Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting.
Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.
1-BERTENTANG MATA Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..
4-JELIRKAN LIDAH Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5-HASILKAN BUKU BINATANG Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6-GELETEKLAH BAYI ANDA Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7-TUNJUKKAN PERBEZAAN Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8-BERKONGSI PANDANGAN Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
11-SENTUH DAN RASA Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12-PERGI MEMBELI-BELAH Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
13-BERI KATA KUNCI Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14-BERI KEJUTAN Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15-SEDIAKAN BANYAK TISU Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16-BACA BUKU Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
17-MAIN CAK-CAK Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18-JANGAN LUPA REHAT Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19-MAIN DENGAN WARNA Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21-ANGKATKAN SAHAJA Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
22-BIAR DIA MEMBEBEL Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23-LATIHAN MENEKA Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24-BINA LALUAN HALANGAN Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25-IKUT RENTAKNYA Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26-BUAT MUKA LAWAK Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27-RASA SEKELILING ANDA Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.
28-CERITAKAN KISAH DONGENG Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29-BAYANGAN WAJAH Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.
30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.
31-GOYANGKAN BADAN Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32-JADILAH TAMAN PERMAINAN Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33-KIRA SEMUANYA Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")
35-TUTUP TV Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.
36-TUKAR PEMANDANGAN Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
39-MAIN HUJAN Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
40-MENANGKAP SERANGGA Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
41-BERGURAU-SENDA Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42-MAIN DENGAN PAKAIAN Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43-AJAR TENTANG ISIPADU Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44-HASILKAN ALBUM KELUARGA Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46-PERGI KE PERPUSTAKAAN Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
47-CONTOHI CARA SESAME STREET Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
48-MAIN BERULANG-ULANG Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49-MAIN "TIRU-MENIRU" Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti. Semoga bermenfaat!
Tip: 50 Rangsangan Anak Bijak
Siapa penghibur suami anda
Maaf nak bertanya kepada para isteri sekelian. Siapakah penghibur suami anda ? Pabila suami pulang dari kerja tentunya dalam keadaan letih fizikal dan mentalnya. Paling tidak ia memerlukan segelas air sebagai penyejuk. Siapakah yang menghulurkan air untuknya ? Ambil sendiri atau kerahkan anak-anak anda ambilkan bagi pihak anda. Atau perintahkan pembantu rumah tuangkan air sejuk dan letakkan atas meja. Pabila suami anda meletakkan punggungnya untuk merehatkan diri. Siapakah yang menemaninya ? TV diruang tamu atau ikan-ikan dalam akuarium ? Dimanakah anda ? Sibuk bersembang dengan jiran atau melayan siri TV yang anda tidak mahu ketinggalan. Pabila suami masuk ke bilik menukar pakaian siapakah menemaninya ? Gambar-gambar anda di meja solek dan potret pemandangan di dinding. Pabila suami merebahkan diri dikatil sebelum melelapkan mata dimanakah anda ? Sibuk di depan TV melayan persembahan realiti. Atau di dapur mengemas serta membasuh itu ini. Pabila suami mula melelapkan mata siapa disampingnya ? Bantal peluk dan siling pengganti anda yang masih merenung kaca TV. Bila suami anda masih tidak pulang ke rumah walaupun sudah jam 10 malam, dimanakah dia? Di kolam memancing ? Di warung mamak ? Di pusat karaoke ? Bila anda sudah hampir mahu melelapkan mata dimanakah suami anda ? Masihkah dia diluar ? Atau didalam rumah melayan ruang sembang di internet ? Siapakah penghibur suami anda ? TV ? Ikan di kolam pancing ? Senarai lagu di pusat karaoke ? Atau wanita-wanita yang menjadi pengganti anda sebagai penghibur suami anda ? Siapa penunduk nafsu suami anda ? TV? Ikan ? Kawan-kawan ? GRO ? Gadis-gadis di internet ? Mengapa bukan anda ? ![]() |
Hatiku KAU Guris luka
Entah kenapa, sepanjang minggu nih terlalu ramai yang mengguris dan menyakitkan hati.
1. KAD KREDIT RHB-TESCO : Baru sebulan pakai kad kredit nih. Bil pertamanya bertarikh 24/5/2009 sebanyak RM195. Tak sampai RM200 pun. Bil datang selepas semua pembayaran bil2 lain telah dibuat. Dengan kekalutan balik dari kampung, bil nih terlepas pandang. Bila nak bayar, alang-alang, lagi beberapa hari jer lagi gaji. Ingat nak masukkan dalam budget bulan 6. Dalam pada itu, dah dapat surat peringatan, 2 kali call dan 2 kali sms, minta call no yang sama. Seolah-olah hutang ku berjuta dan dah overlimit, padahal 5% pun belum sampai. Cuba nak komen thru laman web, dah taip panjang2, rupanya button submit dia tidak berfungsi (atau disengajakan supaya org tak boleh komen). Sedangkan suamiku dah 10 tahun pakai kad kredit RHB tak pernah ada masalah. Aku pun dah sekian lama pakai Standard Charted dan Bank Islam, tak derlah pula masalah macam nih. Baru berkira-kira macam nak stop Standard Charted, tapi macam tak jadi jer.
2. TESCO EXTRA SELAYANG : Lihat pada promosi dengan pemplate yang diberikan, bemula 25/6/2009 adalah pormosi barangan bayi. salah satu darinya yang menarik perhatian adalah basikal. Kalau tak dikayuh, ada pemegang yang ayah/ibu boleh tolak Adam. Ayah berkenan dengan model tuh. So malam 25/6 tuh juga pergi ke TESCO untuk membeli hadiah semperna Adam 2 tahun. Sampai2 sana, dimaklumkan stok dah habis. So buat apa buat promosi kalau tiada stok. Ok sabarlah hati. Cuma ambil susu, milo dan sosej. Kurang daripada 10 barang, so kami pun beratus di barisan "Express Kaunter.. less then 10 item". Malangnya orang di depan tuh tak reti baca tulisan tuh, dan kerani kaunter pun tak reti nak bersuara. Barang yang orang tuh beli separuh troli dan duit yang dibayar hampir2 RM200. Itulah express kaunter yang cukup menghangatkan hati. Ingat hari nih nak komen dalam laman web, tak der pula ruang untuk komen di laman web dier.
3. KYROS KEBAB SOGO : Entah kenapa tetiba teringin lak nak makan spegetti di Kyros Kebab. Oleh kerana lapar sangat, kononnya makan dulu sebelum shopping. Ada seorang jer yang jaga di kaunter dan mungkin 3-4 orang yang masak di belakang. Lepas bayar air, kita pun duduklah dikerusi, sebab tak der kawan untuk bookingkan tempat. Sambil jeling-jeling orang yang masak tuh. Ok spegetti dah dimasukkan dalam pinggan, kejab lagi nak bangun ambil. By the time saya sampai kaunter, pakcik tuh pun mengangkat spegetti berkenaan dan menghidangkan buat isterinya yang tercinta. Lalu tanyalah pada adik tuh, spegetti saya tak siap lagi ker? Katanya dah, agaknya ada orang lain ambil kut, padahal pakcik tuh ada disebelah tengah tunggu order untuk dia. Lepas tuh budak yang jaga kaunter tuh cakap, la akak duduk ker, orang lain semua berdiri dan tunggu kat sini. Badan dah menggeletar kelaparan, so berdiri jer lah menunggu untuk spegetti tuh dimasakkan semula, sedangkan makcik tadi yang mengambil makanan yang sepatutnya untukku terus makan dengan lahapnya. Geram.. pada orang yang jaga kaunter dan juga pakcik tuh. Pastinya dia tahu yang aku berbaris depan dia tadi, bayar terlebih dahulu dari dia, dan dia dengar bila aku pura-pura cari spegetti untuku. Opss..sorrylah mana ada lagi lelaki gentlemen kat dunia nih.
Sesungguhnya minggu ini terlalu banyak yang melukakan. Hatiku Kau guris luka.

Mahkota Untuk Ayah
qamar_muneera
"Ayah, maafkan Udin. Andai Udin tahu hasrat ayah. Andai Udin tahu impian ayah. Andai Udin tahu rahsia hati ayah. Udin takkan bantah cakap ayah. Udin akan mengaji Quran sungguh-sungguh dengan Ustaz Naim. Udin akan tunaikan impian ayah kala ayah masih disisi," sayu kedengaran suara Ustaz Saifuddin.
Jiwanya dibentur gundah. Dia baru usai menghadiahkan bacaan Yassin buat ayah. Ustaz Saifuddin mengusap-usap lembut batu nisan. Seakan-akan dia membelai kepala ayah. Raut wajahnya terpampang rasa terkilan.
" Udin buka kelas Al-Quran untuk orang-orang tua sekarang. Udin mengajar sepenuh masa di situ. Ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik datang mengaji. Seronok Udin tengok semangat mereka. Bersungguh-sungguh benar mereka mahu belajar Al-Quran. Kalau ayah ada…,"
Udin tidak dapat meneruskan bicara. Kerongkongnya terasa perit. Air yang bertakung di tubir mata sudah lama berjujuhan.
"Ayah, semalam Udin mimpi. Udin lihat ayah dipakaikan mahkota yang sinarnya terang benderang. Lebih bercahaya dari sinar matahari. Wajah ayah berseri-seri. Ayah pandang Udin. Ayah senyum. Tak pernah Udin tengok ayah senyum semanis itu. Kalau boleh, waktu itu Udin tidak mahu celikkan mata. Biarlah Udin terus pejam dan menikmati senyuman ayah. Adakah ayah sudah ampunkan Udin? Ayah, Udin rindukan ayah," Ustaz Saifuddin menyeka air mata yang kian tidak terbendung.
**********************************************
Wajah Udin berkerut menahan sakit. Rasa tidak puas hati menyembur-nyembur dari anak matanya. Dikerling betis yang kini berbalar. Kesan-kesan merah tampak jelas. Air mata ditahan. Tidak dibenarkan walaupun setitis gugur. Menangis ertinya lemah. Ayah tidak adil. Kenapa dia sahaja yang selalu kena marah. Kenapa dia sahaja yang selalu dirotan. Ayah memang tidak sayangkan dia. Ayah hanya sayangkan Kak Sarah.
Dia menjeling tajam ke arah Kak Sarah. Geram membuncah di hati melihat muka selamba Kak Sarah yang seolah-olah mengejek-ejeknya. Kak Sarah memang sengaja hendak kenakan dia. Kak Sarah memang gatal mulut. Kak Sarah tidak patut memaklumkan ayah tentang hal dia mandi di sungai hujung kampung sekaligus tidak menghadiri kelas agama. Kak Sarah memang menyibuk.
Muqaddam dan papan rehal di atas meja diregut kasar. Kakinya sengaja dihentak-hentak ketika berjalan. Berdetap-detup bunyi papan lantai dipijak.
" Nanti!" Kak Sarah menahannya.
"Apa lagi!" sergah Udin. Mukanya merona merah.
"Tak mahu pakai kopiahkah?" Kak Sarah berlembut. Cuba menyiram api kemarahan adiknya.
Cepat-cepat Udin merabut kopiah lusuh di tangan Kak Sarah. Ternyata Kak Sarah gagal menyejukkan hati Udin. Udin lemas selalu dileteri ayah. Ayah selalu membanding-bandingkan dirinya dengan Kak Sarah. Ayah selalu memuji-muji Kak Sarah. Memang dia tidak nafikan Kak Sarah punya banyak kelebihan berbanding dirinya. Darjah tiga Kak Sarah sudah khatam Al-Quran. Setiap tahun Kak Sarah naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang.
Dengan keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR Kak Sarah dapat melanjutkan pelajar di sebuah sekolah menengah sains. Memang Kak Sarah menjadi kebanggaan ayah dan emak. Sebaliknya, Udin masih membaca Muqaddam walaupun kini sudah berusia sepuluh tahun. Namanya kerap juga dipanggil waktu perhimpunan kerana tidak siap tugasan yang diberi oleh guru ataupun ponteng kelas.
Dia lebih suka menghabiskan sepanjang petang memancing ikan atau mandi sungai di hujung kampungnya daripada menghadiri kelas agama. Kadang-kadang dia berbasikal hingga ke kampung seberang semata-mata mahu bermain bola sepak. Pada malam hari, budak-budak lain terkocoh-kocoh pergi mengaji di rumah Ustaz Naim, Udin bersama-sama dua tiga rakannya yang lain seronok berlumba basikal di atas ban.
Ayah rungsing memikirkan tentang anak jantannya yang seorang ini. Degilnya bukan sedikit. Puas Udin dirotan dan dihukum oleh ayah. Pernah ayah mengikat Udin pada batang pokok rambutan di belakang rumah kerana ponteng kelas mengaji. Habis badan Udin merah-merah digigit kerengga. Pernah juga Udin dikurung di luar rumah kerana pulang dari bermain lewat petang. Namun, insafnya hanya bertahan beberapa hari sahaja. Kemudian Udin kembali dengan sikap bebalnya.
Lantaran itu, Udin acapkali dimarahi dan dileteri ayah. Tiada hari yang dilalui Udin tanpa bebelan dan jalur-jalur merah pada tubuh kecilnya. Mujur ada emak. Emaknyalah yang selalu mempertahankannya apabila dia dimarahi ayah. Ketika ayah mengangkat rotan, Udin cepat-cepat berlindung di belakang emaknya.
" Esok kita akan bertolak selepas subuh. Pakaian dan barang-barang keperluan dah siap dikemas Udin?" suara garau ayah mengejutkan Udin. Lamunannya terganggu. Raut wajah ayu Fatimah, anak Haji Hussain yang bermain-main dalam anak matanya sebentar tadi pecah berkecai.
" Sudah ayah," Udin gugup. Matanya disapa sayu.
Esok Udin akan berpisah dengan Fatimah. Udin akan dihantar melanjutkan pelajar di sebuah pondok di Kelantan. Keputusan UPSR yang corot menyebabkan dia tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana sekolah menengah berasrama penuh mahupun sekolah menengah sains. Ayah mengambil keputusan menghantar Udin mendalami ilmu agama. Itu memang impian ayahnya selama ini. Ayah tidak mahu Udin bergaul lagi dengan rakan-rakan yang biadap tingkahnya.
Pada mulanya Udin berasa tertekan amat. Udin terkongkong dengan pelbagai peraturan dan pantang larang sepanjang berada di pondok. Kebebasan bermain dan merayau-rayau bersama rakan-rakan yang pernah dinikmati suatu masa dulu tidak dapat dilaksanakan lagi kini. Setiap hari, Udin perlu menghadap Al-Quran. Bukan sekadar membaca, menghafal malah! Udin juga perlu mengulit pelbagai kitab-kitab tebal seperti Fathul Muin, Riyadhus Salihin dan Ihya Ulumuddin.
Segala kerja rumah harian seperti membasuh, melipat dan menyeterika baju terpaksa dilakukan sendiri. Udin agak ketinggalan berbanding sahabat-sahabat lain kerana Udin masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran. Lantaran itu, dia tidak dapat menghantar banyak hafalan baru sewaktu tasmi dengan ustaz. Penguasaan bahasa arabnya juga lemah.
Pernah disuarakan pada ayahnya untuk berhenti belajar di pondok dan menyambung saja pengajian di sekolah menengah biasa. Namun ayah tidak ambil pusing. Mahu tidak mahu, Udin cuba menyesuaikan diri. Dia cium tangan, pipi dan dahi panas ayah seperti biasa pagi Jumaat itu sebelum bertolak pulang ke pondok selepas menghabiskan cuti beberapa hari di rumah.
Ketika usai solat asar petang hari yang sama, mudir madrasah, Ustaz Syukri tergesa-gesa berjumpanya. Dia terjelepuk longlai mendengar berita pemergian ayah. Petang itu juga dia pulang semula ke kampung halamannya. Bagai mimpi. Sabtu keesokan hari Udin mencium pipi dan dahi sejuk ayah yang tidak lagi bernyawa.
Kata emak ayah meninggal ketika menanti waktu asar menjelang. Tiba-tiba sahaja jantungnya gagal berfungsi.Wajahnya masih dibasahi titisan air wudhuk kala malaikat maut bertandang. Udin harapan ayah. Udin sandaran ayah. Suatu hari nanti, apabila Udin sudah pandai mengaji dan mahir ilmu Al-Quran ,ayah mahu belajar dengan Udin. Ayah tidak tahu baca Quran. Ibu hendak ajarkan dia tidak mahu. Ayah hendak Udin yang ajarkan dia.
Setiap hari dia panjatkan doa agar Allah lembutkan hati Udin dan mudahkan Udin belajar Quran. Ayah malu untuk berguru dengan Ustaz Naim. Katanya sudah senja sangat untuk berguru lagi. Bicara ibu beberapa hari selepas ayah dikebumikan bersimpongang di indera dengar Udin. Tiada air mata yang tumpah kala itu. Bukan Udin tidak sedih. Bukan Udin tidak tersentuh. Cuma segala-galanya berlaku tanpa diduga.
"Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran,tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya yakni dia belum lancar, dia akan mendapat dua pahala. Hadis ini diriwayat oleh Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-Qusyaiy An-Nisabury dalam dua kitab Shahih mereka," Ustaz Syukri menyejukkan hati Udin tika Udin mengadu kesukarannya membaca Al-Quran apatah lagi menghafalnya.
" Ustaz, bagaimana mungkin saya lakukan untuk membantu ayah yang tidak mengenal huruf-huruf Quran jauh sekali membacanya?" udin melontar pertanyaan yang terbuku dalam hatinya. Ustaz Syukri mengelus-elus janggutnya yang kian memutih. Air mukanya tenang. Hati pasti akan damai memandang kejernihan wajahnya.
" Udin ajarlah ayah. Di sini Udin belajar sungguh-sungguh ilmu Quran. Kemudian bila pulang ke kampung Udin kenalkan ayah dengan Kalamullah ini. Ingat, sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Orang tua ini selalunya ego. Dia segan nak pergi belajar dengan orang lain. Tentu dia malu. Mungkin dia akan lebih selesa jika yang mengajarnya itu darah dagingnya sendiri," Ustaz Syukri menepuk-nepuk lembut belakang badan Udin.
"Tapi ayah Udin sudah tiada lagi..."Udin bersuara. Perlahan.Dia menekur hamparan hijau yangdijadikan alas duduk. Angin yang menyembung dari ruang tingkap bertiup kasar menampar-nampar tubuh Udin. Angin seperti mengutuk Udin kerana dosa-dosa lampau pada ayah. Sedih mengasak-ngasak sukma.
"Barangsiapa membaca Al-Qur'an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini," Ustaz Syukri memetik kembali hadis riwayat Abu Dawud yang pernah dibaca sewaktu dalam kelas Al-Quran.
Ketika itu mereka sedang menekuni kitab At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran karangan Imam Nawawi. Udin tertegun. Udin menyeka air matanya. Wajah Ustaz Syukri direnung. Ada semangat menyelinap dalam lipatan hatinya. Biar dia masih bertatih membaca Kalam Allah. Biar dia tidak hebat seperti Kak Sarah dalam pelajaran. Biar sahabat-sahabat jauh meninggalkannya di belakang. Dia tidak akan putus asa.Dia akan mendalami bersungguh-sunggguh ilmu Quran dan mengamalkannya.
Dia mahu hadiahkan ayah mahkota itu. Dia mahu ayah miliki mahkota itu dan menghuni syurga Ilahi walau ayah tidak pernah menyelak lembaran Quran apatah lagi membacanya. Angin kembali berpuput mesra. Seolah-olah memujuk udin. Seolah-olah merestui impiannya.
"Selamat Hari Bapa"

Happy 10th anniversary
14/6/2009 - genap 10 tahun dari tarikh pertama kali aku blind date dgn seorang lelaki. Aku baru mengenalinya seminggu di alam maya, chatting specifically. Haritu aku tension sangat sebab masalah dipejabat. Dia pun tension sebab kunci kereta Tiara nya hilang. Dah separuh hari di bengkel kereta. Hingga tercetus satu idea, 'since kita sama2 tensen, apa kata kita dinner berdua malam nih'. Macam tak percaya tapi OK jer.

Kata sepakat di ambil, kami akan bertemu di Stesyen LRT Cempaka, di Pandan Indah, tak jauh dari pejabatku. Dan aku akan menjemputnya di sana dengan kereta kancilku.
Masuk2 jer dalam keretaku, perkataan pertama yang diucapkan, "Surau kat mana yer, saya belum solat asar lagi nih". So aku pun membawa ke surau seperti permintaannya. Lepas solat asar, kami makan malam, kemudian solat maghrib. Lepas itu kami terus berbual tentang perjalanan hidup, kisah duka masing2 hingga hampir pukul 10 malam, bila dia ingin pulang naik LRT semula.
Lepas berpisah, sepanjang perjalanan aku pulang kerumah hatiku berkata-kata, 'INILAH LELAKI YANG KUNANTI DAN KUCARI SELAMA INI ". Cinta berputik dipertemuan pertama.
Bermula dari pertemuan pertama, setiap malam pastinya kami bergayut di telepon 2 hingga 3 jam. Setiap pukul 8 pagi pastinya aku mendapat sms yang berbunyi 'Senyumlah, senyumlah seindah warna pelangi, seceria mentari pagi, kerana senyumanmu itulah yang akan mewarnai kehidupan ini. Setiap pagi without fail.
Genap 2 minggu, aku dengar dia pulang ke Johor bersama ibu dan adik-adiknya. Balik jer dari kampung, beriya-iya benar dia nak jumpa aku. Lepas makan malam dan dia menyerahkan sepasang kasut 'Cinderella'. Kasut yang dibeli di Pekan Ayer Itam yg cukup terkenal dengan barangan tembikarnya.
Bersama-sama dengan hadiah tuh, diiringi dengan ucapan "Saya nih orang susah, dah biasa hidup susah. Kalau boleh saya nak meneruskan hidup ini dengan awak. Susah kita sama susah, Senang kita sama senang. Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak membuat hidup awak susah. Saya nak awak fikir sedalam-dalamnya. Saya tak nak awak menyesal hidup dengan saya. Tetapi sayalah yang akan menyesal kalau saya tak menyatakannya pada awak sekarang".
Apa yang mampuku katakan. Terdiam, terkedu dan dengan linangan air mata aku pun berkata "kecik tapak tangan, nyiru ku tadahkan".
Maka setelah 2 minggu rasmilah kami berdua sebagai kekasih. Beberapa minggu lepas itu, pawagam menyiarkan cerita Runaway Bride, lakunan Julia Robert dan Richard Gere. Entah kenapa aku begitu ingin sekali melihatnya. Kesian dia, ku paksa melihat filem romantis. Hinggalah satu babak bila Richard Gere melafazkan kepada Julia Robert. Point yang Julia dengar sama dengan apa yang aku dengar, cuma dia melafaskannya dalam bahasa Melayu dan Richard Gere dalam bahasa omputih.
Dipendekkan cerita 8 bulan lepas itu, 4/2/2000, kami bertunang. Setahun kemudian, pada 31/3/2001 kami sah menjadi suami isteri. Pada 31/3/2004, semperna ulang tahun ke 3, kami membeli kereta ke 3, dengan no plat 3103.
Walaupun kami tiada zuriat sendiri, kehadiran Adam melengkapkan rumahtangga kami. Semoga rumahtangga ini berkekalan buat selama-lamanya.
Madu dan Susu 2
Semalam, saya di tanya oleh seorang kawan FB yang baru dikenali, tapi telah lama mengenali my hubby. Antara ayatnya..
"I know ur hubby since year 2006 I think. He was my Yahoo Msgr friend and also financial consultant online. we have met once at my previous company in KL sentral masa dia incharge kat MIDA utk passkan file financial template. I know about ur health problem initially... n u guys seem to be a such happy family when Adam came... tapi kenapa sampai nak cari insan baru yg bergelar isteri/madu to be in ur family? Zaman skrg nie susah nak dapat unless akak gi cari kat kampung2 especially d pattani yg mana kuat pegangan agamanya. di KL nie, agak susah nak cari perempuan yg solehah untuk hidup bermadu kerana Allah & Rasul. Even sy ada ramai kawan yg belum berkahwin tp xkan nak hidup bermadu.. "

Dan inilah jawapan yang saya berikan
1. I tak tentang sbb islam dah benarkan, kalau kita tentang mean that kita menentang hukum Allah.
2. Letakkan diri I as andartu @ janda2. Setiap mlm berdoa agar adalah jodoh. Takkan nak harapkan anak teruna kut. Kalaulah ada org yg sanggup kongsi.
3. Sometimes I gi outstation. Feel guilty jugak tinggalkan anak dgn hubby. Kalaulah ada org lain yg tlg jaga. But we don't trust maid. Kalau ada pun, maid dgn majikan..berdua2an dlm rumah, apa lak hukumnya.
Maka, jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan bermadu.
Birthday dan Fareware Lunch At Tuttie Frutie, Maju Junction
Hari Rabu, 10 Jun diadakan satu Jamuan Untuk Unit HRMIS.
Tujuan Utama adalah majlis perpisahan kepada Otai HRMIS, yang akan berpindah ke MIS di Tingkat 7. Dah 5 tahun dia di Unit ini, tibalah masa untuk bertukar angin pula.
Selain daripada itu, jamuan juga untuk meraikan 2 orang staff yang menyambut besday pada bulan Jun ini.
So ini lah kami, seramai 17 orang: