RSS

RAMADHAN PEMANGKIN KUALITI KERJA CEMERLANG

Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin (http://www.ustaz-zamri.com/)

Mantop Training & Consultancy / Personaliti TV9.

Seperti biasa, hari jumaat ada majlis bacaan Yasin. Dan semperna bulan Ramadhan, ditambah dengan sedikit pengisian. Hari ini bacaan yasin dan kemudiannya ceramah di sampaikan oleh Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin, yang cukup terkenal di TV9. Tajuk ceramah adalah RAMADHAN PEMANGKIN KUALITI KERJA CEMERLANG

Ayat Al-Quran surah al-baqarah ayat 183.

Wahai orang-orang Yang
beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu
daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

  1. Wahai orang-orang beriman – Iman ertinya akidah atau kepercayaan.
  2. Diwajibkan keatas kamu berpuasa – Shariat/perundangan
  3. Takwa – melengkapkan akidah, shariah dan akhlak. Umpama mencapai tahap standard (ISO).

A. AKIDAH

Percaya kepada rukun iman yang 6
a. Percaya kepada Allah
b. Percaya kepada Rasul
c. Percaya kepada Malaikat
d. Percaya kepada Kitab
e. Percaya kepada Hari Qiamat
f. Percaya kepada Qada & Qadar

PERCAYA KEPADA HARI QIAMAT

  • Antara tanda-tanda hampirnya hari Qiamat adalah banyak berlaku banjir besar. Di Malaysia sendiri, beberapa tahun nan lalu berlaku banjir besar di tempat2 yang tidak diduga, antaranya di TTTDI Jaya, Shah Alam, Johor dan juga Kuala Lumpur.
  • Di Rusia, ada satu zoo yang di dalamnya ada seekor singa yang berbunyi 5 kali sehari, setiap kali masuk waktu solat. Bunyi ngamuannya kedengaran 'Allah'
  • Bila kita memandu dengan laju, bila banyak kereta depan memberikan lampu dan hon, kita akan memperlahankan kelajuan kita, kerana kita 'percaya dengan yakin' bahawa di depan ada polis traffic, berdasarkan tanda-tanda yang orang lain berikan, tapi kenapa terlalu payah untuk kita percaya bahawa Qiamat telah hampir berdasarkan juga tanda-tanda yang telah Allah tunjukkan.
PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR

Selalunya orang cuma percaya kepada Qada dan Qadar/takdir bila berlaku perkara yang buruk, contohnya bila berlaku musibah, gagal dalam peperiksaan atau perkahwinan. Sebaliknya jika Berjaya dalam peperiksaan adalah kerana diri sendiri yang rajin belajar, menghadiri kelas tambahan atau bertanya kepada guru.

B. SHARIAH

Ayat Al-Quran Surah At-taubah ayat 105
Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan

  • Iman adalah apa yang terpahat di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan. Amalan ini meliputi semua aspek kehidupan iaitu:
    • Syahadah
    • Solat
    • Puasa
    • Zakat
    • Haji
    • Muamalat
    • Munakahat
    • Jenayah/Qisas
    • Berjihat
    • Jika tidak dilaksanakan, terutamanya hukum Qisas, itu yang menyebabkan banyaknya berlaku masalah sosial, seperti apa yang sedang berlaku sekarang ini.
    • Perkara perkara yang melanggar etika kerja
      • Melanggar kewajian Allah
      • Curi masa
      • Rasuah
      • Curi tulang
      • Pemarah
      • Mengumpat
      • Tidak bersyura(bermesyuarat)
      • Tidak amanah
      C. AKHLAK
      • Merasakan diri sentiasa diperhatikan Allah.
      • Untuk mencapai standard muslim yang terbaik (ISO)
      • Maksud TAKWA
        • Takut Allah
        • Beramal dengan Al-Quran – membaca, memahami dan mengamalkannya
          Orang sekarang ni rasa hidup tidak sempurna kalau tidak membaca berita(paper, online, blog, tv dll), tetapi tidak merasa sebarang kekurangan jika tidak membaca Al-Quran. Akibatnya banyak Quran yang suci dalam debu..diletakkan di tempat yang tinggi, tapi berdebu sebab tidak pernah di baca.
        • Redha dengan perkara yang sedikit
        • Bersedia untuk hari peralihan (mati)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenangan ramadhan

Tahun 2008, tahun ke2 aku berpuasa sebagai seorang ibu, tahun ke 4 sebagai pekerja sektor awam dan tahun ke 8 sebagai seorang isteri. Banyak perbezaan dan kenangan antara tahun ke tahun.

Masa masih berstatus pelajar, aku cuma meninggalkan terawikh bila 'Allah Bagi Cuti-ABC'. Jika tidak, pastinya ada akan sentiasa berjemaah, bermula dari MRSM Perlis, KM Kulim, USM.

Namun bila dah bekerja, lain pula ceritanya. Terutamanya bila dah berstatus isteri. Di awal perkawinan, aku bekerja di Shah Alam dan suami bekerja di Putrajaya. Kebetulan sewaktu bulan puasa, kereta suami tersadai di bengkel akibat dilanggar dari belakang. So setiap hari aku menunggu suami menjemputku di Shah Alam dari Putrajaya, untuk meneruskan perjalanan kami ke rumah di Kepong dengan kereta kancilku. Kerapkali juga kami cuma mengalas perut dengan kurma dan air dalam kereta, sebelum tiba untuk berbuka di rumah ibu mertuaku. Kami tinggal tidak jauh dari rumah ibu mertua sebab suamiku anak sulung, masih bertanggungjawap menjaga ibunya yang memerlukan suntikan insulin 2 kali sehari.

Tahun 2004, aku mula kerja dengan kerajaan bila kontrak di MRCB Multimedia tamat. Pergi dan balik naik komuter. Kuranglah terasa jemnya.

Tahun 2005, Ramadhan ku di sambut di Negeri Che Siti Wan Kembang, lantaran tugas yang memaksa. Dan pertengahan Ramdahan dugaanku semakin hebat. Pada 18/10/2005 aku menjalani pembedahan kerana apendix. Lama juga aku tidak berpuasa lantaran perlu menjaga makan untuk memastikan lukaku cepat sembuh.

Tahun 2006, tahun ini adik iparku pula terlibat dalam kemalangan hingga tulang pehanya patah. Akibatnya, bukan sahaja kami berbuka, malah bersahur juga di rumah ibu mertuaku. Pukul 4 pagi, suami perlu menyuntik ibunya sementara aku menyediakan keperluan untuk semua bersahur. Setelah semuanya bersih barulah kami pulang untuk pergi ke pejabat.

Tahun 2007, tahun pertama aku berpuasa sebagai Ibu Adam Harith. Semuanya sempurna hinggalah 1/10/2007 bilamana Adam di masukkan ke ward. Kisah Adam di ward Adam keluar dari ward 2 hari lagi nak raya. Tanpa sebarang persediaan, kami menyambut raya di Putrajaya.

Tahun ini, perancangannya semuanya cukup sempurna. Aku dah ubah jadual, masuk pukul 7.30 pagi, so pukul 5.30 dah boleh sampai rumah. Baju raya semua dah sedia. Harapnya raya tahun ini yang paling meriah dengan kehadiran dan keletah Adam. Cukuplah rasanya berulang alik ke Damansara Specialist Hospital, setiap tahun.