RSS

Kesihatan Bertambah Baik, Syukur Alhamdulillah

Hari ini, setelah lebih 2 minggu dari perjumpaan yang lalu, aku menemui Dr Azmi semula.  Soalan pertama doktor, "Macam mana dengan perkembangan sekarang, ada kurang ker? Berapa peratus pengurangannya?"

Alamak, sakit pun boleh kira peratus ker? Apa nak jawap nih.

“Entahlah doktor, saya rasa macam tak der kurang pun, kadang rasa makin sakit adalah. Saya ada ramai kawan yang kerja sebagai doktor juga dan mereka nasihatkan saya, kalau sakit makan jer ubat. Doktor suruh saya makan Neurotin 2x sehari, kalau sakit sangat kadang saya makan 3x sehari. Cuma biasanya kalau saya makan ubat tengahari, petang tuh kepala saya mula rasa dizzy dan macam nak muntah”

“Yer ker, kalau tak der kurang, then saya akan suggest to go for operation”

“Oklah, kalau macam tuh”

“Tak per, U baring dulu atas katil, saya nak periksa”

Doktor cuba mengangkat kaki kiri.

“Doktor, tuh bukan kaki yang sakit”

“Yer saya tahu”, bila kaki kiriku dah 90 darjah tegak ke atas.

Lepas tuh doktor cuba pula mengangkat kaki kanan. Lebih kurang 80 darjah bila aku menjerit kesakitan. “Hmm dah better, dulu tak sampai 45 darjah pun dah kata sakit sangat, nih masih boleh tahan lagi nih kan, kalau saya tegakkan.

“ Yer doktor.”

“Kalau macam tuh, teruskan makan ubat dengan sesi fisiterapi. Nampaknya berkesan. Actually apa yang diorang buat yer?” (maksudnya dalam diam doktor mengakui keberkesanan sesi fisioterapi berkenaan)

La doktor pun tak tahu ker? Nasib baik mulutku tak celupar macam tuh. “Mula2 diaorang tarik tulang belakang saya, lepas tuh letakkan mesin untuk kurangkan sakit, lepas tuh letakkan ais”. Dirumah pula 2x sehari, pagi dan malam saya buat 5 jenis exercise yang mereka ajar”.

“Ok, kita jumpa lagi 2 minggu dari sekarang”.

“Doktor boleh bagi ubat lebih sikit tak, sebab sekarang semua ubat dah habis”

“Ok saya bagi ubat untuk 3 minggu”

“Terima kasih doktor”. Lalu aku pun keluar dari bilik doktor dengan senyum panjang. Lega kerana tak perlu memikirkan mengenai pembedahan. Syukur Alhamdulillah.

Balik dari Hospital Damansara, kami singgah membeli barang keperluan dan makan tengahri di Tesco Mutiara Damansara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resipi perkahwinan bahagia -

Dr Utusan Malaysia-keluarga

TERDAPAT banyak rahsia atau resipi untuk perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun di bawah dikongsikan tujuh saranan yang boleh diamalkan anda dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Cadangan ini memang ringkas dan boleh dibuat seberapa segera oleh mana-mana pasangan suami isteri.

1. Jika anda mahukan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun kekal segar-bugar seperti hari pertama berkahwin, anda perlulah berusaha untuknya. Caranya ialah dengan meletakkan perkahwinan itu pada tempat utama. Berikan perhatian padanya dan selalu memperuntukkan masa untuk setiap perkara yang berkaitan rumah tangga. Tidak kiralah apa yang anda selalu katakan tentang rumah tangga anda yang penting sekali ialah bagaimana cara anda menanganinya.

Tip: *Buat penilaian sejauh mana anda telah memberi komitmen terhadap perkahwinan anda. Adakah anda telah meluangkan masa dan tenaga yang sepatutnya demi keharmonian rumah tangga anda?*

2. Fokuskan tentang perkara yang disukai tentang pasangan anda dan abaikan apa jua perkara yang tidak berkenan tentang dia. Jika berjaya melakukan ini maka anda telah mengelakkan banyak perkara negatif yang mungkin berlaku seperti adanya hubungan sulit, perselisihan faham antara suami isteri dan yang paling penting dapat mengelakkan penceraian. Jadi fokuskan yang positif dan buang tanggapan negatif jauh-jauh.

Tip: *Jangan asyik mengkritik dan mencari kelemahan pasangan. Walaupun perkara tersebut terdetik jangan biarkan ia bersarang di hati. Bila anda mula memikirkan perkara baik tentang pasangan, ia sekali gus merangsang rumah tangga menjadi lebih bahagia.*

3. Sifat baik hati amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Maka, jadilah seorang yang baik. Menerusi kajian yang dilakukan kebanyakan suami atau isteri akan lebih melayan orang luar berbanding layanan terhadap ahli keluarga sendiri. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi 'yang benar' atau 'yang baik' maka pilihlah untuk menjadi yang baik. Itu memang satu nasihat yang bagus.

Tip: *Dalam minggu ini cuba buat sesuatu yang menggembirakan hati pasangan anda. Buat kejutan seperti belikan hadiah atau menyediakan makan malam istimewa. Pastikan hati anda ikhlas ketika melakukannya dan jangan pula harapkan balasan.*

4. Bila pasangan membantu anda dalam sesuatu perkara walaupun nilainya tidak seberapa, berilah dia penghargaan. Cukup sekadar mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut yang telah meringankan beban anda. Jadikan sikap itu satu amalan dan jika ia sudah sebati dengan diri anda pasti rumah tangga akan dipenuhi keceriaan dan kegembiraan.

Tip: *Lihat balik betapa pasangan anda itu bermakna dalam hidup anda. Cuba renung sesekali ke dalam mata mereka dan senyum. Anda boleh bermula dengan ayat-ayat penghargaan yang amat ringkas seperti 'saya suka senyuman awak' atau 'terima kasih atas hidangan makan malam yang lazat malam tadi.'*

5. Jika anda berhajat tentang sesuatu perkara jangan pendam dalam hati dan harapkan pasangan anda dapat 'membaca' isi hati anda. Jika perkara dimahukan tidak terjadi tentu anda berang, beritahu pasangan apa yang anda mahukan dengan cara berhemah dan jelas, Komunikasi yang baik memudahkan hubungan anda berjalan lancar. Jadi bercakaplah dan jangan harap pasangan anda boleh menjadi 'ahli nujum' pula.

Tip: *Selalunya anda harapkan pasangan anda memahami apa hajat anda tanpa perlu mengatakannya? Tidak kira lelaki atau wanita masing-masing mengharapkan pasangan berlaku romantis dan mengidamkan masa berdua-duaan. Tidak kurang juga yang mengharapkan pasangan membantu dalam urusan kerja rumah. Senang saja, cakaplah pada pasangan apa yang anda mahukan.*

6. Buang sifat suka menghukum atau mempertahankan diri secara perlahan-lahan. Lapangkan hati menerima pendapat pasangan anda dan itu tidak bermakna anda tidak mempunyai pendirian sendiri. Tidak bermakna juga jika anda tidak menyangkal maka anda salah sebab dalam hubungan suami isteri ini memang perlu selalu bertolak ansur terutama untuk mengekalkan kasih sayang antara satu sama lain. Tidak rugi mengalah kerana dialah insan yang anda mahukan berada di sisi anda seumur hidup bukan?

Tip: *Pilih satu sifat pasangan anda yang selalu membuatkan anda marah. Bila anda dan pasangan berdebat tentang perkara tersebut cuba dengar sahaja dan jangan berfikir tentangnya walaupun dalam hati. Cuba tengok apa hasilnya?*

7. Buka hati anda seikhlas-ikhlasnya untuk pasangan anda. Kebanyakan daripada kita yang telah bertahun-tahun berumah tangga masih membatasi kasih sayang sepenuhnya buat pasangan. Jika anda mahukan rumah tangga yang harmoni dan sentiasa bersemarak bahagia, cubalah ambil risiko tersebut dan jangan fikirkan tentang perkara negatif.

Tip: *Buangkan sifat buruk sangka. Memang konflik sesekali akan tercetus tapi jika anda pandai mengawal diri dan yakin pasangan anda juga patut diberi peluang maka runtuhkanlah tembok keegoaan itu. Pasti rumah tangga anda akan kekal harmoni hingga ke akhir hayat.*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta

Hari ni, kali ke 5 aku menjalani rawatan fisioterapi.

Kali pertama dan ke 2 tengahari, kira-kira pukul 11.30 pagi.
Kali ke 3 dan ke 4 pula adalah petang pukul 3.30, lepas tuh aku terus balik.
Kali ke 5 dan juga ke 6 nanti adalah pagi, pukul 8.30 pagi.

Setakat ini boleh dikatakan 2x seminggu aku menjalani rawatan berkenaan. Kira-kira sejam untuk setiap kali rawatan
Setiap kali, apa yang lakukan adalah tulang belakangku ditarik untuk diregangkan dengan menggunakan mesin.
Lepas kira-kira 20 minit, mesin untuk menahan sakit diletakkan ditempat yang sakit sangat. Biasanya aku rasa macam badanku kena 'drill'.
Lepas tuh pula, ditempat yang sakit akan diletakkan ais, kira-kira 20 minit lagi..

5 tahun yang lalu pun aku pernah sakit pinggang. Pasal rawatan dan doktor pakar aku dah tulis sebelum ini.

Sekarang mengenai fisioterapi.  Di Hospital kerajaan, sesi cuma diadakan disebelah pagi sahaja. 1x setiap minggu dan biasanya sesi aku pukul 10.30 pagi. Waktu itu, bermakna separuh hari waktu kerja aku dan suami 'burn' untuk sesi ini, berbanding sekarang cuma kira2 2 jam sahaja masa aku yang hilang (sejam untuk rawatan, sejam lagi perjalanan pergi dan balik).

Perbezaan kekerapan, bilangan staff yang merawat dan pilihan waktu yang fleksible menyebabkan makin ramai orang yang memilih Hospital Swasta berbanding kerajaan, kecuali orang yang benar-benar tidak mampu. Kalau ikut kerja aku, memang aku kena pergi ke Hospital kerajaan. Terima Kasih kepada Syarikat My husband yang menyediakan kemudahan perubatan yang terbaik untuk staf dan keluarga. Aku dah 2 kali 'menginap' di sana, manakala Adam pula dah 4 kali. Setiap kali, secara purata bayarannya adalah RM1000 untuk 1 malam.

Hari ini aku saja jer bertanya, untuk setiap kali sesi fisio ni, berapa bayaran sebenar yang dikenakan untuk saya.

"RM150, kata kerani berkenaan, yang tak lekang dengan senyuman manisnya".

Aku dimaklumkan paling kurang aku memerlukan 10 sesi. Itu belum termasuk lagi kos untuk berjumpa doktor pakar dan juga ubat. Kemungkinan aku akan di rujuk kepada Dr lain, Pakar Orthpedic/neurosurgeon, kerana sekarang ini aku cuma berjumpa Consultant Physician/Neurologist.

Cuma aku terfikir, sampai bilakah perkara ini akan berterusan?


Kekurangan Doktor Dijangka Diatasi Lima Tahun Lagi (Utusan Malaysia 18/2/2010)


Kekurangan 60 peratus doktor di hospital dan klinik-klinik kerajaan di seluruh negara dijangka dapat diatasi dalam tempoh lima tahun apabila lebih ramai siswazah dalam jurusan perubatan mula dikeluarkan universiti tempatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi mengatasi kekurangan itu, Kementerian Kesihatan melalui strategi jangka pendek menawarkan kepada doktor swasta untuk berkhidmat di hospital dan klinik kerajaan secara kontrak.

"Kekurangan doktor terbabit termasuk doktor pakar itu ketika ini bagaimanapun tidaklah menjejaskan perkhidmatan di hospital atau klinik kerajaan.

"Kerajaan yakin kekurangan tersebut akan dapat diatasi apabila 15 universiti di negara ini yang mengadakan jurusan itu dapat mengeluarkan sekurang-kurangnya 3,000 siswazah kedoktoran mulai tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat hospital Jerantut, di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan juga sentiasa berusaha mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan terutama bagi rakyat di kawasan luar bandar dengan membina lebih banyak pusat kesihatan, selain menaik taraf pusat kesihatan sedia ada. – Bernama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta

Hari ni, kali ke 5 aku menjalani rawatan fisioterapi.

Kali pertama dan ke 2 tengahari, kira-kira pukul 11.30 tengahri. Kali ke 3 dan ke 4 pula adalah petang pukul 3.30, lepas tuh aku terus balik. Kali ke 5 dan juga ke 6 nanti adalah pagi, pukul 8.30 pagi.

Setakat ini boleh dikatakan 2x seminggu aku menjalani rasatan berkenaan. Kira-kira sejam untuk setiap kali rawatan Setaip kali, apa yang lakukan adalah tulang belakangku ditarik untuk diregangkan, menggunakan mesin. Lepas kira-kira 20 minit, aku akan diberikan mesin untuk menahan sakit. Lepas tuh pula, ditempat yang sakit akan diletakkan ais, kira-kira 20 minit lagi..

5 tahun yang lalu pun aku pernah sakit pinggang. Pasal rawatan dan doktor pakar aku dah tulis. Sekarang mengenai fisioterapi. Sesi cuma diadakan disebelah pagi sahaja. 1x setiap minggu dan biasanya sesi aku pukul 10.30 pagi. Waktu itu, bermaksa separuh hari waktu kerja aku dan suami 'burn' untuk sesi ini, berbanding sekarang cuma kira2 2 jam sahaja masa aku yang hilang.

Perbezaan kekerapan, bilangan staff yang merawat dan pilihan waktu yang fleksible menyebabkan makin ramai orang yang memilih Hospital Swasta berbanding kerajaan, kecuali orang yang benar-benar tidak mampu, terpaksalah memilih hospital kerajaan.

Cuma aku terfikir, sampai bilakah perkara ini akan berterusan? Kekurangan Doktor Dijangka Diatasi Lima Tahun Lagi (Utusan Malaysia 18/2/2010) http://asraffruslan.blogspot.com/2010/02/kekurangan-doktor-dijangka-diatasi-lima.html Kekurangan 60 peratus doktor di hospital dan klinik-klinik kerajaan di seluruh negara dijangka dapat diatasi dalam tempoh lima tahun apabila lebih ramai siswazah dalam jurusan perubatan mula dikeluarkan universiti tempatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi mengatasi kekurangan itu, Kementerian Kesihatan melalui strategi jangka pendek menawarkan kepada doktor swasta untuk berkhidmat di hospital dan klinik kerajaan secara kontrak.

"Kekurangan doktor terbabit termasuk doktor pakar itu ketika ini bagaimanapun tidaklah menjejaskan perkhidmatan di hospital atau klinik kerajaan.

"Kerajaan yakin kekurangan tersebut akan dapat diatasi apabila 15 universiti di negara ini yang mengadakan jurusan itu dapat mengeluarkan sekurang-kurangnya 3,000 siswazah kedoktoran mulai tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat hospital Jerantut, di sini, hari ini. Katanya, kerajaan juga sentiasa berusaha mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan terutama bagi rakyat di kawasan luar bandar dengan membina lebih banyak pusat kesihatan, selain menaik taraf pusat kesihatan sedia ada. – Bernama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fisioterapi utk slip disc

Bila sebut lumbar disc prolapse ramai orang yang terpinga-pinga. Semalam bila kali pertama aku kerja setelah sekian lama MC, aku pun jawap jer 'Slip disc'

"Ohh... kakak saya pun dulu kena jugak, lepas buat operation baru OK"

"Pakcik saya pun kena..tapi dia tak berani operation, sebab doktor kata kalau buat pun untuk sembuh just 50 50"

"Apa slip disc? Mcm Anwar Ibrahim kena dulu yer, tapi sekarang dia dah Ok kan, dia buat operation kat luar negeri dulu kan"

"Oh slip disc.. mcm Pn XX yang dulu kerja kat unit tuh..dah meninggal dah pun kan dia tuh"

Tuh adalah antara komen2 yang aku terima semlama, mostly negetif dan menyakitkan hati, tetapi cuma kesabaran memujuk hati.

Harinih pula aku menerima satu e-mail dari FB, Katanya suaminya pun mengidap sakit yang sama dan telah menjalani pelbagai rawatan. "At last. Setiap hari amalkan baca fatihah. Selepas solat at least 15 kali . Doa mintak disembuhkan penyakit. Tambah QulhuAllah 3 kali kalau larat sebelum mintak doa tu. Ada org ajar kat akak ni. Penyakit dari Allah Zack, Dia je boleh amik semula. InsyaAllah. BTW bagus juga sedekahkan fatihah kat anak2 selepas solat."

Tersenyum aku, Alhamdulllah, ada juga yang memberi petua yang tidak sukar untuk diamalkan, malah tidak memerlukan sebarang modal pun sebenarnya.

Dalam lift untuk membeli makan tengahari terjumpa pula dengan rakan sepejabat, bertanyakan soalan dan memberikan jawapan yang sama.

"Oh saya pun pernah kena, dulu saya accident, lama lepas tu kira2 10 tahun barulah kena kesannya. Lama juga buat rawatan fisioterapi dan makan ubat, Alhamdulillah sekarang dah Ok. "

"Tak buat operation ker?"

"Tak, just makan ubat dan fisio jer"

Lega, ada direct testimonial dari individu itu sendiri, bukan kakak, pakcik, suami atau orang lain.

Petang nih sesi ke 3 untuk buat rawatan fisioterapi.

Semoga kesakitan ini akan segera sembuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lumber disc prolapes

Dah lama tak update blog nih. Puncanya aku mengalami kesakitan yang amat sangat.

9/1/2010, aku mula sakit belakang.

1/2/2010, sakitnya telah mula turun ke tulang peha, menyebabkan kesakitan yang amat sangat, sama ada duduk atau pun berjalan.

5/2/2010, sakitnya turun pula ke betis. Betis terasa besar dan kebas.

Antara rawatan yang telah dilakukan.


  1. Klinik, just dapat ubat tahan sakit yang tak mampu menahan kesakitan.

  2. Berurut di Pertama Therapy Zone.

  3. Pusat Rawatan Islam Darul Islam (Ismail Kamus). Lepas dirawat, memang aku mampu berlari bila Adam nak ke toilet dipusat berkenaan. Pagi Jumaat 5/2/2010 tuh pula terasa mcm ada 'tikus' yang berlari2 di saluran darahku. Menurut kata my hubby, itu bermakna yang ada makhluk lain cuba keluar dari tubuhku.


Bermula dari 6/2/2010, tiada lagi sebarang kesakitan samada pinggang atau peha, melainkan seluruh tubuhku belah kanan terasa kebas. Merasakan tidak puas hati dgn klinik yang pertama, aku cuma pula mendapatkan 2nd opinion dari Dr di Klinik lain. Kali nih doktor mengesyakki sarafku yang bermasalah dan mencadangkan aku berjumpa dengan pakar saraf.

Aku cuba call Hospital Selayang. Aku dimaklumkan, untuk berjumpa pakar, aku perlu menunggu sebulan lagi. Maaf, bukan aku tidak menyokong Hospital Kerajaan. Kalau boleh memang aku nakkan rawatan di Hospital Kerajaan. Teringat kenangan di tahun 2005. Sekali aku diserang sakit pinggang juga. Aku diberi MC seminggu, rawatan fisioterapi setiap minggu selama sebulan. Lepas sebulan baru aku jumpa doktor. Sakit pun dah hilang waktu tuh. Hasil pemeriksaan pakar hanya menyatakan tulang belakang aku bengkok. Dan kerana aku pernah jatuh terduduk di tahun 2004, maka, kerana itu aku sakit pinggang.

Oleh kerana kebas yang amat sangat, aku mengambil keputusan untuk berjumpa pakar saraf di Damasara Specialist Hospital. Aku diarahkan untuk buat X-ray dan juga CT scan di kepala, sebab aku juga mengadu yang pandangan mata kananku agak kabur. Hasil X-ray doktor mendapati bahawa ada tulangku yang telah menekan saraf dipinggangku yang menyebabkan sebelah dari badanku kebas sepanjang masa. Untuk kesahihan doktor mengarahkan untuk buat MRI keesokkan harinya.

(Gambar dari internet yang lebih kurang sama dengan MRI tulang belakangku)


MRI mengesahkan lagi apa yang telah ditunjukkan oleh gambar x-ray berkenaan. Rawatan awal yang dilakukan adalah rawatan fisiterapi. Selain daripada itu aku diberikan beberapa ubat berkaitan dengan saraf.

Aku bersyukur kerana ramai rakan2 di MRSM dulu yang menjadi doktor. Melalui facebook ada ramai doktor yang memberi nasihat, pendapat dan pandangan. Antaranya yang paling aku pegang adalah nasihat dari Pakar Orthopedic Perdana Speacialist Hospital, Kota Bharu. Katanya penyakitku ini cureable, cuba dulu ubat selama 6 minggu, kalau tak berkesan juga barulah menjalani pembedahan.

Dalam pada itu, aku juga mengambil ubat Homeoparty dari Klinik Dr Hasan Bandar Baru Bangi.

Tolong doakan semoga sakitku ini segera sembuh dan aku tak perlu menjalani pembedahan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mohon doa semua

Assalamualikum wrt wbt,

Saya dengan rasa rendah dirinya mohon ampun dan maaf kepada pembaca semua, seandainya ada tulisan saya yang menyinggung hati anda semua.

Maafkan semua kesalahan saya, dan tolong doakan supaya saya segera sembuh dari penyakit ini. Telah sebulan saya sakit pinggang, minggu lepas penyakit ini turun ke peha dan mulai jumaat lepas, turun ke betis pula. Hingga sekarang, betis dan kaki saya terasa kebas dan akan sakit sangat bila saya duduk lama di atas kerusi.

Doakan semoga saya cepat sembuh. Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

High Heel



Telah hampir sebulan aku mengalami sakit pinggang yang agak kronik. Nak dikatakan jatuh, tak ada pula. Cuma ada satu hari tu entah kenapa tergerak pula hati nak pakai kasut yang agak tinggi sikit tumitnya. Hendak dijadikan cerita, hari yang sama, kena pula berjalan agak jauh.

Hari yang pakai kasut tinggi tuh pada 4/1/2010. Dan saya mula sakit pinggang yang agak teruk bermula pada 9/1/2010. Lepas tuh dah cuba ubat klinik, ubat satu, dan berurut, namun masih belum reda. Bermula 30/1/2010 pula sakitnya telah turun ke punggung dan peha. Sakit yang amat sangat untuk berjalan atau duduk sekali pun. Ikutkan hati memang aku MC jer hari nih, tapi kalau MC pun buat apa? Ubat yang doktor beri masih ada lagi. Sekurang-kurangnya, kejab lagi bula pusat urat di Pertama Compleks nih bukak, bolehlah aku kesana, untuk berurut, bagi melegakan ketenganan urat di pinggang dan peha ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS