RSS

Rahsia Rumah Tangga




Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Walk the talk



Walk the talk, atau dalam bahasa Malaysia, laksanakanlah apa yang di katakan. Jangan sampai orang menyampah dah mengatakan cakap tak serupa bikin.

Kita semua sering diingatkan tentang keberkatan dalam bekerja, mencari rezeki. Selalu diperingatkan bahawa Facebook, Chatting, browsing ke tempat2 yang tak sepatutnya adalah membuang masa dan mencuri waktu kerja. Perkara ini tak sepatutnya diamalkan. Even untuk turun bersarapan di waktu pagi pun di anggap salah, menyalahi peraturan, sebab peraturan mengatakan waktu bekerja dari pukul 8 pagi hingga 1 tengahari, sebelum waktu rehat. Kemudian menyambung pula kerja dari pukul 2 hingga 5 petang (bagi yang memilih WP2).

Kalau ada orang dari bahagian lain yang melepak di bahagian lain, ditanya "Tak der kerja ker?". Maksudnya mencuri waktu pejabat untuk demi untuk kepentingan peribadi.

Namun pada masa yang sama, apa pula 'hukumnya', waktu yang sepatutnya digunakan untuk membuat kerja kerja pejabat, tetapi digunakan untuk membuat assignment. Menggunakan kemudahan komputer pejabat, power point, visio, dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan. Tak cukup dengan itu, meminta tolong  orang lain untuk menghantar fax soalselidik kepada pihak luar. Tidakkah itu namanya menyalahgunakan kemudahan pejabat untuk kepentingan diri sendiri? Apa bezanya orang yang browsing dengan orang yang buat assigment?

Bagi saya tiada bezanya. Kalau yang pertama dikatakan salah, maka yang kedua juga salah.

Jadi lepas ini, sebelum menegur orang lain, cerminlah diri sendiri terlebih dahulu. Janganlah kuman di seberang laut nampak, tetapi gajah di depan mata tidak kelihatan. Dan janganlah menjadi seumpama ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah kehidupan.. keberkatan dlm rezeki

* Ambil Pengajaran dan Iktibar.

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar).. Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak.

Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid. Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.


  1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.

  2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.

  3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

  4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

  5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

  6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.

  7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..

  8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

  9. Bayangkan dia boleh hidup dengan selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.


Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan ia yang patut di contohi;

  1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation

  2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.

  3. Sering membaca Surah Al-Waqiah

  4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.

  5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.

  6. Suka menolong orang dan memberi derma

  7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang Penyakit.

  8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.

  9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.


Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.. Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini. Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup. Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

  1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba).

  2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.

  3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)

  4. Sering bertengkar dengan isteri.

  5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.

  6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

  7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.

  8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja..


Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini... Suatu hari, seorang ustazah travel, dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'.. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.

Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh.

Cerita tak berakhir di situ.. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki... Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman...

Cuba kita tanya diri kita sendiri...

  • Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???

  • Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???

  • Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???

  • Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ??? Subhanallah. ..


Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jantan terlampau

satu pengajaran...

Kengkawan baca sampai habis tau......tabah nyer org nie......betul gak kata orang "pompuan yg dah kawin ni nasib dia bak untung sabut timbul, untung batu tenggelam..." Kisah Dari Mahkamah Syariah: Jantan terlampau

bhnita@bharian.com.my

Bekas pesakit barah payu dara kongsi pengalaman pahit 'dihina' bekas suami

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

High tech fraud

This gives us something to think about with all our new electronic technology.

GPS

A couple of weeks ago a friend told me that someone she knew had their car broken into while they were at a football game. Their car was parked on the green which was adjacent to the football stadium and specially allotted to football fans. Things stolen from the car included a garage door remote control, some money and a GPS which had been prominently mounted on the dashboard.

When the victims got home, they found that their house had been ransacked and just about everything worth anything had been stolen.

The thieves had used the GPS to guide them to the house.. They then used the garage remote control to open the garage door and gain entry to the house. The thieves knew the owners were at the football game, they knew what time the game was scheduled to finish and so they knew how much time they had to clean out the house. It would appear that they had brought a truck to empty the house of its contents.

Something to consider if you have a GPS - don't put your home address in it. Put a nearby address (like a store or gas station) so you can still find your way home if you need to, but no one else would know where you live if your GPS were stolen.

MOBILE PHONES

I never thought of this.......

This lady has now changed her habit of how she lists her names on her mobile phone after her handbag was stolen. Her handbag, which contained her cell phone, credit card, wallet... Etc..was stolen.

20 minutes later when she called her hubby, from a pay phone telling him what had happened, hubby says 'I received your text asking about our Pin number and I've replied a little while ago.'

When they rushed down to the bank, the bank staff told them all the money was already withdrawn. The thief had actually used the stolen cell phone to text 'hubby' in the contact list and got hold of the pin number. Within 20 minutes he had withdrawn all the money from their bank account.

Moral of the lesson: Do not disclose the relationship between you and the people in your contact list.

Avoid using names like Home, Honey, Hubby, Sweetheart, Dad, Mom, etc....

And very importantly, when sensitive info is being asked through texts, CONFIRM by calling back.

Also, when you're being text by friends or family to meet them somewhere, be sure to call back to confirm that the message came from them. If you don't reach them, be very careful about going places to meet 'family and friends' who text you.

*PLEASE PASS THIS ON * I never thought about the above! As of now, I no longer have 'home' listed on my cell phone.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Taktik perogol…!!!!!!

Hal ini berlaku di KL baru2 ni.. Saya dapat tahu dari kakak ipar saya cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani bertaburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.

P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Don't Throw Away Your One sen Coins

We cannot stop mosquitoes from laying eggs in any stagnant water; in drains/ponds or water collected in waste pails, tanks, tins, used tyres etc. etc.

Of course if you have fish inside the tanks/containers then there should be no problem. Do you know that there is a very simple and very economical way to destroy the mosquitoes' eggs and not let them hatch into larvae?

Very, very simple, just put a few 1 sen copper coins into the tanks/containers & it will solve all your problems.

According to the Japanese Research Scientists, the mosquitoes eggs will be destroyed by a kind of mineral discharged from the copper.

DON'T BELIEVE, try it yourself and even the small snails will not visit the containers (with copper coins). You will observe the water collected in the containers will be very clean and clear.

Please share this info with friends.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 minggu yang paling mencabar

Tahun 2010 baru 2 minggu bermula, namun cabarannya begitu kuat terasa. Semua orang diuji dan ada cabarannya yang tersendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Carpal Tunnel Syndrome

For everyone who works daily on a computer. The mistakes in daily mouse and keyboard usage will result in Carpal Tunnel Syndrome! Use the mouse and keyboard correctly. View below for the surgery of a patient suffering from Carpal Tunnel Syndrome followed by the RIGHT TECHNIQUES for usage....







Correct way to work on the Computer









Hand Exercises for Carpal Tunnel Syndrome :





KINDLY SEND THIS TO EVERYONE YOU DON'T WANT TO SUFFER FROM THIS

































  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CUTE Tutorial 2

Aku telah menghadiri Cute Tutorial buat pertama kalinya pada 4/12/2009. Oleh kerana aku bukan dari bidang perakaunan atau kewangan, perkara ini begitu asing buatku. Formula yang dipaparkan pun begitu sukar untuk ku fahami. Ditambah dengan calculator biasa yang kubawa, menyebabkan aku GAGAL masa kursus berkenaan.

Untuk mengelakkan aku gagal semasa exam yang dijadualkan pada 16/1/2010, maka aku cuma menghadirkan diri sekali lagi. Malangnya satu2nya kelas weekend yang ada adalah pada sepatutnya aku exam, maka aku pun bercuti pada hari ini, untuk menghadirkan diri di kelas ini.

Risaukan harga parking ikut jam yang mungkin melambung tinggi, aku memutuskan untuk naik teksi. Rupanya susah untuk mendapatkan teksi, hingga alternatif seterusnya adalah naik MONOREL. Hehehe..melecet juga kakiku berjalan dari kaki menuju stesyen dan dari stesyen menuju ke bangunan berkenaan. Tetiba jer ada semangat baru membara. No gain no pain.

Untuk memujuk hati, semasa berjalan itu, aku yakin, keperitanku ini pastinya akan membuahkan hasil yang akan dibanggakan akhirnya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Another MLM?? Sorry

Petang Ahad, kami menerima panggilan dai orang yang cukup dikenali dan di hormati, yang mengajak bertemu di Shah Alam lebih kurang pukul 3 petang. My hubby pun tertanya2, agaknya kenapa yer mereka nak jumpa kita di Shah Alam, bukannya kita tak biasa ke rumah mereka.

Laju jer mulut nih menjawap “Agaknya nak ajak masuk MLM kut”

My hubby kata “Takkan kut, abang tuh kan enginer, wife dia pun kerja dengan Petronas”.

Lalu, tanpa banyak bicara, kami pun pergi ke Shah Alam, dan bertemu di Stesyen Minyak yang ditetapkan. Mengikut kereta, kami di bawa menjamu selera di Restauran Azira, Seksyen 10 Shah Alam. Aku terus jer order Laksa Johor yang memang menjadi trade mark restaurant berkenaan, manakala my hubby order nasi ayam.

Lepas makan, kami dibawa ke kedai di Sebelah Restaurent berkenaan.

Ops.. Zhulian.. Hah sahih..kan aku dah kata MLM.

Ini bukan kali pertama aku join MLM. Sebelum ini telah beberapa MLM aku sertai antaranya


  1. Zhulian juga – masa tuh baru tamat belajar, konon nak memulakan dua kerja serentak, makan gaji dan bisnes. Masa tuh Zhulian Cuma jual barang kenas tiruan sahaja.

  2. LCI – Syarikat barang kecantikan dari Jepun. Kali pertama aku terpedaya. Dengan modal melebihi RM1500, hasil pujuk rayu student UIA yang practical di dept tempat aku kerja. Dia senanglah nak bawa prospek, sebab dah ada kereta, sedangkan aku jenuh nak naik LRT ke Menara Uncang Emas di Taman Miharja , Cheras. Rasanya syarikat ini pun dah bungkus kut.

  3. AMWAY – Terjoin pun sebab malu alah, bila kawan pejabat lama my hubby sanggup dating rumah untuk bercerita tentang product dan kaedah pemasarannya. Sama mcm LCI, syarikat ini pun ‘menjual orang’ lebih dari menjual product. Matlamatnya kita dapat untung dengan menaja lebih ramai downline, tak kisah sangat tentang jualan.

  4. CNI – Memang aku join sebab utamanya nak kan harga ahli untuk beli Kopi Tongkat Ali CNI yang terkenal itu. Lepas tuh aku mula menggunakan product kecantikannya. Memang baik dan berkesan. Kenapa berhenti? Kerana adanya kesedaran untuk lebih mengutamakan product orang melayu Islam.

  5. DCL - Aku pernah mengalami sakit yang amat sangat di *toot*. Sakit yang menyukarkan aku menjalankan kewajipanku sebagai seorang isteri. Walaupun telah mendapat rawatan dari Klinik Pakar Wanita, namun rasa sakit berkenaan tidak berkurang. Kemudian, selepas aku keguguran (rujuk posting mengenai IVF), seorang rakan mencadangkan untuk aku minum Bidadari, keluaran DCL. Selepas minu product berkenaan, alhamdulillah rasa sakitku hilang. Biasalah, bila dah hilang sakit lupalah pada ubat. Kira-kira setahun lepas itu, sekali lagi sakit yang lama datang semula. Waktu ini mu hubby berkata 'Dulu, masa u minu bidadari, tak pernah pun mengadu sakit, apakata kalau u jadi ahli DCL dan teruskan minum Bidadari sebagai supliment secara berterusan. Dan semenjak itulah aku join DCL.  Bukan untuk mencari downline, bukan untuk mencari kekayaan atau apa, cuma ingin sihat dan cantik khas untuk suami tercinta.


Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan bangunkan kedai maya di blog ini, untuk berkongsi kebaikan product DCL bersama anda pembaca semua.

Berbanding dengan semua MLM yang saya sertai sebelum ini, saya cukup puas hati dengan DCL kerana:

  • Harga nya yang murah dan berpatutan.

  • Product yang halal dan bermutu, keluaran bumiputra Islam. Syarikat dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra. Boleh rujuk di http://www.dcl.com.my.

  • Yang paling penting, productnya cukup berkesan untuk kami sekeluarga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Tahun Baru

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah dan juga Tahun Baru Masihi.

Biasanya tahun baru akan dikaitkan dengan azam. Dan biasanya juga bila hujung tahun azam tidak kesampaian dan akan diperbaharui lagi setiap awal tahun.
Tahun ini merupakan tahun yang begitu mencabar kepadaku. Ini adalah kerana aku akan memakai beberapa topi serentak, atau mungkin akan bertukar beberapa kali dalam sehari.


  1. Sebagai Hamba Allah kepada yang menciptakan ku.

  2. Sebagai seorang isteri kepada sang arjuna

  3. Sebagai seorang ibu kepada anak yang cukup istimewa dan hebat

  4. Sebagai anak tunggal kepada seorang ibu yang uzur dan memerlukan perhatian

  5. Sebagai seorang penjawat awam

  6. Sebagai seorang agen jualan DCL

  7. Insya-Allah sebagai Public Mutual Unit Trust Counsultant


Kadang kala, terdetik dihatiku, apakah 5 tugas utama belum cukup berat, hingga aku menambah 2 lagi tugas. Apakah gaji dan faedah yang aku perolehi sekarang ini belum cukup, hingga aku perlu mencari pendapatan tambahan?

Jawapannya tidak sama sekali. Kenapa?

Aku menjual product DCL kerana ingin berkongsi kebaikannya. Aku sendiri telah memperolehi faedahnya. Benda yang baik perlulah disebar-sebarkan.

Unit Trust? Sama juga, prinsipku ingin membantu. Berapa ramai orang yang biasa mendengar mengenainya, namun berapa ramai pula orang yang menyertainya. Mungkin ada yang berkata, apa perlunya Unit Trust, kalau kita dah ada ASN, ASB, ASW dan sebagainya yang PNB keluarkan. Well, terpulang kepada diri masing-masing. bagi diriku, seumur hidup aku tak pernah langsung membuka akaun mana2 Amanah Saham pun. Kenapa? Kerana dari dulu lagi aku meraguinya. namun siapalah aku untuk berbicara dan menjatuhkan hukum. Sila rujuk kepada yang pakar :

Sila rujuk kepada posting sebelum ini. Aku bukan mengejar sangat komisyen. Yang aku pentingkan ilmu, pengalaman dan kepakaran. Aku pun teringin menjadi seorang pakar. Dulu aku ingat boleh jadi pakar dibidang IT. Namun bila dah masuk ke sini, bilamana pengalaman dan kepakaranku kurang dihargai, dan semakin dilupai, aku perlu mencari bidang lain. Tambahan pula.. peluang untukku naik di sini "Teramatlah tipisnya', berbanding dengan orang yang Gred Gajinya bermula dengan E ataupun M. Jadi, daripada aku menantikan buah yang belum tentu gugurnya dari satu pokok, baiklah aku cuma memanjat untuk mendapatkan buah dari pokok yang lain.:)

Dulu, prinsipku 3D - Disipilin, Daya usaha, Doa.  Semakin masa berlalu, aku sering melupakan dan juga mengamalkannya terutama D yang pertama. Kini aku yakin, dgn 3D,  AKU BOLEH- Insya Allah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS