RSS

Bagan Lalang

25/12/2009

Hari khamis lepas pejabatku mengadakan makan malam untuk Unit, di Bagan Lalang.

Antara agendanya adalah :


  • Meraikan besday boys girls

  • Exchange gift

  • Lucky draw

  • Games


Bagi orang lain, selepas habis agenda, semua orang pulang ke sarang masing-masing. Kami pula telah menyewa Chalet Persatuan Nelayan Kawasan Sepang untuk bermalam. Harga yang ditawarkan adalah RM90 untuk weekday dan RM110 untuk weekend dan public holiday.

Dari segi tempat penginapan, yang mengadap terus ke laut, rasanya inilah tempat yang terbaik, berbanding tempat lain seperti Hotel Seri Malaysia ataupun Pusat Latihan LKIM.

Walau bagaimanapun, dari segi tempat makan seafood, suasana dan rasa, jika diberi pilihan atau markah, jawapan saya adalah:

  1. Muara Ikan Bakar, Tangjung Harapan, Pelabuhan Kelang

  2. Medan Ikan Bakar, Umbai, Melaka

  3. Bagan Lalang.


Yang dibawah ini adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Menatap Wajah Allah



Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W



salam

1. SURAH -FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berubah Tapak

Mulai Hari ini, tiada lagi pengemaskinian baru diblog ini.



Blog ini telah berpindah ke



http://ummiadam.teratakrindu.net

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CUTE Tutorial 1

Hari sabtu, aku menghadiri kelas yang dinamakan CUTE tutorial di Bangunan Public Bank Jalan Sultan Sulaiman. CUTE bermaksud Computerized Unit Trust Examination. Dalam erti kata yang lain, semua slide yang penceramah berikan adalah ringkasan yang buku yang perlu dibaca dan difahami sebelum mengambil peperiksaan berkenaan. Untuk aku, tarikh yang dijadualkan untuk exam adalah pada 16/1/2009.

Pada peringkat awal kelas, bila diterangkan tentang konsep jenis dan benefit, memanglah aku seronok. Cuma bila masuk bab formula, aku dah mula mengelabah. Kena pula aku cuma mambawa calculator biasa, tidak dimaklumkan untuk membawa Saintific Calculator.

Akibatnya semua contoh soalan2 yang lepas yang mengandungi pengiraan, aku gagal membuatnya. Nampaknya lepas nih kena berguru dengan adik ipar, yang merupakan Graduan Sains Aktuari dari UITM.

Maklumat lanjut tentang apa yang telah aku pelajari boleh dirujuki di Federation of Investment Managers Malaysia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

BULETIN AMAL

BANTUAN KECEMASAN UNTUK

PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE



Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angin ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

BULETIN AMAL

BANTUAN KECEMASAN UNTUK

PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

 

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angin ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini

diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.



Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.



Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar.



Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sukarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.



Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.



Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.



Jika berlaku perubahan bentuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.



Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenamya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.



"Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina bemama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%" menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi "Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; "En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!."



Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen FuTien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah, (setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kernbali kemerahan dan dia membuka matanya.



Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah. Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.



Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bemasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayal.



Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamalkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.



SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.





DITERBITKAN OLEH : URUSETIA AMAL KEMASEK

PT758 TINGKAT 1, BANGUNAN SEDC, KEMASEK 24200 KEMAMAN, TERENGGANU D.lMAN

TEL: 09·8662230 FAX: 09-8662231 EMAIL: info@amalmalaysia.net_____________



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Correct timing to take water

USEFUL TIPS



Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack


Please pass this to all the people whom you care......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Correct timing to take water

USEFUL TIPS



Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.



Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs



One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion



One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure



One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack











Please pass this to all the people whom you care......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS