RSS

Berpindah rumah

Pada 14/2/2011, kami telah berpindah ke rumah yang baru. Tarikh itu dipilih kerana kami baru mendapat kunci pada 12/2/2011, manakala pihak pengurusan apartment tidak membenarkan urusan perpindahan masuk dan keluar pada hari ahad.  Kebetulan hari selasa adalah cuti Maulid Nabi, adalah extra sehari untuk mengemas.

Hanya baju-baju, buku-buku dan kelengkapan dapur sahaja yang kami bawa.  Sebab utama adalah lift yang di depan rumah kami rosak, menyebabkan orang yang mengangkut barang perlu membawa ke lift di hujung sana bangunan.  Set bilik tidur dan kerusi untuk meja makan juga telah mula rosak, sekiranya diangkut mungkin kerosakkannya makin teruk, langsung tak boleh guna. Oleh itu semuanya kami tinggalkan sahaja untuk penyewa rumah berkenaan. Tambahan pula rumah yang kami sewa telah ada sofa, peti ais, mesin basuh dan dapur.

Beberapa perubahan positif semenjak bertukar ke rumah baru ini adalah :


  1. Suami telah mula menjinakkan diri dengan Masjid Al-Mukarramah yang terletak bersebelahan dengan kawasan perumahan. Kebanyakkan solat, terutama Subuh dan Maghrib berjemaah di sana.

  2. Oleh kerana tiada Astro, Adam tidak lagi leka dengan Channel 613 (Playhouse Disney)nya, sebaliknya telah bertukar ke Islamkids.my.

  3. Dengan adanya kawan sepejabat yang tinggal berhampiran,  'Car Pooling' bermula secara rasminya untuk pergi dan balik kerja hari ini.  2 hari sebelum ini cuma waktu balik sahaja.  Terasa tidak penat sampai ke rumah.

  4. Tempat makan malam yang agak terhad, dan tiada lagi Delivery Service.  Disebabkan saya tidak lagi letih drive, rasanya saya sempat masak untuk makan malam.  Lagipun suami dah mengarahkan 'No more rice' untuk makan malam.

  5. Astro dan  Celcom broadband telah ditamatkan perkhidmatannya. Insya-Allah 7/3/2011 rumah kami akan di lengkapi dengan kemudahan Unifi. Ini khas untuk Adam belajar di internet. Selain dari Islamkids.my, site lain yang saya kira agak baik adalah www.starfall.com.


Semalam, semua barang yang diperlukan telah habis diangkut ke rumah yang baru. Rumah lama kami disewa oleh Pembantu Farmasi yang sedang menjalani praktikal di Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buluh. Bagusnya rumah kami terletak di tengah-tengah tempat yang perlu mereka tuju.  Seperti rumah adik ipar yang telah sekian lama kami uruskan, rumah kami juga disewakan dengan harga RM200 setiap bilik.  Dalam bilik telah ada kelengkapan katil bujang, almari kayu dan kipas angin.  Manakala di luar bilik ada sofa, meja makan, peti ais, kabinet dan dapur, serta mesin basuh. Kelebihan rumah ini berbanding rumah sebelah adalah water heater dan juga ADT Security.  Penyewa ini hanya menyewa untuk 6 bulan sahaja. Diharapkan apabila mereka tamat praktikal nanti mereka akan memberikan maklumat mengenai rumah kami kepada junior mereka dan penyewaan ini akan berterusan selama-lamanya.

ps: Rumah masih lagi bersepah, belum bersedia untuk diambil gambar






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ChurpChurp : Tipah tertipu..oh tidak..


Selalu nampak saya mengiklankan menggunakan ChurpChurp?

Ramai yang cakap churpchurp akan bagi duit tanpa perlu keluar modal satu sen pun menerusi medium



3. blog

Untuk melakukan promosi kita kenalah ada komputer dan line internet. Kalau takde komputer boleh je share menerusi smart hp seperti blackberry, Iphone, HTC, Nokia dan sebagainya.

Tapi kalau takde komputer atau smartphone dan internet.. korang takley jana pendapatan guna churpchurp neh..so itu bukan modal ke? Modal gak ken..? So sah2 dah kena tipu la pada sesiapa yang terpedaya tue. Heh

Kepada pembaca2 blog ini yang sudah ada modal.

1. komputer ataupun smartphone

2. line internet

3. usaha

dipersilakan untuk sertai churpchurp untuk jana pendapatan online.

Lebih informasi klik sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HTP Annual Dinner

Pada 14  Jan 2011, company tempat suami saya bekerja mengadakan Annual Dinner di Sunway Hotel,  Petaling jaya, Selangor.  Tema dinner kali ini adalah Rock.  Walaupun kurang sesuai dengan jiwa kami, namun kami cuba juga sedaya upaya untuk memenuhi tema berkenaan.


Oleh kerana kanak-kanak tidak dibenarkan dalam majlis bekenaan, maka terpaksalah Adam kami tinggalkan.  Mujurlah Mak ngah mengadakan majlis sambutan hari jadi pada malam tersebut juga.  14 Jan merupakan hari jadi makngah Adam,  manakala sehari sebelum itu,  iaitu 13 Jan merupakan hari jadi sepupu Adam iaitu Kakak Tikah.  Inilah kali pertama Adam ditinggalkan tanpa ayah dan ibu dan juga cikgu taska/tadika untuk tempoh yang agak lama.

Banyak juga perkara menarik yang berlaku semasa dinner berkenaan.  Antaranya saya berpeluang bertemu dengan kawan-kawan lama, samada semasa di MRSM Perlis dan MRSm Kulim dan juga USM. CEO syarikat  mengumumkan setengah bulan bonus kepada semua pekerjanya.  Dan semasa cabutan bertuah,  no staf suami terpilih.  Kami mendapat vaucher dari Jaya Jusco bernilai Rm150.

Syukur Alhamdulillah. Kalau tahun 2010 kami terlalu banyak diuji dengan pelbagai dugaan, awal tahun ini Allah telah mula menggantikan  kehilangan berkenaan sedikit demi sedikit.

Berikut adalah gambar yang dirakamkan.  Sebahagian darinya menggunakan kamera dari BB kami, manakala sebahagian yang lain, saya save dari FB kawan saya semasa di USM yang ditemui semasa dinner berkenaan iaitu Rosmanisah Abd Rahman









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS