RSS

Berlalunya zaman honeymoon

1/11/2007- Genap 3 tahun aku bekerja dengan agensi ini. Dan hari ini, ibu mula report duty di bahagian yg baru. Dah tahu bahagian baru tu di tingkat 18, transit sementara tingkat 7 sedang direnovate, so pastinya meja lama dan open space, tak ada partition. Perbezaan utama antara 2 bahagian adalah :-

































Bhg lamaBhg Baru
Bil. Staff29 org92 org
Supervisor5 tahun lagi pencenTua setahun jer dari ibu
Rakan sekerjaPangkat 'makcik dan pakcik'Perempuan ramai yg hampir sebaya.Lelaki muda belia, ramai yg fresh grad.
Cara kerjaBerkumpulanIndividual dibantu oleh 2 org sub-ordinate (lelaki dan perempuan)
TanggungjawabKurang tanggungjawabSemuanya terjunjung atas batu jemala patek.

Zaman honey moon telah berlalu. Tiada lagi cuti-cuti Malaysia dan jalan-jalan cari makan. E-mail dan internet pun pastinya untuk belajar benda-benda baru sahaja, tidak lagi untuk perkara lagha dan merapu. Pastinya aku rindukan enaknya sarapan nasi panas2 dan masakan jamuan di pantry, kemeriahan dan kemesraan makcik-makcik yg menjadi rakan sebaya. Namun, demi Adam aku rela korbankan segalanya. Yang penting malam-malam Adam tidak lagi ditinggalkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS