RSS

Tahniah utk sahabatku

Hari nih saya mendapat satu sms dari kawan lama, yang membuatkan saya tersentak, terkedu hingga hilang suara.

"Saya nak bagitau, Aliff dah dapat sijil anak angkat, macam Adam. Lagi 1 berita, genap umur Aliff 2 tahun, saya telah mengandung. Itu lah kuasa Allah, mengatasi segala-galanya. Kita sama-sama buat rawatan sampai buat IVF, tapi belum ada rezeki. Tapi berkat jaga Aliff  saya mengandung".

Kepada Mazura dan suami, tahniah saya ucapkan. Akhirnya impian anda berdua untuk memiliki zuriat sendiri terkabul jua. Doa kan juga agar saya pun sama, berpeluang untuk merasa mengandung dan melahirkan zuriat sendiri, walaupun cuma sekali.

Amin..ya rabbal alamin.

*ps: Mohamad Aliff Ikhwan akan dapat adik. Adam Harith belum lagi dapat adik, tapi dia dah reserve nama adik dia iaitu AINA SYAFIKA. Semoga Aina Syafika akan muncul dalam keluarga kami Insya-Allah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Buruk

Notebook kesayangan saya, yang di beli pada bulan November 2009 menggunakan wang KWSP telah lesap. Kehilangan disedari pagi Jumaat lepas, semasa mencari Ipod Adam. Notebook berkenaan diletakkan di dalam beg Public Mutual, beserta lain-lain nota berkaitan. Peliknya, semua nota dan pemplet tidak diambil, cuma beg kecil yang berisi segala keperluan untuk menggunakan notebook berkenaan sahaja yang diambil.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tekanan punca berlaku peningkatan berat badan

Oleh Norkumala Awang
2010/04/19

SEMUA orang mengalami tekanan perasaan. Cuma yang membezakan tekanan di antara seseorang individu ialah tahap tekanan dan bagaimana seseorang menyelesaikan masalah yang menjadi punca tekanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MARA – Menggalas Amanah Bumiputra by Tun Mahathir Mohamad

MARA - Menggalas Amanah Bumiputra by Tun Mahathir Mohamad Perdana Malaysia ke 4

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamatkah rumah anda?








Seeloknya bina pintu berpagar di bahagian tangga rumah bagi mengelak anak terjatuh.






ARTIKEL ini bukan dibuat untuk menakut-nakutkan tapi semata-mata untuk membantu anda mengurangkan risiko kemalangan bayi di rumah sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suami tunjang rumah tangga bahagia

Suami tunjang rumah tangga bahagia
Oleh Khairul Anwar Rahmat
2010/04/09

Lelaki kena teladani cara Rasulullah hormati isteri jalani kehidupan sebagai ketua keluarga

PASTI ramai terkejut dengan laporan akhbar baru-baru ini bertajuk ‘12,349 lelaki yang tidak bertanggungjawab’. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Ibrahim Lembut, mendedahkan sebanyak 12,349 kes tuntutan nafkah direkodkan sepanjang 2000 hingga 2009. Begitulah ramainya orang lelaki yang culas mematuhi perintah mahkamah untuk membayar nafkah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Family Day di Glory Beach Resort PD

Hujung minggu lepas BSM mengadakan Family Day di Glory Beach Resort, Port Dickson.

Ini adalah gambar aktiviti-aktiviti yang telah dirakamkan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS