sekurang-kurangnya 3 bulan, sebelum boleh mengulangi semula procedure ini. Yang utama untuk mengumpul semula RM12 ribu. Aduh kalau boleh simpan sebulan seribu pun, paling awal tahun depan baru boleh mengulanginya semula. Lepas jumpa doktor kami ke kantin, untuk membeli roti dan kuih buat mengalas perut. Tetiba perut aku sakit sangat, so aku berehat depan ward kecemasan O&G tempat aku berjumpa doktor hari jumaat lepas untuk menungggu my hubby mengambil kereta.

Disaat mukaku berkerut menahan kesakitan, tetiba aku terlihat seorang perempuan China yang aku rasa aku kenal. Hmm.. Dr. Ong Embriologist tuh. Dia pun tanya aku buat apa disitu. Aku cakaplah tunggu my hubby lepas jumpa Prof. Aku yakin dia ingat aku pernah jadi pesakit dia, cuma mungkin dia lupa kes yang mana. Aku pun cakap, tak jadilah doktor. Kan dulu doktor dan Prof yang masukkan 4 embrio, isnin lepas Prof nampak jadi 3, tapi hari jumaat lepas dah habis semua. Baru kejab Prof konfirmkan. Dan Dr Ong dgn sikap ramahnya bagi aku nasihat yang panjang lebar. Tak apa, jangan sedih, mungkin embrio tuh kurang baik. Rahim kita tahu untuk reject embrio mana yang elok atau tidak. Jangan sedih2, hidup mesti happy, pemakanan kena jaga, kena makanan yang baik dan berkhasiat. Bukan saja awak, tapi suami pun sama. Kita nak hasilkan telur dan sperm yang sihat. Ok yer, jangan sedih2.

Tidak lama kemudian, my hubby pun datang, tergetar2 aku masuk dalam kereta. Lepas makan 1/2 buku roti aku pun menelan ubat tahan sakit yang baru doktor bagi. Tak sanggup nak tunggu sampai kerumah dah, sebab memang betul2 sakit. Sampai dirumah, tetiba aku terasa ada benda yang agak besar keluar. Bila aku lihat, memang jelas bukannya darah, tapi lebih kurang macam daging, sepanjang kira-kira 2 inci, sebesar ibu jariku. Itulah agaknya anakku yang belum sempat sempurna terbentuk.

My hubby kata tak apa, kita kumpul duit dan cuba lagi. Insya-Allah, selagi umurku belum mencecah 40, masih ada waktu lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Rawatan-rawatan Awal

Tajuk Berita Harian Metro hari nih, "Ibu sudah Insaf" menceritakan tentang kekesalan seorang ibu yang terlanjur hingga melahirkan seorang bayi. Syukur Alhamdulillah, bayi itu diserahkan kepada keluarga angkat dan tidak dibuang seperti mana sesetengah kes yang kerap kita baca didada akhbar.

Membaca kisah seperti ini menginsafkan aku, betapa setiap orang ada dugaannya yang tersendiri. Bagi orang yang tidak inginkan anak, senang sahaja Allah beri, sebagai ujian kepada mereka. Manakala bagi orang yang terlalu menginginkan, macam aku, terlalu banyak dugaan yang ditempoh untuk mendapatkannya.

Aku berkahwin pada 31/3/2001. Pada tahun pertama, kami tidak kisah langsung pasal anak, ingat nak honeymoon puas-puas dulu. Bila dah nak masuk 2 tahun, kami mula sedar, macam ada masalah jer. Rakan sepejabatku mencadangkan doktor yang pernah merawatnya dulu lalu kami pun pergi ke Klinik Dr Hamid Arshat, di Bukit Damansara, seorang pakar perbidanan dan sakit puan yang cukup terkenal. Pemeriksaan awal, doktor menyatakan kami suami isteri tiada sebarang masalah.

Selepas pemeriksaan awal itu, aku diarahkan membuat HSG atau bahasa mudahnya X-ray dalam perut dan rahim, hendak lihat kalau2 ada saluran yang tersumbat. HSG dibuat di sebuah klinik di Kuala Lumpur, dengan bayaran RM125. Beberapa hari selepas menjalani rawatan, kami menyambut Ulang Tahun ke 2 perkahwinan dengan Honey Moon di Bukit Fraser. Satu tempat yang cukup sejuk dan tenang, dan berharap agar kepulangan kami nanti menjanjikan sesuatu yang mengembirakan. Malangnya harapan kami terkechiwa.

Selepas itu, doktor mencadangkan kami menjalani pula rawatan yang dinamakan IUI. Bayaran untuk rawatan ini adalah sebanyak RM550, tidak termasuk ubat2 yang perlu kami suami isteri ambil 2 minggu sebelum rawatan itu. Sekali lagi harapan kami musnah. Genap setahun, awal tahun 2004, sekali lagi kami mengulangi rawatan IUI. Sekali lagi lebih kurang RM700 terbang melayang, dan harapan tinggal harapan.

Agak kecewa, my hubby mencadangkan aku berehat dahulu buat seketika. Pertengahan bulan puasa tahun 2005, aku diserang sakit perut yang maha dahsyat, dan menurut Dato Dr. Harun dari Pusat Pakar Damansara, perlu dibedah untuk membuang appendix. Pembedahan secara Laparoscopic dilakukan bagi mengeluarkan lebihan yang telah membengkak dihujung ususku itu. Pembedahan yang pada asalnya dijadualkan sejam, tetiba jer mengambil masa 3 jam. Ketika itulah doktor mendapati adanya cyst dalam perut aku. Dalam istilah perubatan, keadaan ini dinamakan Endometriosis, salah satu punca utama kemandulan. (Sesuatu yang gagal dikesan semasa di klinik Dr Hamid Arshat dulu, sebab aku tiada sebarang simptom yang ketara menunjukkan aku mengidap penyakit tersebut).

Ada hikmahnya rupanya aku banyak tinggal puasa yang tahun itu, dan terpaksa beraya berdua jer di KL. Masa raya tuh baru 2 minggu lepas pembedahan, tak berani balik mana2 kampung, takut ada sebarang komplikasi. Setelah rawatan appendix aku selesai, doktor yang merawat aku mencadangkan supaya aku berjumpa dengan Gyne aku untuk rawatan lanjut bagi penyakit Endometriosis tersebut.

Mulanya kami bercadang untuk berjumpa dengan Datuk Dr. Hamid Arshat semula, tapi memandangkan aku sekarang bekerja dengan badan-badan berkanun, mungkin syarikat aku boleh mengeluarkan GL, jika membuat rawatan di Hospital Kerajaan. Kebetulan, aku telah beberapa kali berjumpa dengan Dr. Harlina Halizah bt Siraj seorang pensyarah dan doktor di HUKM yang kerap datang memberi ceramah di surau syarikatku pada hari Jumaat. Nasihat perubatan percuma yang diberi, jemputlah ke HUKM dan di sana kami ada ramai pakar yang Insya-Allah dapat membantu.

Awal tahun 2006, kami ke klinik yang paling dekat dengan rumah, untuk mendapatkan surat rujukan bagi mendapatkan rawatan di HUKM. Doktor tu pun cakap, "Kalau kes macam you all nih better jumpa Prof Zainul, dia memang pakar, dia tuh Senior I, Dr Harlina pun Ok jugak, tapi dia tuh muda lagi, dia tuh junior I". La semua doktor nih saling kenal mengenali rupanya.

So bermulalah lawatan ke HUKM. Mulanya punyalah tak tahu di mana, sampai kena beli peta di Stesyen Minyak Shell. Lepas rawatan awal, buat pap smear, ujian itu dan ini, kami di refer ker Medically Assited Unit (MAC) di HUKM. Selepas itu, aku di refer pula ke Pusat Pakar UKM di Tingkat 7. Ini adalah "Private Section" untuk HUKM tersebut. Di ketiga-tiga bahagian tuh, sebenarnya aku jumpa dengan orang yang sama jer, Prof Dr. Zainul Razi bin Rashid. Bezanya cumalah jumlah RM yang perlu dikeluarkan.

Di sini, bermula dari bulan Jun 2006- Nov 2006, aku perlu mengambil suntikan Zoledex setiap bulan dan setiap suntikan berharga hampir RM400. Rawatan ini bertujuan untuk mengecutkan rahimku supaya tiada lagi lebihan darah yang keluar diluar rahim dan memenuhi perutku. Selama 6 bulan tuh, aku ibarat perempuan yang telah monopouse. Seronoknya tiada period, so aku boleh berpuasa penuh. Negetifnya, badanku, memang sentiasa panas. Bila badan sudah panas, mood dan hati pun memang cepat jer panas. Aku memang 'tabik spring' pada suami aku yang cukup sabar melayan setiap karenah aku selama 6 bulan yang cukup menyeksakan ini.

Setelah selesai rawatan Zoledex selama 6 bulan ini, aku diarahkan tunggu hingga aku datang period kali ke 2, barulah rawatan selanjutnya boleh dilakukan. Ikuti sambunganya di dalam "Cerita ICSI".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Rawatan-rawatan Awal

Tajuk Berita Harian Metro hari nih, "Ibu sudah Insaf" menceritakan tentang kekesalan seorang ibu yang terlanjur hingga melahirkan seorang bayi. Syukur Alhamdulillah, bayi itu diserahkan kepada keluarga angkat dan tidak dibuang seperti mana sesetengah kes yang kerap kita baca didada akhbar.

Membaca kisah seperti ini menginsafkan aku, betapa setiap orang ada dugaannya yang tersendiri. Bagi orang yang tidak inginkan anak, senang sahaja Allah beri, sebagai ujian kepada mereka. Manakala bagi orang yang terlalu menginginkan, macam aku, terlalu banyak dugaan yang ditempoh untuk mendapatkannya.

Aku berkahwin pada 31/3/2001. Pada tahun pertama, kami tidak kisah langsung pasal anak, ingat nak honeymoon puas-puas dulu. Bila dah nak masuk 2 tahun, kami mula sedar, macam ada masalah jer. Rakan sepejabatku mencadangkan doktor yang pernah merawatnya dulu lalu kami pun pergi ke Klinik Dr Hamid Arshat, di Bukit Damansara, seorang pakar perbidanan dan sakit puan yang cukup terkenal. Pemeriksaan awal, doktor menyatakan kami suami isteri tiada sebarang masalah.

Selepas pemeriksaan awal itu, aku diarahkan membuat HSG atau bahasa mudahnya X-ray dalam perut dan rahim, hendak lihat kalau2 ada saluran yang tersumbat. HSG dibuat di sebuah klinik di Kuala Lumpur, dengan bayaran RM125. Beberapa hari selepas menjalani rawatan, kami menyambut Ulang Tahun ke 2 perkahwinan dengan Honey Moon di Bukit Freser. Satu tempat yang cukup sejuk dan tenang, dan berharap agar kepulangan kami nanti menjanjikan sesuatu yang mengembirakan. Malangnya harapan kami terkechiwa.

Selepas itu, doktor mencadangkan kami menjalani pula rawatan yang dinamakan IUI. Bayaran untuk rawatan ini adalah sebanyak RM550, tidak termasuk ubat2 yang perlu kami suami isteri ambil 2 minggu sebelum rawatan itu. Sekali lagi harapan kami musnah. Genap setahun, awal tahun 2004, sekali lagi kami mengulangi rawatan IUI. Sekali lagi lebih kurang RM700 terbang melayang, dan harapan tinggal harapan.

Agak kecewa, my hubby mencadangkan aku berehat dahulu buat seketika. Pertengahan bulan puasa tahun 2005, aku diserang sakit perut yang maha dahsyat, dan menurut Dato Dr. Harun dari Pusat Pakar Damansara, perlu dibedah untuk membuang appendix. Pembedahan secara Laparoscopic dilakukan bagi mengeluarkan lebihan yang telah membengkak dihujung ususku itu. Pembedahan yang pada asalnya dijadualkan sejam, tetiba jer mengambil masa 3 jam. Ketika itulah doktor mendapati adanya cyst dalam perut aku. Dalam istilah perubatan, keadaan ini dinamakan Endometriosis, salah satu punca utama kemandulan. (Sesuatu yang gagal dikesan semasa di klinik Dr Hamid Arshat dulu, sebab aku tiada sebarang simptom yang ketara menunjukkan aku mengidap penyakit tersebut).

Ada hikmahnya rupanya aku banyak tinggal puasa yang tahun itu, dan terpaksa beraya berdua jer di KL. Masa raya tuh baru 2 minggu lepas pembedahan, tak berani balik mana2 kampung, takut ada sebarang komplikasi. Setelah rawatan appendix aku selesai, doktor yang merawat aku mencadangkan supaya aku berjumpa dengan Gyne aku untuk rawatan lanjut bagi penyakit Endometriosis tersebut.

Mulanya kami bercadang untuk berjumpa dengan Datuk Dr. Hamid Arshat semula, tapi memandangkan aku sekarang bekerja dengan badan-badan berkanun, mungkin syarikat aku boleh mengeluarkan GL, jika membuat rawatan di Hospital Kerajaan. Kebetulan, aku telah beberapa kali berjumpa dengan Dr. Harlina Halizah bt Siraj seorang pensyarah dan doktor di HUKM yang kerap datang memberi ceramah di surau syarikatku pada hari Jumaat. Nasihat perubatan percuma yang diberi, jemputlah ke HUKM dan di sana kami ada ramai pakar yang Insya-Allah dapat membantu.

Awal tahun 2006, kami ke klinik yang paling dekat dengan rumah, untuk mendapatkan surat rujukan bagi mendapatkan rawatan di HUKM. Doktor tu pun cakap, "Kalau kes macam you all nih better jumpa Prof Zainul, dia memang pakar, dia tuh Senior I, Dr Harlina pun Ok jugak, tapi dia tuh muda lagi, dia tuh junior I". La semua doktor nih saling kenal mengenali rupanya.

So bermulalah lawatan ke HUKM. Mulanya punyalah tak tahu di mana, sampai kena beli peta di Stesyen Minyak Shell. Lepas rawatan awal, buat pap smear, ujian itu dan ini, kami di refer ker Medically Assited Unit (MAC) di HUKM. Selepas itu, aku di refer pula ke Pusat Pakar UKM di Tingkat 7. Ini adalah "Private Section" untuk HUKM tersebut. Di ketiga-tiga bahagian tuh, sebenarnya aku jumpa dengan orang yang sama jer, Prof Dr. Zainul Razi bin Rashid. Bezanya cumalah jumlah RM yang perlu dikeluarkan.

Di sini, bermula dari bulan Jun 2006- Nov 2006, aku perlu mengambil suntikan Zoledex setiap bulan dan setiap suntikan berharga hampir RM400. Rawatan ini bertujuan untuk mengecutkan rahimku supaya tiada lagi lebihan darah yang keluar diluar rahim dan memenuhi perutku. Selama 6 bulan tuh, aku ibarat perempuan yang telah monopouse. Seronoknya tiada period, so aku boleh berpuasa penuh. Negetifnya, badanku, memang sentiasa panas. Bila badan sudah panas, mood dan hati pun memang cepat jer panas. Aku memang 'tabik spring' pada suami aku yang cukup sabar melayan setiap karenah aku selama 6 bulan yang cukup menyeksakan ini.

Setelah selesai rawatan Zoledex selama 6 bulan ini, aku diarahkan tunggu hingga aku datang period kali ke 2, barulah rawatan selanjutnya boleh dilakukan. Ikuti sambunganya di dalam "Cerita ICSI".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Temujanji pertama

Hari ini, aku dijadualkan berjumpa Prof. Doktor di Pusat Pakar, pukul 11 pagi. My hubby datang ke office lebih kurang pukul 10.40, then terus ke HUKM. Sampai di sana, kami ke MAC unit untuk mengambil laporan dari Embriologist terlebih dahulu. Malangnya embrologist belum sampai, so kami di arahkan untuk register di tingkat 7 terlebih dahulu, then datang semula ke MAC 1/2 jam kemudian.

Lepas register, kami ke cafe. My hubby makan Nasik Lemak Antarabangsa Kampung Baru yang ada cawangan di HUKM tuh, tapi aku tak lalu makan. Hati berdebar2 menanti keputusan yang akan diumumkan. Lepas makan, dah pukul 11.45, kami ke MAC semula. Tidak lama kemudian, kertas sehelai yang penuh makna itupun diserahkan kepada kami, dengan amanat, satu untuk diberikan kepada doktor, satu untuk simpanan peribadi.

Kembali semula ke tingkat 7. Pukul 12.15 baru dipanggil masuk untuk berjumpa doktor. Doktor tanya beberapa soalan, yang kalau jawapannya 'Ya' bermakna aku tidak mengandung. Selepas berpuas hati, doktor pun scan. Ish tingginya katil nih, rupa2nya kaki aku yang dah menggeletar. Doktor kata ikut sini ada 3 yang nampak jelas. Doktor cuba pusing2 lagi scanner tuh, tetap nampak 3 juga. My hubby dah mengucap syukur dan minta doktor print kan gambar tuh. Lepas tuh, kembali ke meja, doktor bagi nasihat yang perlu, jenis2 ubat yang wajib dimakan dan kepentingannya dan setkan next appoiment. Untuk mengesahkannya bilangan kandungan aku, perlu di ambil darah. Doktor kata, ikut kiraan, baby aku berumur 5 minggu hari nih.

Gambar yang di print oleh doktor (koleksi peribadi)

Selepas aku kembali dari lab, my hubby telah menyelesaikan pasal bil dan telah mengambil ubat. Aku minta 'time sleep' untuk aku dan my hubby. Tetiba jer kerani di kaunter tuh tanya, akak ker yang buat IVF dapat kembar 3. hah.. dah heboh satu pusat.. Sure nurse yang keluar dari bilik doktor tadi dah maklumkan pada kawan2 dia. Aku pun jawap sambil tunjuk pada my hubby.. Tengoklah tuh, senyum sampai ke telinga. Betullah tuh.

Belum pernah aku melihat my hubby macam tuh punya happy. Kalau boleh dia maklumkan pada seluruh dunia. Mau jer gambar scan tuh di hantar ke KLFM kalau tidak aku menegahnya.

Sepanjang perjalanan ke office aku, kami terlalu gembira. My hubby kata awal2 dulu Doktor ada cakap, setakat nih HUKM belum pernah lagi dapat kembar 3, hospital lain dah banyaklah. Mungkin anak2 kami akan jadi kembar 3 pertama HUKM. Tapi aku merupakan orang yang 57 mendapat rawatan di MAC di tahun 2007 ni.

My hubby memang dah niat nak belanja officemate dia 2 biji kek secret recipies. Aku pula tak tahu nak belanja apa pada officemate. Sampai di office pergi Pertama Kompleks, ingat nak borong goreng pisang dekat2 KFC tuh Rm10. Tetiba jer nampak org yang jual sambil masak bahulu. Hmm bahulu panas2.. Biasa ku beli RM3 15 biji. So kali nih aku beli 100 biji, Rm24, 2 tuperware. Masuk office aku menjerit, bahulu2.. untuk semua sbb saya ada good news.

Seorang kawan lelaki tanya apa good news tuh, tapi aku tak gamak nak cakap. Bila seorang kakak yang cukup memahami bertanya, mcm mana, aku buat buat isyarat 3, tetiba jer air mata aku berderai. Dia pun memeluk aku, Syukur.. dah lama sangat korang menanti, inilah berkat kesabaran korang.

Then baru aku call mak, e-mail abang dan sedara mara yang terdekat dengan aku.

Cerita ICSI

4-8 March 2007 - Aku berkursus diLangkawi. Semua juruadit termasuk Pengarah pun berkursus sama. Sambil berkursus, ramai juga yang mengambil kesempatan untuk bershopping, kecuali aku. Aku cuma beli beberapa jenis coklat, yang cukup untuk makan sendiri sahaja, sbbnya aku nak berjimat.

9/3/2007- Bercuti sbb still penat balik dari Langkawi. Tapi aku pergi juga ke ke HUKM untuk membeli ubat. Memang aku tau harga ubat tuh mahal. Sekali tengok kertas tuh

RM3120.00 untuk ubat selama 8 hari. Sabo jer lah, menggeletar tangan mengeluarkan kad kredit tuh. Dan semua ubat tuh terus di masukkan ke dalam peti sejuk.

18/3/2007 - Hari pertama period. Kena di rumah Jun, di Putrajaya. Balik rumah, mlm tuh buat pertama kalinya perut aku disuntik oleh my hubby dengan ubat yang dinamakan Puregon, menggunakan sejenis jarum khas yang dinamakan Puregon Pen. Setiap suntikan adalah sebanyak 300 iu dan berharga RM390.00.

26/3/2007 - Hari ke 9 period, bermakna telah 8 kali disuntik dan semua bekalan ubat telah habis. Pergi ke HUKM untuk scan telur. Lepas scan, kena ambil ubat tuh lagi, dan ditambah dengan satu jenis ubat lagi yang dinamakan Orgalutron. Setiap satu suntikan Orgalutron ini berharga RM150.

28/3/2007 - Sekali lagi scan di HUKM. Kali ini aku dibagitau yang telur aku ada sebanyak 19 biji. Aku dikehendaki menjalani procedure mengeluarkan telur atau ringkasnya OR pada hari sabtu 31/3/2007, yang juga merupakan hari ulangtahun ke 6 perkahwinan aku.

29/3/2007 – Hari yang paling kalut. 2 hari lagi hendak menjalani procedure ini, aku baru dibertahu bahawa Syarikat aku tidak menbayar untuk rawatan IVF/ICSI. Kalau IUI, buatlah berapa kali pun boleh buat tuntutan perubatan. Terduduk sekejab aku. Mula2 my hubby dah give up. Tapi kami berbincang balik. Jengok2 dlm semua akuan simpanan termasuk Tabung Haji. Adalah sikit walaupun tak cukup, tawakal jer lah. Pukul 6.30 pergi ke Klinik Khalil dekat rumah untuk suntikan Puregon dan Orgulatron yang terakhir. Oleh kerana kena suntik tepat pukul 6.30 so pergilah ke klinik tuh sebab my hubby tersekat dalam jem. Pukul 10 pula pergi ke Klinik dekat2 Batu Caves, klinik 24 jam, melayu yang terhampir, untuk disuntik dengan 100 IU HCG pula.

30/3/2007 – Tiada lagi sebarang suntikan. Bermula dari pukul 12. tgh mlm, mula berpuasa untuk procedur esok pagi.

31/3/2007 – Pukul 7.30 dah masuk ward di Pusat Pakar, UKM, Tingkat 7. Lepas bertukar uniform berwarna ungu, nurse datang pasang jarum dan masukkan ubat sikit. Pukul 9, aku ditolak ke Unit MAC, sebab procedure tuh sepatutnya pukul 9.30. Tapi Doktor pun datang pukul 10.30. Lepas tuh bila masuk dalam bilik tuh, yang aku ingat, nurse tuh cakap, kalau mengantuk tidurlah. Nurse tuh tambah 2 picagari lagi ubat kepada jarum ditangan aku. Dan memang aku tidur, tak tahu apa yang berlaku. Mcm dengar2 juga Doktor dan Nurse bercakap2 tapi aku lebih selesa melayan ngantukku. Pukul berapa tah, seorang nurse tuh kejutkan aku, dan pimpin aku ke bilik sebelah, dimana ada ada 4 katil untuk berehat lagi. Tengah sedap bermimpi aku dikejutkan oleh 2 orang attendent yang sudah bersiap sedia dengan kerusi roda untuk menghantar aku semula ke Tingkat 7. Pukul 2.30, aku dibenarkan keluar, selepas semua bayaran untuk rawatan, ward dan ubat telah dijelaskan. Perut aku sakitnya Ya Rabbi. Agaknya org lepas keguguran mcm nih lah sakitnya kut.

3/4/2007 – Pukul 9.30 dah sampai HUKM, walaupun janjinya pukul 10.30. Pukul 11 baru aku dipanggil untuk tukar uniform warna ungu. Lepas tuh aku menunggu lagi di bilik yang ada 4 katil tuh. Pukul 11.45 aku diarahkan ke bilik procedure. Embriologist tuh cakap, duduk dulu, nanti kita pilih embrio mana yang nak dimasukkan. Then my hubby pun dipanggil untuk berdiri di pintu. Kami semua di tayangkan dengan 8 embrio yang mcm kelopak bunga. Dan Embrologist tuh mengatakan dari 8 tuh, yang paling baik 4 sahaja. Biasa kita masukkan 3 jer, tapi kalau masuk 3, yang satu nih membazir pulak. Nak bekukan pun takut tak berbaloi, so masukkan semua 4 yang terbaik. Kami ikut jer apa yang Embrologist dan Prof Dok. tuh cakap yang terbaik. Pukul 12 tepat procedur tuh selesai. Nurse tuh kata berehat disini sampai pukul 2. Pukul 12.30 embrologist duduk sebelah katil aku dan bercerita dan bagi nasihat apa2 yang patut, dan jawap segala pertanyaan aku. Last sekali, sebelum beredar baru dia cakap, saya Dr Ong Embriologist.

Ini lah rupa bentuk 8 Embryo yang ditunjukkan kepada kami, dimana 4 daripadanya telah dimasukkan ke dalam rahimku. (Gambar dari laman baiboo minggu ke 3)

Pukul 2, aku dibawa balik ke bilik sebelah. Selepas bersalin semula kepada pakaianku, kami mengambil ubat dan menjelaskan segala bayaran. Lepas tuh boleh pulang. Secara ringkas bayaran untuk ubat dan procedure ICSI yang telah aku jalani adalah seperti berikut :

Item
RM/Perunit

Unit diperlukan

Jumlah RM
Puregon (Ubat)
390

12

4,680.00
Orgalutron (Ubat)
150

4

600.00
HCG (Ubat)
35

8

280.00
Dupaston (Ubat)
25

4

100.00
Cuinone (Ubat)
20

20

400.00
Deposit IVF

1,000.00
Oocyte Retvieval

2,500.00
Ward

199.50
Lab Services (weekend)
750.00
Embryo Tranfer
1,500.00
Jumlah keseluruhan
12,009.50

Hmm RM12 ribu lebih jer ;). Patutlah ramai yang mohon dari Tengku Azizan Fertility Fund (TAFF). Tapi teringat apa Prof tuh cakap masa mula2 dulu, untunglah kalau Syarikat sanggup bayar, tapi sebab zuriat kita, seelok2nya kita bayar sendiri. Nampaknya memang kena bayar sendiri juga akhirnya.

3- 6 April 2007 - Aku diberi MC untuk berehat dirumah. Yang utamanya pinggang aku benar2 sakit, tak boleh duduk lama dan tak boleh membongkok. 2 minggu aku kena solat duduk. Tapi hari rabu 4/4/2007 tuh aku keluar juga, ke Tabung Haji untuk mengosongkan semua RM dalam akaun tersebut. Dan di pindahkan ke Bank Islam, senang nak keluarkan cek/tranfer bagi membayar segala hutang kad kredit. Selepas semua procedure tersebut selesai, aku cuma perlu makan ubat dan juga di suntik dengan HCG setiap hari selasa dan Jumaat selama 2 minggu. Selain daripada itu, hanya berserah dan berdoa semoga segala usaha yang telah dilakukan mendatangkan hasil.

Untuk maklumat lanjut tentang rawatan kesuburan sila ke http://www.fertilityjourney.com.my/