RSS

KITA BERTANYA.... ALLAH MENJAWAB...

Kita selalu mengeluh dan bertanya pada diri sendiri. Ini adalah diantara soalan yang biasa ditanya kepada diri kita sendiri. Dan setiap soalan ini telah Allah jawab melalui Al-Quran. Semoga kita dapat muhasabah diri kita ini.... Insyaallah

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya. Oleh itu teman, selalulah berdamping dengan Al-Quran dan bedahlah Al-Quran untuk kita mengetahui dan menguasai ilmu Al-Quran.








 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sd Court Apartment

Terlalu banyak kejadian yang berlaku sepanjang tahun lepas.


  1. Kehilangan notebooku dan Ipod Touch Adam

  2. Kehilangan kereta kancil selama 3 hari 3 malam

  3. Kehilangan Notebook suami

  4. MyVi yang 'berjalan dan berubah tempat' diwaktu malam

  5. Honda City yang ' berjalan dan berubah tempat', serta kehilangan vidoe recorder dan juga car seat Adam

  6. Kehilangan 2 sport rim dan tayar MyVi minggu lepas.


Jumlah kerugian setakat ini telah lebih rm30 ribu. Dengan berat hati akhirnya kami bersetuju untuk berhijrah ke kejiranan yang lebih baik (harapnya). Kawasan yang dipilih adalah Bandar Sri Damansara. Kenapa?

Jawapan mudahnya kerana Adam telah mula bersekolah Tadika di sana sejak bulan September 2010.  Diharapkan apabila tinggal disana, Adam dekat dengan sekolah dan mudah untuk kami menghantarnya. Impian suami untuk dekat dengan masjid juga tercapai. Kebetulan, rupanya di kawasan ini ada kolam renang. Lepas ini, tak perlulah kami ke Putrajaya lagi untuk mandi kolam, sebaliknya keluarga mak ngah dan uda lah pula datang ke rumah kami untuk sama-sama mandi kolam.



Gambar dr Internet : Bukan rumah sebenar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa perlu dilakukan jika terlibat dalam kemalangan?

Hari isnin 17/1/2011, kami terlibat dalam satu kemalangan, betul-betul di hadapan Masjid Bandar Sri Damansara. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 10.30 malam. Kami baru sahaja membayar deposit dan sewa bulan Februari untuk rumah baru kami di SD Court Apartment.  Kami rasa bersyukur sangat bila menyedari kawasan apartment kami bersebelahan dengan kawasan masjid, dan telah merancang bahawa kami boleh berjemaah dengan berjalan kaki sahaja. Suami membawa kereta dengan kelajuan 20km/j kerana sedang naik bukit. Sedang kami asyik berbual sambil berangan, tetiba saya terdengar dan terasa hentakan yang begitu kuat. Saya ingatkan suami terlanggar lopak dijalan, sebaliknya suami ingatkan dia terlanggar jemaah yang baru pulang dari masjid.

Kemudiannya baru kami sedar bahawa kereta kami telah dilanggar oleh sebuah Perodua Kelisa berwarna biru.  Adam menangis dengan kuatnya, dan mengadu sakit, sebab kepalanya terantuk dagu saya, manakala mulut saya mengeluarkan darah dengan banyaknya. Saya keluar sebentar untuk melihat apa yang berlaku. Bonet Honda City suami telah remuk teruk, manakala Kelisa yang melanggar telah pecah radiatornya dan minyak telah mula meleleh keluar.

Remaja China yang melanggar berkali-kali memohon maaf,  katanya cermin matanya jatuh waktu itu.  Sekejab sahaja tempat itu telah dikerumuni oleh orang ramai,  pelbagai bangsa,  bila tetiba sahaja remaja yang melanggar kami perasan handphonenya telah dicuri orang.  Suami menyuruh saya dan Adam masuk ke dalam kereta, untuk mengelakkan perkara lain yang tidak diingin berlaku kepada kami.

Perkara-perkara penting yang perlu dilakukan jika terlibat dalam kemalangan :


  1. Bertenang, jalan panik.

  2. Jaga keselamatan barang-barang berharga dan orang-orang di dalam kenderaan terlebih dahulu.

  3. Apabila telah selamat, barulah keluar dari kenderaan, lihat kecederaan dan kerosakkan yang berlaku.

  4. Ambil no dan gambar kenderaan yang terlibat dengan kemalangan.

  5. Jika tiada kecederaan yang serius yang memerlukan ambulan, hubungi balai polis, untuk mengetahui di mana perlu membuat laporan kemalangan.

  6. Seandainya ada TONTO/mekanik dan lain-lain orang yang ingin menawarkan khidmat atau bantuan, terlebih dahulu tanya soalan "INI KAWASAN AWAK KER?".  Jika jawapannya yer, seeloknya kita bersetuju sahaja dengan bantuan yang ditawarkan kerana ini benar-benar memudahkan kita.


Dalam kes yang berlaku kepada kami, Polis mengarahkan kami membuat laporan di Balai Polis Trafik Kota Damansara, yang kami tidak tahupun di mana. Orang-orang inilah yang menunjuk arah  kami ke sana untuk membuat laporan. Selepas itu mengikut kami ke rumah. Selepas semua salinan dokumen diserahkan kepada mereka, merekalah yang membawa kereta berkenaan ke bengkel pada malam itu juga.

Kes yang sama berlaku beberapa tahun yang lalu, bila kereta kancilku dilanggar bas intrakota berhampiran bulatan batu caves. Selepas kemalangan, kami ke Balai Polis Selayang Baru untuk membuat laporan. Sebaliknya diberitahu kami perlu membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar Kuala Lumpur. 'Orang-orang ini" lah yang menarik keretaku dari Selayang ke Kuala Lumpur dan kemudian ke bengkel. Manakala sebuah lagi kereta  membawa kami ke sana ke mari, datang ke rumah untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan dan sebagainya.

Kali kedua, kami terlibat dengan kemalangan semasa menaiki kereta Tiara.  Masa tu, suami memutuskan untuk membuat semuanya sendiri dan menolak pertolongan "orang-orang ini".  Memang meletihkan apabila semuanya kena buat sendiri. Dan paling malang semasa hendak menghidupkan insuran, NCB tidak ditolak kerana dikatakan suami bersalah dalam kemalangan berkenaan,  kerana keputusan laporan kes "konon'nya tidak diberikan (padahal kami ada salinan bahawa semua dokumen yang diperlukan telah diberi).  Maka terpaksalah pergi semua ke balai polis untuk mendapatkan semula maklumat berkenaan.

Saya cuma menceritakan 3 pengalaman kami terlibat dalam kemalangan, semuanya di langgar dari belakang. So terpulanglah kepada anda untuk membuat penilaian yang mengambil mana yang baik seandainya perkara yang sama berlaku kepada anda.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bilik untuk disewa - RM200 sebulan Khas untuk muslimah



Lokasi: Desa Satu Aman Puri, Kepong. Jenis Rumah: Apartment 12 tingkat.

Sewa Sebulan RM200.00 Shj (termasuk api/air). Sebulan Deposit

Kami menawarkan rumah(umum) dan bilik untuk disewa oleh gadis muslim yang bekerja.
Berhampiran dengan :

1. Kepong (Carefour, Metro Prima, Jaya Jusco, Stesyen Komuter Kepong Sentral) - Boleh pergi dan balik kerja naik bas (Tidak jauh daripada tempat yang berikut- tetapi perlu ada kenderaan sendiri).


2. Tesco Kepong dan Bandar Manjalara
3. Bandar Utama dan Mutiara Damansara ( The Curve, Tesco, Ikano dan IKEA).
4. Selayang (Bandar Baru Selayang, Hospital Selayang , FRIM, FAMA, dan Majlis Peperiksaan Malaysia).


Kemudahan bilik: Katil, tilam, almari baju kayu dan juga kipas.
Rumah lengkap dengan perabot, meja makan, dapur, peti ais, mesin basuh, 1 bilik mandi & 1 bilik tandas.

Majoriti penduduk melayu. Ada surau di bawah apartment.

Kemudahan Lain: Free parking lot, area rumah berdekatan mini market, 7E, EON BANK, KFC, MCD, ada stesen minyak Shell, cyber cafe, gerai2 makan.

Nota :
1. Kami adalah tuan rumah dan dan bukannya kawan serumah anda.
2. Penempatan diberikan berdasarkan siapa yang membayar deposit terlebih dahulu dan juga bergantung kepada personaliti bakal penyewa.
3. Ada 2 bilik masih kosong(Jan), + 1(Feb), + 1 (Mac).

Jika berminat boleh hubungi saya menggunakan e-mail atau blog ini. Phono no hanya akan diberi setelah adanya persetujuan awal untuk proses penyewaan.

Harap dapat di sebarkan kpd yang mungkin memerlukan.








 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 tayar kereta dicuri orang


Tanggal 11/1/11 adalah tarikh yang cukup cantik.  Salah satu tarikh keramat yang takkan dilupakan dalam hidup ini. Saya dah siap nak pergi kerja bila. Masuk jer ke dalam kereta terus sahaja membuka steering lock dan menghidupkan kereta.  Dah masukkan gear R untuk reverse, hairannya kenapa kereta tidak mahu berundur. Mujur suami sedang reverse keretanya untuk menghantar anak ke Tadika. Meminta tolong suami untuk reverse pun tidak berhasil. Bila suami pergi ke depan untuk membuka hut kereta berkenaan, tetiba jer terdengar bunyi *poom* dan kereta tuh pun senget ke kiri. Baru disedari 2 biji tayar belah kiri telah tiada.

Aduhai, apalah malang diri ini. Tak sudah2 ditimpa bencana. Tahun lepas dengan 5x rumah dipecah masuk, awal tahun nih macam nih pula ceritanya. Kami pergi ke balai polis untuk membuat laporan rasmi, kemudian menghantar Adam ke Tadika. Lewat betul dia sampai hari ini.

Sepatutnya selepas itu kami ke IPD Gombak untuk berjumpa dengan sarjan yang sama, semasa kehilangan kereta kancil dulu. Memikirkan 5 laporan sebelum ini pun tiada tindakan, kami telah hilang kepercayaan kepada polis.  Kami telah pergi ke kedai tayar untuk membeli 2 rim, namun dimaklumkan bahawa kedai tayar cuma menjual 4 rim sekaligus.

Sambil bersarapan, saya cuma menghubungi semua Pusat Service Perdua yang berhampiran Kepong dan Selayang. Semuanya memberikan jawapan yang sama, tiada stock,  kalau order pun minggu depan baru sampai.  Akhir sekali selepas satu panggilan telepon dan di sahkan bahawa rim berkenaan ada di HQ,  maka kami pun ke HQ Perodua di Rawang untuk membeli rim berkenaan.

Seorang kawan memberitahu tentang perlunya 'Nut Lock' untuk mengelakkan kes kehilangan tayar seperti ini.  Maka kami pun membeli 2 set,  untuk mengelak kejadian yang sama berulang lagi,  samada kereta saya ataupun suami.  Selepas itu kami ke kedai tayar untuk membeli tayar dan membawa salah seorang dari mekanik dari kedai berkenaan untuk memasang tayar kereta saya.  Salah satu dari nut untuk tayar berkenaan adalah 'nut lock'.  Selepas itu kami kembali semula ke kedai berkenaan untuk membetulkan balance dan alignment tayar berkenaan.

Semasa tayar berkenaan di pasang,  seorang jiran maklumkan bahawa pada hari yang sama di Blok 1 ada juga sebuah MyVi Se yang kehilangan 2 tayar.  Bermakna malam berkenaan pencuri tuh telah dapat 4 biji tayar.  Hari sebelumnnya, sebuah Viva di block kami juga kehilangan 2 tayar.  Selain daripada itu, satu cermin kereta telah dipecahkan di block 5 pada hari yang sama saya kehilangan tayar.

Memikirkan semua kerugian yang telah dialami tahun lepas,  dan untuk mengelak lebih banyak kerugian di tahun ini, kami bersetuju untuk berpindah.  Lokasi pilihan kami adalah Bandar Sri Damansara kerana berhampiran dengan Tadika Adam dan melihatkan komunitinya yang 'well educated' dan bukan lagi '3rd class mentality' seperti dikawasan perumahan kami sekarang ini.

Semalam saya telah pergi melihat rumah yang bakal disewa di SD Court Apartment. Setakat ini saya berpuas hati dengan persekitaran dan kawalan keselamatan yang disediakan. Pemilik sekarang ini akan berpindah ke Shah Alam bulan depan dan kemungkinan akan menyewakan rumahnya fully furnished kepada kami. Dengan itu kami pun boleh menyewakan rumah yang sekarang ini fully furnished juga kepada orang lain.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berhati-hati membeli barang di TESCO


Anda biasa melihat 3 logo di atas? Anda biasa membeli barangan dengan logo berkenaan?

Selama ini saya hanya sedar kewujudan 2 logo yang pertama sahaja. Tesco Value adalah barang keperluan asas dengan harga yang paling murah. Manakala logo kedua mempunyai kualiti product yang sama seperti barangan berjenama cuma dengan harga yang lebih murah

Logo ke 3 tidak pernah saya lihat atau tahu kewujudannya, hinggalah saya sendiri terkena. Oleh kerana SOGO hampir dengan pejabat, saya telah melihat barangan yang ingin dibeli di SOGO. Harga yang ditawarkan adalah RM79.90. Seperti biasa, orang perempuan suka membandingkan harga.  Bila saya melihat barang yang sama dengan harga RM39.90 di rak di TESCO Extra Selayang, saya terus sahaja mengambilnya.  Semasa membayar dengan kad kredit saya jumlah yang terlalu mahal untuk semua barang yang dibeli.  Juruwang berkenaan memberitahu ada kesilapan pada barang lain yang saya  dan beliau sedang memanggil pegawai yang bertugas untuk membetulkan kesilapan berkenaan.  Selepas tuh, juruwang terus sahaja charge pada kad kredit saya,  namun jumlah selepas dibetulkan hanya berkurang RM10 sahaja daripada jumlah yang sebelumnya.  Bila saya komen beliau menyuruh saya pergi ke 'Customer Service'.

Bila saya melihat senarai harga semua pembelian saya, barang yang saya beli denga jenama TESCO berkenaan berjumlah RM99.90.  Saya benar-benar tidak puas hati kerana terasa tertipu.  Saya berhasrat memulangkan semula dan membatalkan pembelian berkenaan.  Namun dimaklumkan, jika pembelian saya kurang daripada RM50 mereka boleh mengambalikannya. Oleh kerana barang yang saya beli berjumlah hampir 100, saya perlu membeli barang lain yang berjumlah Rm50 lebih dan mereka hanya mengembalikan RM50 kepada saya.

Sebagai pengajaran, berhati-hati dengan jenama TESCO dan sila scan dahulu bilamana anda jumpa scanner harga tersebut.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rindukan tangisan baby?

Anda telah lama berkahwin, tetapi belum menimang cahayamata? Pasti pilu terasa bila melihat kawan-kawan lain yang inai masih merah dijari, namun dari bisik-bisik kawan bahawa 'si dia telah berisi'. Paling sakit hati bila ada orang yang yang terlupa 'Qadha dan Qadar' dengan bertanya soalan yang menyakitkan hati.

Pernah sekali masa balik kampung saya terpaksa mengeluarkan ayat laser dengan bahasa yang paling lembut ' Makcik.., bukan kehendak saya.. saya tak dapat anak;  kalau boleh saya nak 10 orang anak... tapi saya tak der kuasa makcik.. kalau Allah tak izinkan saya untuk mempunyai anak sendiri.. apa lagi yang mampu saya lakukan?".

Jika anda dalam situasi saya, apa yang anda lakukan? Apa pula usaha yang telah saya lakukan?.(boleh rujuk sini)
1. Kami berkahwin awal tahun 2001.
2. Awal 2003 - pertengahan 2004, mendapat rawatan HSG dan IUI dari Klinik Dr Hamid Arsat.
3. Oct 2005, diserang Apendix. Menjalani pembedahan di Damansara Specialist Hospital. Semasa pembedahan, Dr menemui banyak cyst didalam perut.
4. Jan 2006 - Mei 2007 - disahkan mengidap endometrosis oleh doktor di HUKM. Menjalani rawatan, membuat IVF, sempat mengandung 5 minggu sebelum keguguran. Yang utama RM12 ribu lebih terbang melayang, namun hasilnya cukup memeritkan hati dan perasaan. 2 bulan kami suami isteri hidup dlm kesedihan dan saya sentiasa berlinang air mata.
5. Julai 2007.. Adam Harith muncul dlm hidup kami, membolehkan saya bergelar ummi/ibu dan suami menjadi ayah. Dari mana datangnya? Jawapan mudah..Anak adalah anugerah dari Allah
6. Kini Adam Harith telah menjadi seorang yang kanak2 yang cukup bijak kebanggan ibu dan ayah. Perjalanan hidupnya sejak hari pertama dia hadir dalam hidup kami boleh diikuti di sini.

Jika anda mengalami masalah seperti saya, apakah yang akan anda lakukan? Mengikuti semua liku2 kehidupan yang telah saya lalui?. Awal tahun ini tajuk di akhbar utama benar2 menyentuh hati saya. Kasihan si suami, duit dah banyak habis, anak yang diidam tidak kunjung tiba, malah nyawa isteri pun turut hilang juga.

Atau Mungkin anda boleh mencuba Set Hamil DCL.


Keratan akhbar berita harian pada 01/01/2011

Wanita jalani rawatan IVF maut
Oleh Khairulmizan Yahya
bhnews@bharian.com.my
2011/01/01


TAN  bersama ahli keluarga memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lui Gah Chieng (gambar kecil) di   Pekan,  semalam. 
TAN bersama ahli keluarga memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lui Gah Chieng (gambar kecil) di Pekan, semalam.


Perut mangsa semakin membengkak, koma selepas lakukan pembedahan


PEKAN: Kegembiraan sepasang suami isteri untuk mendapatkan bayi melalui rawatan Persenyawaan Luar Rahim (IVF) bertukar mimpi ngeri apabila wanita terbabit meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, Rabu lalu.


Lui Gah Chieng, 34, disahkan meninggal dunia di wad HTAA kira-kira jam 2 petang, selepas hampir tiga minggu menanggung kesakitan yang didakwa berpunca daripada rawatan IVF sehingga terpaksa menjalani pembedahan.


Suaminya, Tan Yang Long, 39, berkata, beliau amat sedih apabila bukan saja harapannya untuk mendapatkan cahaya mata tidak kesampaian tetapi turut kehilangan isteri tercinta yang dikahwininya enam tahun lalu.


"Walaupun sudah lama berkahwin, kami tidak dikurniakan anak, lalu mendorong kami untuk mencuba rawatan berkenaan," katanya yang tidak mampu menahan sebak selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang isterinya, semalam.


Katanya, sebelum melakukan rawatan itu, mereka pernah menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta di ibu negara dan disahkan sihat sepenuhnya serta tidak mempunyai sebarang penyakit.


"Malah doktor yang membuat pemeriksaan kepada kami itu turut memberi galakan supaya melakukan rawatan berkenaan dan dengan perasaan teruja kami nekad melakukannya di HTAA di sini.
"Proses rawatan berkenaan bermula 26 Oktober lalu dan segala-galanya berjalan lancar, malah isteri kelihatan gembira apabila harapan kami mendapatkan anak bakal tercapai," katanya.


Bagaimanapun, Tan berkata, pada 15 Disember lalu, isterinya mula mengadu sakit terutama pada bahagian perut dan keadaannya semakin tenat malah perutnya juga semakin membengkak.


"Perutnya membengkak sehingga ukuran asal pinggangnya 63.5 sentimeter (25 inci) membesar kepada 88.9 sentimeter (35 inci) malah berat badannya juga naik mendadak sebanyak 15 kilogram sehingga dia terpaksa menjalani pembedahan.


"Pembedahan dijalankan pada 25 Disember lalu bagaimanapun tidak memulihkan keadaannya sebaliknya mendiang semakin tenat dan berada dalam koma sebelum disahkan meninggal dunia.


"Pihak hospital memaklumkan kepada kami bahawa mendiang meninggal dunia akibat organ utamanya gagal berfungsi dan alasan terbabit sukar diterima memandangkan keadaannya sihat sebelum menjalani rawatan IVF," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan menegaskan akan menyiasat punca utama kematian mangsa.


"Saya sudah menerima laporan awal daripada hospital berkenaan mengenai kematian mangsa yang dikatakan mengalami komplikasi terhadap rawatan yang dijalankan ke atasnya.


"Mendiang yang mengadu sakit di bahagian abdomen ditahan di wad ketika dibawa ke HTAA pada 15 Disember lalu untuk menjalani rawatan lanjut," katanya.
Beliau berkata, keadaannya yang semakin teruk menyebabkan mendiang perlu menjalani pembedahan yang agak rumit dan mengalami pendarahan teruk sepanjang pembedahan dijalankan.


"Keadaan diri mendiang semakin teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas tidak sedarkan diri dan meninggal dunia selepas semua organ utamanya gagal berfungsi.


"Siasatan awal mengesan komplikasi yang berlaku mendapati mendiang menghidap ovarian hyperstimulation syndrome dan siasatan mengenainya dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya," katanya.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS