RSS

Pendidikan Adam

Ramai orang yang terus menjadi ayah dan ibu kira-kira setahun selepas bergelar suami dan isteri. Belum pun mahir dengan ilmu rumah tangga, dibebani pula dengan ilmu keibubapaan. Apatah lagi jika masing-masing terlalu sibuk dan tiada masa untuk menghadiri sebarang kursus yang berkaitan.
Alhamdulillah, Adam hadir setelah 7 tahun ayah mengahwini ibu adam. Kami bukan menanti dengan tangan kosong sahaja, sebaliknya mengisi dada dengan segala ilmu yang diperlukan. Setakat ini ayah dan ibu adam telah 2 kali menghadiri kursus mahligai kasih; kursus khas untuk menyemarakkan kasih antara suami dan isteri. Selain daripada itu, telah 3 kali jua menghadiri kursus keibubapaan, yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dan badan.

Pelajaran mendidik anak tidak semastinya formal dan berguru. Teringat kepada sepupu ibu adam, yang akan menangis dan mengamuk jika tidak dibelikan mainan yang diingini. Sekali, semasa ibu masih berulang alik naik bas Intrakota KL ke Sri Gombak. Salah satu bas stop di Gombak terletak di depan restaurant KFC. Bas berhenti untuk mengambil penumpang, manakala seorang budak berangan yang mereka akan turun disitu untuk ke KFC. Bila bas meneruskan perjalanan, budak tu pun menjerit "nak KFC ". Satu bas dengar. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka.

Kini cabarannya adalah untuk mengaplikasikan segala ilmu kepada Adam. Adam belum pernah minta lagi, walaupun kadang-kala ibu dan ayah tahu Adam mengingininya. Contohnya pagi tadi Adam menyentuh T-shirt Upin dan Ipin, siri kartun kegemarannya.. Namun sebab baju tuh besar sangat, ibu tak beli. Ayah kata memang tak akan beli pun sebab Adam yang tunjuk. Ayah tak mahu Adam dapat idea bahawa Adam anak tunggal, semua yang diminta pasti dapat. Ayah akan ajar Adam untuk ada 'wish list' apa barang yang dikehendaki. Bagi setiap kejayaan Adam dalam apa jua bidang, barulah salah satu dari wish list tersebut akan diperkenankan.

Ini tidak bermakna ayah dan ibu Adam kejam. Adam menikmati semua kemudahan, sama seperti kanak-kanak lain, malah mungkin lebih lagi. Contohnya Adam baru sahaja di belikan beg 'Pooh' dan juga 2 ekor 'Kuma-kuma'. 2 hari lepas, semasa dirumah mak atuk, kedengaran motor penjual ice cream. Kalau anak orang lain mungkin dah menangis nakkannya, tapi Adam tak tahupun maksud bunyi loceng itu. Sebab apa yang Adam belajar ice cream sentiasa ada dalam peti ais. Dan ayah Adam mampu menghasilkan banana split yang sedap. Adam pun dah biasa makan ayam KFC, cuma tidak mengenali restaurent berkenaan, kalau lalu disebelah pun Adam tak merengak nak masuk. Itulah Adam. Anak soleh lagi bijak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New Phone

22/1/2009. Tiba2 jer aku menggunakan handphone Nokia E71. Semuanya bermula bila my hubby beli Blackberry. Katanya rugi kalau dijual phone E71 ni, di dalamnya ada Software original. Kalau nak jual mahal sure tak ada orang yang hendak membelinya. So paksa rela campur suka aku pun cuba menggunakannya.

Terkejut dapat phone baru kut, badan aku tetiba jer lenguh dan nafas aku sesak. Nampaknya penyakit semput lama menyerang kembali. Rumah memang bersepah sebab minggu lepas tak sempat mengemas, tapi hari ni aku lebih sedap tidur. Memang aku terlalu letih dan mengantuk. Letak jer kepala pasti terlelap.

Lagi satu, tetiba jer aku suka makan manis. Tak kisah apa, asalkan manis. Tapi yang paling aku suka adalah halwa kundur. Hatiku terdetik dan suami pun berkata, berdasarkan beberapa tanda lain, namun aku cuba menafikannya walau itu yang terlalu aku inginkan. Dalam hati aku berdoa agar impian kali ini akan jadi nyata. Masih terlalu awal untuk mengatakannya. Biarlah dulu, bila tiba masanya, insyallah tuhan akan dikabulkan.

2 family day di satu weekend

Penat. Satu perkataan untuk menggambarkan apa yang ayah, ibu dan Adam rasa. Mana tidaknya 2 Family Day satu weekend. Hari sabtu Adalah Majlis Penutup Karnival Sukan Heitech 2008 di Taman Tasik Titiwangsa. Hari ahad pula adalah family day Bahagian Sumber Manusia tempat ibu Adam bekerja di Wet world, Shah Alam. Walau apapun namanya, aktivitinya lebih kurang sama, pendaftaran, sarapan, senaman pagi, sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa, cabutan bertuah, hadiah makan tengahari dan akhirnya aktiviti bebas.

Hari sabtu.

Pukul 6 pagi lagi Adam dah bangun. Tau ajer nak gi jalan. Kebetulan Ibu dah siapkan bakul susu dan beg baju Adam, so pukul 7 dah bertolak dan pukul 7.30 dah selamat parking dekat dgn padang. Semasa senamrobik Adam bukan sahaja tak mahu ikut, malah sibuk nak minta ayah atau ibu dukung, so terpaksalah ayah dah ibu duduk jer dibelakang. Adam masih terlalu kecil dan muda untuk masuk sukaneka ataupun pertandingan keselamatan jalan raya berbasikal. Akhirnya Adam buat acara sendiri menemankan kawan2 ayah yang masuk pertandingan memancing, dengan sama2 lepak di tepi tasik. Sewaktu makan tengahari adam dah keletihan dan tidur dengan lenanya. Malang sedikit sebab no pekerja ayah tidak memenangi sebarang cabutan bertuah.

Lebih kurang pukul 2 kami pun bertolak balik. Sebelum tuh singgah di TESCO. Yang utamanya adalah susu dan pampers Adam, kali ini ditambah dengan kasut sebab kasut Adam telah mula ketat. Malamnya pula ada Ceramah Agama di surau semperna Awal Hijrah. Ibu dan Adam dah keletihan, jadi Cuma ayah Adam sahaja yang pergi mendengar dan merakamkan ceramah tersebut.

Hari Ahad

Hari ini kami cuba juga pergi seawal yang mungkin untuk mendapatkan parking yang berhampiran dengan tempat acara. Cuma kali ini tambahan 2 beg plastic untuk persalinan baju ayah dan ibu Adam. Hari ini Adam agak ceria dan mula nak join semasa senamrobik, mungkin dah mula biasa agaknya. Acara pertama adalah mengutip gula2 untuk anak2 berumur 2-3 tahun, tapi Ibu suruh jugak Adam masuk walaupun Adam baru setahun setengah. Adam budak baik, tek reti nak berebut gula2. Ambil satu dah bagi ibu. Ibu lah yang paksa ibu ambil lagi dan lagi dan lagi. Bila acara sukaneka untuk dewasa nak dimulakan, mula2 ibu nak masuk jugak. Bila sinar mentari terik ke mata dan ibu terasa nak pitam, terpaksalah ibu menarik diri. Waktu nih ramai juga anak2 yang dah basah kuyup bermain dengan air. Alhamdulillah, kalau semalam tak dapat hadiah, hari nih Adam pulang dengan membawa hamper yang sekali ganda lebih tinggi dari Adam.

Pukul 1.30 kami bertolak balik dari Shah Alam. Destinasi pertama menjemput Untie Wan di Stesen Star LRT Titiwangsa. Lepas tuh kami semua ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk menhadiri Mesyuarat Permulaan Penubuhan Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia (KOSIM). Sampai di masjid perkara pertama adalah membersihkan diri. Sementara ayah mandi, ibu mandikan Adam. Kemudian Ayah bersolat, ibu mandi dan Adam tinggal dijaga oleh untie Wan. Nampaknya Adam dah semakin mesra dengan Untie Wan selepas selalu berjumpa.

Semasa orang bermesyuarat, Adam lebih selesa berlari dikoridor masjid. Kalau tidak asyik berpatah balik, rasanya jarak perjalanan Adam mampu mengeliling masjid nan luas itu. Mesyuarat tamat tepat pukul 5 petang. Lepas solat Asar, kami menghantar untie wan ke stesyen LRT Star semula. Kecian Adam, menangis sebab nak ikut untie wan balik rumah. Kami sampai rumah hampir2 maghrib.

Kisah untuk renungan

Hari sabtu Adam bawa pedang belon. Masa di tepi tasik belon tuh terbang ke keluarga sebelah. Dan orang itu pun terus jer memasukkan belon tersebut ke dalam beg mereka, tanpa sepatah kata, meminta kebenaran, ataupun mengucapkan terima kasih.

Pagi ahad pula Ayah Adam lebih bersedia dengan membawa 1 pek belon beserta dengan pum sekali. Bila ayah dah buat 2 pedang untuk Adam, adalah beberapa orang budak-budak yang datang dan meminta buatkan belon untuk mereka.

Bukannya harga belon itu yang dipersoalkan, tetapi dimanakah nilai budibahasa orang kita. Sekurang-kurangnya budak yang meminta itu lebih mulia berbanding orang tua yang mengambil tanpa sebarang bicara seolah-olah itu miliknya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Q- (2)

Sambungan hari Q.
Mula2 ucapan aluan oleh Pengarah. Sebagai HR Direktor perkara utama yg ditekankan tentang perlunya staf menjadi contoh terbaik kepada staf jabatan lain. Jangan lewat punch card, jangan keluar minum waktu pagi atau petang dan lain-lain lagi tentang peraturan lah.

Lepas tu ceramah oleh penceramah jemputan yg bertajuk 'HRD - Toward Knowledge Base organisation' . Diceritakan tentang usaha teamnya yg mengumpulkan pengalaman kerja individu2 tertentu dlm bidang HR. Pengalaman menghadapi kes demi kes yang tidak tercatat dalam mana2 buku, dan kini mereka dalam usaha membukukannya. Diceritakan jua konsep asak KB bermula dari jurutera BP Petrol yg membuat kerja berlawanan dgn Standard Operating Procedure dan berjaya menjimatkan jutaan ringgit setahun. Kemudian jurutera berkenaan menulis jurnal dan diletakkan di intranet untuk dibaca oleh semua staf. Tulisan dan cara kerja ini diperbaiki dari masa ke semasa. Dihujung ceramah diceritakan yang beliau bersama rakan baru sahaja mengadakan lawatan ke syarikat telco terkemuka di Malaysia. Pemandangan pertama mereka adalah meja dan komputer sahaja. Ramai staf tiada ditempat masing2. Bila ditanya kepada pengurusnya, jawapan yg diterima adalah 'kami semua bekerja remotely'. Kita tak perlu mengejar atau mengarah staf, mereka tau apa yang perlu mereka buat. Yang penting mereka 'perform'.

Kalau balik kepada tajuk asal, mereka inilah staf yg berkualiti dan cemerlang. Soalnya, berapa ramai yang mendengar dan menghayati. Ramainya yang mengangguk sahaja(tidur) atau pun masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Aku yang dah 8 tahun kerja dgn swasta setuju dgn penceramah kedua. Tak perlu dikejar, atau diarah, kami tau apa yang kami patut deliver. Kalau punch card lewat seminit, biasa pulang di lewatkan 15 minit atau lebih dari itu. Apapun, itu terpulang kepada hak individu untuk menentukannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Q -(1)

Petang ini diadakan Hari Qualiti untuk bahagian aku. Biasalah agenda utamanya nyanyi lagu Negaraku, lagu agensi then lagu kualiti. Lepas tu, ucapan dari orang2 tertentu. Kemuncak kepada acara adalah penyampaian Anugerah Cemerlang 2007, Anugerah Tiada Cuti Sakit dan juga Anugerah Kedatangan Terbaik. 2 anugerah yg bawah tu memang dah tahu tak pernah layak. Selama 2 tahun, aku sentiasa dapat Anugerah Cemerlang. Bermakna tahun 2005 dan 2006 aku adalah cemerlang. Kenapa pula untuk tahun 2007 aku tak dapat?

Analisa awal yg aku buat sebab tahun 2007 aku dah keluar dr bahagian yg lama. Semasa penilaian tersebut, pegawai penilai aku tidak lagi menjadi supervisor aku. Tahun 2007 juga aku terlalu banyak MC, sebab buat IVF. Tahun 2007 juga Adam hadir. Demi Adam, banyak kali aku terpaksa 'menderhaka'.

Harini baru aku sedar bahawa aku sebenarnya dihukum kerana rentetan peristiwa tersebut. Aku semakin paham dengan budaya kerja disini. Selagi aku didepan mata, kononya baiklah. Tapi sebenarnya telunjuk lurus kelingking berkait. Teringat betapa aku meninggalkan Adam yang belumpun sebulan waktu tu, demi memenuhi arahan. Kalau kutahu, huh tak ingin kuikut kan. Dan semasa di Melaka, sudah aku nyatakan Adam demam, jum lah kita balik ptg ni. Masa tu pukul 4 dan semua kerja dah selesai. Namun orang2 lain tak setuju sebab belum puas duduk hotel. Memendam rasalah aku sehari lagi.

Mungkin orang lain anggap apalah kisah tak dapat cemerlang untuk setahun jer. Tapi istilah cemerlang 3 tahun berturut2 terlalu banyak kesannya. Tanpa istilah tersebut peluang untuk naik pangkat terlalu tipis. 4 tahun aku kerja, 2 orang supervisor perempuan, sama jer perangai. Telunjuk lurus tapi kelingking berkait. Berpura2 baik di depan tapi hati sebenarnya busuk dan penuh dengan hasad dengki.

Sambutan Hari Ulang tahun Perkahwinan yang ke 8

Dalam kesibukan bekerja dan menjaga adam, ayah adam boleh terlupa sambutan hari ulangtahun perkahwinan yang ke 8. Sambutan diadakan dalam keadaan sederhana dengan tetamu rasmi, siapa lagi kalau bukan adam harith. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS