RSS

Happy 10th Anniversary

Hidup dengan saya nih susah. Saya anak sulung. Ayah dah tiada. Adik-adik masih belajar. Saya pun bukan dari keluarga orang berada. Kalau boleh saya nak kita hidup bersama. Susah, kita sama-sama susah. Senang, kita sama-sama senang. Namun sedaya upaya, saya akan cuba untuk tidak menyusahkan diri awak.

Saya ingin kita hidup bersama. Mengimami solat awak.  Menjalani hidup bahagia bersama-sama dengan awak. Bukan sahaja di dunia, malah lebih-lebih lagi diakhirat sana. Awak fikirlah baik-baik. Saya tak mahu awak menyesal seumur hidup kalau hidup dengan saya. Namun, saya yang akan menyesal kalau tak mengatakan ini pada awak. SUDIKAH AWAK HIDUP DENGAN SAYA, MENJADI ISTERI SAYA?

Mak datuk, romantiknya mamat nih. Eh aku nih tengok cerita apa nih? Ops.. akulah watak utama dan mamat di depan ini sedang menanti jawapan dariku. Lalu apakah jawapan yang mampu ku beri?

Kira-kira sebulan lepas itu filem "Runaway Bride" di tayangkan di pawagam. Sebagai peminat setia Julia Roberts, aku merayu untuk melihat cerita ini. Kemuncak cerita itu adalah apabila Richard Gere melafaskan ayat yang sama, kepada Julia Roberts. Cuma aku mendengarnya dalam bahasa melayu dan Julia Roberts  mendengarnya dalam Bahasa Inggeris. Maksud dan ayatnya begitu sama sekali. Siapa yang ciplak siapa sebenarnya :)

Hari ini 3103 genap 10 tahun aku menjadi seorang isteri. Terima kasih, kerana memilih diri ini dari ribuan gadis di Malaysia ini. Terima kasih kerana memberikan gelaran dan darjat yang paling tinggi untuk seorang isteri. Bukankah sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah Isteri Solehah. Maka layakkah aku menerima gelaran itu.

Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang terlalu baik dan memahami. Lebih-lebih lagi dengan derita sakit pinggang yang tak pernah reda ini membataskan pergerakan dalam melakukan kerja-kerja seharian dirumah. Terima kasih kerana mengizinkan sesetengah kerja mengemas dan memasak kadang-kala di "sub-cond" kepada yang pakar. Dan paling seronok, terima kasih kerana rajin menjenguk dapur. Bukan takat melawat, malah kadang-kala menjadi Chef  dengan masakan yang tidak kurang lazatnya. Kalah masakan ku sendiri.

Selamat Ulang Tahun ke 10 perkahwinan kita, dan semoga rumah tangga ini berkekalan buat selama-lamanya. Amin ya Rabbal Al-amin.

Sebagai jawapan kepada posting di serambi rindu




Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kursus Amalan Kaizen

Pada 10 -11 March 2011, saya telah menghadiri Kursus Amalan Kaizen yang diadakan di Hotel Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Kursus ini amat baik untuk meningkatkan kecekapan proses dalam kerja seharian di pejabat. Ringkasan mengenai kursus ini adalah seperti berikut :



OBJEKTIF


  • Melaksanakan Kaizen untuk meningkatkan kecekapan proses

  • Memahami Objektif proses dan bagaimana ia selaras dengan Kepuasan Pelanggan

  • Memahami jenis-jenis Pembaziran dan Punca-punca nya.

  • Memahami dan melaksanakan teknik-teknik Kaizen untuk penambahbaikan.


KANDUNGAN KURSUS

1. Memahami Proses

  • Proses Input: 4M+1E

  • Proses Output

  • Objektif Proses

  • Fakta QCDSM

  • Kepuasan Pelanggan


2. Pembaziran Proses

  • Masa Operasi sebenar

  • Jenis-jenis Pembaziran


3. Memahami Kaizen

  • Definisi

  • Konsep & Falsafah

  • Tanggungjawab untuk Kaizen- Pengurusan Atasan, Pengurusan Pertangahan, Penyelia dan Pekerja

  • Impak Kaizen

  • Genba Kaizen, Fokus Kaizen & Spot Kaizen


4. Teknik-teknik Kaizen yang popular

  • Amalan 5S

  • QCC/ICC

  • Kaji Kerja

  • Poka Yoke

  • Just-in-Time

  • TQM


5. Alat Penyelesaian Masalah yang popular:

  • 7 Alat QC

  • Gambarajah Sebab-akibat

  • Gambarajah Pareto

  • Carta dan Garf

  • Histogram

  • Gambarajah Sebaran

  • Stratifikasi

  • Kertas semak


6. Mengurangkan Pembaziran Proses melalui “Kaizen Mapping Process”

  • Merekabentuk ”Kaizen Process Map” melalui kertas semak

  • Isikan maklumat yang berkaitan

  • Senaraikan proses/aktiviti

  • Mengenalpasti setiap proses melalui simbol: Angkut, Lenggah, Operasi, Pemeriksa dan Simpanan Tetap

  • Mengenalpasti masa dan kos

  • Berikhtiar untuk menghapuskan kos daripada aktiviti yang tidak produktif


7. 4 Prinsip Penambahbaikan Proses: Prinsip ECRS

  • E – Hapuskan (Elimanation)

  • C – Gabungkan (Combine)

  • R – Susun Semula (Rearrange)

  • S - Menyenangkan (Simplify)


8. Perancangan untuk Perlaksanaan Kaizen



Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH)

Saya mendapat e-mail peribadi ini, dan rasanya elok saya kongsikan dengan semua, semoga ada menfaatnya. Marilah kita sama-sama menyumbang dan membantu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

World Kidney Day & Air yang bersih

Hari buah pinggang sedunia 2011



Tujuan utama sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2011 (WKD 2011) tahun ini ialah untuk menggalakkan pentingnya pengesanan awal serta pencegahan penyakit buah pinggang dan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjalani pemeriksaan bagi penyakit buah pinggang menerusi saringan kesihatan yang mudah.

WKD merupakan kempen kesedaran kesihatan global yang menumpukan pada usaha memulihara ginjal dengan menyeru orang ramai supaya menjalani pemeriksaan untuk mengetahui sama ada mereka berisiko tinggi terhadap penyakit buah pinggang.

Tips Menjaga Buah Pinggang



  • Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang  bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan  buah kana.

  • Memakan mi segera seperti mi maggi  dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta  mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

  • Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

  • Pengambilan  Coklat perlu dielakan  dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya  dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan   buah pinggang.

  • Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.


Oxy Pi d'ionik- water treatment


Adalah air minuman alkali berion positif mineral. Air ini kaya dengan oksigen terlarut. Sesuai dengan namanya; OXY bermakna air ini mempunyai kandungan oksigen yang tinggi disebabkan kehadiran ion hidroksil /[OH] yang tinggi. Kehadiran ion hidroksil yang tinggi ini memberikan faedah yang luar biasa kepada air ini dalam meneutralkan radikal bebas yang mengganas di dalam tubuh yang boleh menyebabkan barah.

PI-Positif ion membawa makna air ini mempunyai tinggi galian mineral positif seperti ion CA2+, penting untuk keutuhan tulang seterusnya mencegah osteoporosis. IONIK membawa makna air ini melalui proses pengionan, di mana melalui proses ini menjadikan permukaannya kendur dan mudah diserap oleh sel tubuh. Ketidakseimbangan Ph badan kearah keasidan dalam jangka panjang akan mengakibatkan seseorang mengalami penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, kanser, gout, sakit buah pinggang dan lain-lain. Oleh itu keadaan yang berlawanan perlu dilakukan untuk mengimbangi tahap keasidan.

OXY PI d'ionik mampu menjalankan tugas tersebut kerana ia terdiri daripada kelompok molekul air kecil dan bersifat alkali, berupaya menguraikan sisa-sisa asid yang terkumpul dan memudahkan proses pembuangan melalui system pencernaan, perpeluhan dan pernafasan.

Selain dari itu, manfaat dan kebaikan yang diperolehi daripada amalam meminum OXY-PI d'ionik adalah ia dapat membantu dalam meningkatkan imunisasi abdan dan melenyapkan radikal bebas melalui sifat anti-oksidan yang dimiliki, serta mampu meningkatkan keperluan kalsium dalam badan kita.

Sifat dan kelebihan OXY-PI d'ionik

  1. Bersih dari pencemaran-  Elemen penting dalam proses penyingkiran toksik secara maksimum

  2. Melimpah dengan tenaga dan menjanakan oksigen - Memberikan tenaga segera yang diperlukan oleh sel tubuh dalam masa singkat

  3. Mengandungi galian dalam bentuk ionik
    - Mudah diserap oleh badan
    -  Membantu merendahkan risiko osteoporosis

  4. Anti-oksidan
    - Membantu menghapuskan radikal bebas yang mengganas yang boleh menyebabkan barah
    - Membantu meningkatkan system antibody dan daya penyembuhan semulajadi
    - Membantu mencegah proses penuaan sel-sel badan

  5. Imbangan Ph bersesuaian dengan bendalir badan
    - Membantu mengekalkan keasidan perut pada tahap yang sesuai
    - Membantu menguatkan jantung
    - Membantu mengawal kolestrol berlebihan
    - Membantu menguatkan fungsi organ hati
    - Membantu meneutralkan asid urik dalam menyembuhkan radang sendi seperti gout dan arthritis
    - Meningkatkan keutuhan dan kestabilan buah pinggang

  6. Struktur molekul air dalam kelompok kecil yang berbentuk heksagon
    - Membantu tahap gula dalam darah seterusnya mengawal gejala kencing manis
    - Membantu memecahkan dan menyingkirkan lemak yang berlebihan
    - Membantu melancarkan pembuangan air kecil


Air rawatan, penyembuhan kedua terbaik selepas air zam-zam.

Untuk MASA YANG TERHAD SAHAJA DAN SELAGI STOK MASIH ADA, PRODUCT HEBAT INI BOLEH DIBELI DENGAN HARGA rm1500 sahaja. Sila hubungi saya dengan segera untuk maklumat lanjut




Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Punca sakit belakang



Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

norlaila@hmetro.com.my





AKTIF...berenang antara aktiviti yang menggunakan banyak pergerakan.

AKTIF...berenang antara aktiviti yang menggunakan banyak pergerakan.


pix_topright

BANYAKKAN berehat, supaya sakit pinggang segera berkurangan. Ini antara cara yang dinasihatkan doktor untuk mengatasi masalah sakit pinggang tetapi makin lama baring berehat, makin sakit pula jadinya. Ketika berbaring kesakitan terasa hilang perlahan-lahan tetapi kembali mengejut apabila cuba bangun atau menggerakkan badan.

Benarkah berehat dengan berbaring cara terbaik untuk menghilangkan kesakitan pinggang? Rupa-rupanya kaedah ini disarankan untuk satu atau dua hari saja kerana berbaring terlalu lama juga boleh menyebabkan sakit belakang bertambah teruk.

Jika kesakitan masih tidak berkurang, segeralah mencuba kaedah lain atau lebih baik berjumpa doktor supaya ia tidak berlanjutan dan menjejaskan kehidupan.

Boleh dikatakan semua orang pernah sakit belakang terutama di bahagian pinggang, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu. Sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit.
Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf), kata Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa.

Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan.

Ia terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12 tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum.

Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (diska) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang.

Antara punca sakit belakang yang biasa ialah masalah diska tergelincir pada tulang belakang akibat posisi badan tidak betul (apabila cakera terkeluar sedikit, ia akan menekan saraf yang menyebabkan rasa sakit); otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah.

Sakit belakang dibahagikan kepada dua jenis iaitu sakit yang akut (selama beberapa hari hingga minggu) dan kronik jika kesakitan berlarutan melebihi tiga bulan. Kebanyakan sakit pinggang akut disebabkan masalah mekanikal semula jadi - terjadi akibat trauma pada bahagian pinggang atau penyakit seperti artritis.

Trauma ini pula katanya, boleh disebabkan kecederaan sukan, bekerja dalam rumah, berkebun atau sentakan mengejut seperti kemalangan.

Gejala dialami setiap pesakit berbeza; ada yang sekadar sakit otot atau sakit seperti ditikam yang menjalar dari satu bahagian ke bahagian lain; menyebabkan pergerakan terhad atau tidak boleh berdiri tegak.

Bagaimana sakit belakang terutama di bahagian pinggang boleh terjadi? Menurut Dr Siow, kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan.

“Kesakitan boleh berlaku dalam banyak keadaan contohnya mengangkat benda yang terlalu berat atau regangan berlebihan terjadi menyebabkan salah satu otot atau ligamen tergeliat atau kejang.

“Jika tulang belakang mengalami regangan atau mampatan keterlaluan, satu cakera boleh pecah atau tertolak keluar. Cakera ini akan memberi tekanan kepada lebih 50 saraf yang bercabang daripada saraf tunjang.

“Apabila akar saraf ini terhimpit atau mengalami keradangan, kita akan mengalami rasa sakit. Lokasi kesakitan itu bergantung kepada saraf mana yang terhimpit atau radang.

Selain itu, bagi masalah sakit pinggang, ia juga boleh disebabkan masalah cakera, artritis, osteoporosis atau lain-lain penyakit tulang,” katanya.

Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:
  • Obesiti

  • Merokok

  • Tekanan

  • Keadaan fizikal tidak elok

  • Postur badan yang salah

  • Posisi tidur tidak elok

  • Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur

  • Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah.

    Siapa yang boleh mendapat sakit belakang atau sakit pinggang? Semua orang tanpa mengira peringkat umur dan risiko mendapatnya meningkat dengan pertambahan umur.

    Bagaimanapun, masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun; disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif.

    Antara masalah yang sering dikaitkan dengan sakit pinggang ialah kerosakan cakera, degenerasi (kemerosotan) tulang belakang (ia menyebabkan kesakitan belakang ketika bangun tidur atau selepas berjalan lama) dan stenosis spina (juga ada kaitan dengan kesakitan akibat masalah cakera).

    Diagnosis dan rawatan

    Masalah sakit belakang boleh dikesan melalui sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal, ujian darah dan ujian imbasan. Ujian imbasan ini seperti sinar-X, diskografi (ejen pembandingan akan disuntik ke dalam cakera) dan tomografi komputer (CT) adalah kaedah cepat untuk mengetahui jika pesakit mengalami masalah cakera, stenosis spina atau kerosakan pada mana-mana tulang belakang.

    Manakala ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) digunakan bagi mengesan masalah kemerosotan, kecederaan atau penyakit pada tisu, saraf, otot, ligamen dan salur darah. Imbasan tulang pula adalah untuk mengesan dan memantau jika berlaku jangkitan, keretakan atau penyakit pada tulang belakang.

    “Kebanyakan masalah sakit belakang khususnya sakit pinggang boleh dirawat tanpa pembedahan. Antara kaedah rawatan ialah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, mengembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang serta mencegah kecederaan daripada berulang.

    “Menekap bahagian yang sakit dengan ais atau pek panas boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan; membantu sesetengah pesakit untuk bergerak. Sejurus selepas mengalami trauma, pesakit seharusnya menekap pek ais yang dibalut dengan tuala pada bahagian sakit selama 20 minit beberapa kali sehari.

    “Selepas dua atau tiga hari melakukan kaedah ini, tuam bahagian berkenaan dengan tuala atau pek panas untuk seketika bagi merehatkan otot dan merangsang aliran darah.

    Mandi air suam juga boleh membantu merehatkan otot.

    “Selain itu anda juga boleh berehat di katil (baring) tetapi hanya untuk satu atau dua hari saja. Berehat (baring) boleh membuatkan sakit belakang bertambah teruk dan menyebabkan seseorang pesakit mengalami tekanan, kemurungan, melemahkan otot dan kemungkinan berlakunya darah beku pada kaki. Pesakit seharusnya kembali melakukan aktiviti harian secepat mungkin,” katanya.

    Menurutnya, bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.

    Doktor juga akan memberikan ubat untuk merawat sakit belakang akut dan kronik. Selain itu terapi intervensi (termasuklah suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf) dan suntikan epidural.

    Pembedahan adalah pilihan terakhir, selepas semua kaedah lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan. Dapatkan pandangan kedua jika anda disyorkan menjalani pembedahan kerana kini ada banyak kaedah baru yang lebih mudah dan berkesan.

    Pencegahan

    Bolehkah sakit belakang dielakkan? Ya. Sakit belakang yang disebabkan postur badan kurang baik atau lain-lain sebab bukan trauma (kemalangan) biasanya boleh dielakkan dengan kaedah di bawah:
  • Kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, berenang atau pilates. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.Tingkatkan kekuatan anda dengan senaman yang membabitkan seluruh badan, terutama otot perut, belakang, paha dan pinggul. Senaman menguatkan otot kaki dan bahu membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika mengangkat benda berat.Buat pergerakan memanaskan badan sebelum bersenam atau bersukan. Ia penting untuk meningkatkan suhu dan pergerakan otot bagi mengelak risiko kecederaan.

  • Pelajari posisi atau postur badan yang betul ketika melakukan kerja, terutama ketika mengangkat barang. Berhati-hati ketika anda berasakan ketegangan otot supaya ia tidak tercedera.Elakkan duduk terlalu lama dan buat senaman regangan atau berjalan seketika setiap 30 minit. Apabila duduk, pastikan paha dan lutut pada posisi selesa, selain menggunakan kerusi yang memberi sokongan pada belakang badan.

  • Amalkan prinsip ergonomik - sama ada di rumah atau tempat kerja boleh mengurangkan risiko kecederaan. Ini termasuklah menggunakan kerusi yang mempunyai penyandar mengikut bentuk semula jadi tulang belakang.“Tulang belakang kita mempunyai lengkuk seperti bentuk S terbalik dan sebarang aktiviti yang mengubah lengkuk semula jadi ini, jika dilakukan untuk jangka masa lama, boleh menyebabkan ketidakselesaan. Sekiranya berterusan, ia boleh menyebabkan sakit belakang,” kata Dr Siow.

  • Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan masalah berlebihan berat badan, terutama di bahagian pinggang. Ini kerana kegemukan di pinggang akan memberi lebih kesan kepada otot di bahagian berkenaan.

  • Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami kemerosotan.

  • Tidur di atas tilam yang boleh memberi sokongan kepada badan, tidak terlalu keras atau lembik sehingga anda ‘tenggelam’ apabila baring di atasnya. Tidur dalam posisi yang membolehkan anda mengekalkan lengkungan tulang belakang yang normal.Tilam yang tidak memberi sokongan kepada badan akan mendorong kita untuk tidur dalam posisi kurang baik, membuatkan otot meregang dan tidak membantu penjajaran tulang belakang - semuanya menyumbang kepada masalah sakit belakang.“Tilam yang baik sepatutnya memberikan sokongan kepada lengkuk semula jadi tulang belakang. Kajian menunjukkan tilam yang separa empuk boleh membantu mengurangkan kesakitan belakang. Jika tilam terlalu keras akan memberi lebih tekanan pada belakang dan ini boleh memburukkan keadaan,” katanya.





  • Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok



    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Penyakit batu karang

    Telah hampir sebulan saya mengalami sakit perut dan juga pinggang di sebelah kiri.  Pada mulanya saya ingatkan sakit disebabkan oleh Endometrosis ataupun slipped disc yang dialami sebelum ini datang semula.  Seorang doktor menyatakan berpunca dari endo dan merujukkan saya kepada pakar. Manakala seorang lagi doktor pula mengatakan usus saya yang membengkak dan kena jangkitan kuman.  Hari ini doktor di klinik lain mempunya pandangan yang berbeza. Katanya semua yang saya alami adalah tanda-tanda awal untuk penyakit batu karang.

    Apa itu batu Karang


    Batu Karang"Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan “Buah Pinggang” terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.



    Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.
    Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera".

    PUNCA-PUNCA PENYAKIT / FAKTOR RISIKO
    1) Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing
    2) Terlalu banyak makan makanan laut yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi
    3) Kegagalan buah pinggang
    4) Tahap metabolisme seseorang
    5) Nanah yang mengeras akibat jangkitan kuman semasa kecil
    6) Kekurangan pengambilan air minuman
    7) Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing

    TANDA-TANDA / SIMPTOM
    1) Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang
    2) Kesakitan seperti berdenyut, berat, dan sakit melilit yang amat sangat seperti hendak bersalin
    3) Loya-loya,hendak muntah dan berpeluh.
    4) Sukar kencing atau lansung tak boleh kencing dan kencing berdarah/bernanah
    5) Demam yang mengigil dan tubuh jadi lemah,muka jadi pucat/sembab dan kulit jadi kering

    PANDUAN BAGI PESAKIT BATU KARANG
    1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
    2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
    3. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang
    4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
    5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
    6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
    7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
    8. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

    _______________________________________________


    Beban batu karang


    Oleh Suzan Ahmad
    2011/01/16
    pix_gal0

    Pakar gambarkan kesakitan lebih teruk daripada saat bersalin

    SAKIT batu karang sudah terlalu kerap kita dengar. Jika bukan diri sendiri, pasti ada rakan atau saudara mara yang mengadu pernah berdepan masalah yang menjejaskan kehidupan seharian.

    Apa tidaknya, ada yang sukar berjalan akibat kesakitan teramat sangat pada perut sehingga terpaksa cuti sakit. Apakah sebenarnya masalah ini? Batu karang merujuk keadaan yang mana wujud sisa mineral halus seakan batu kristal di sepanjang saluran kencing. Saluran ini mengandungi organ seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra yang berfungsi menapis darah untuk membuang kekotoran yang kemudian disingkir dari tubuh.

    Pembentukan batu biasanya mula terbentuk di buah pinggang sebelum bergerak ke bahagian lain saluran kencing hingga tersumbat di tiub yang lebih kecil seperti batu pundi, batu uriterik dan batu buah pinggang menyebabkan pesakit merasa sakit yang teramat sangat.

    Pakar Perunding Urologi Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr Mohd Ridzwan Yusof berkata kelompok usia yang sering mengalami masalah ini adalah antara 20 hingga 40 tahun. Ada juga yang berlaku pada usia di bawah 20 dan melebihi 40 tahun, walau bagaimanapun kes begini adalah jarang.

    Penyakit batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita iaitu pada nisbah tiga lelaki bagi setiap seorang wanita. Ini disebabkan lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi. Ini menjelaskan mengapa orang tua dan kanak-kanak jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka rendah.

    “Punca utama terbentuknya batu karang terbahagi kepada faktor luaran membabitkan diet yang tinggi kandungan bahan kimia atau purine. Bahan kimia ini ada di dalam organ dalaman haiwan, angsa, ekstrak daging, makanan laut, telur ikan dan arak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

    Faktor lain penyebab batuk karang adalah kurang minum air, keadaan kerja yang tidak banyak pergerakan (seperti di pejabat atau kerjaya pemandu lori, teksi) dan kerja di luar yang terdedah kepada matahari. Tidak ketinggalan, faktor geografi iaitu negara Asia termasuk Malaysia yang ramai pesakit batu karang serta bangsa yang mana mereka berkulit cerah lebih mudah menghidapnya berbanding kulit hitam.
    Punca lain termasuk kadar mineral tidak seimbang, peningkatan hormon, pesakit yang menjalani pembedahan pintasan usus, kekurangan bahan-bahan pencegahan dalam air kencing (citrate, magnesium dan zink), jangkitan saluran kencing dan laluan kencing yang tidak normal.

    “Kajian sebelum ini pula menunjukkan 25 peratus pesakit batu karang mempunyai sejarah keluarga dan ini bermakna ia ada kaitan dengan faktor genetik. Malah antara penyakit genetik yang dikaitkan dengan batu karang termasuk renal tubular, tubalar acidosis dan cystinuria,” katanya.

    Dr Mohd Ridzwan berkata, tanda-tanda utama penyakit batu karang termasuk rasa senak secara mengejut dan berulang-ulang dan terlalu sakit hingga ada pakar yang menggambarkan kesakitannya lebih teruk daripada sakit bersalin, kencing berdarah, muntah-muntah dan kencing tak lawas.

    Bagi tanda-tanda yang agak lewat pula, adalah kegagalan buah pinggang, loya, muntah dan sesak nafas.

    Mengenai saiz batu karang, katanya, ia bergantung kepada di mana lokasi ia terbentuk sama ada di dalam buah pinggang yang mana ia boleh memenuhi semua rongganya dengan saiz maksimum sehingga 4 sentimeter.

    Dalam pundi kencing pula ia boleh memenuhi rongga itu sehingga 10 sentimeter dan di saluran uriter (antara buah pinggang dan pundi kencing) selalunya kurang daripada satu sentimeter.

    Mengikut kaedah konservatif, batu karang boleh dirawat dengan meningkatkan pengambilan air sebanyak 3 liter sehari, rawatan perubatan atau ubat-ubatan mengurangkan asid dalam air kencing; ubat penahan sakit, suntikan dan ubat-ubatan pemecah batu yang tidak spesifik bagi kes yang tidak serius.

    Apakah jenis batu dialami mereka? Menurut Dr Ridzwan, bagi 100 pesakit misalnya, kira-kira 80 peratus mengalami jenis batu kalsium, batu asid urik, struvite dan lain-lain.

    Bagi kaedah kurang invasif atau tidak membabitkan pembedahan, beberapa cara boleh digunakan mengikut tahap batu karang pesakit seperti gelombang Extracorporial shockwave lithotripsy (ESWL) khusus untuk batu bersaiz kurang dua sentimeter.

    Sesetengah batu seperti systine dan calsium oxalat monohydrate adalah sangat keras dan susah untuk dipecahkan menggunakan kaedah ini. Teknik ini juga tidak sesuai bagi mereka yang menghidap darah tinggi, masalah saluran darah mengambil ubat pencair darah dan batu yang dijangkiti kuman.

    PCNL atau Percutaneous Nephrolithotripsy merawat batu saiz lebih dua sentimeter; retrograde Intrarenal surgery (RIRS) merawat batu kurang satu sentimeter yang mana batu karang itu dipecahkan menggunakan laser.

    Apakah peluang pesakit untuk pulih? Biarpun hakikatnya, batu karang boleh pulih sepenuhnya, tetap ada kebarangkalian tinggi untuk berulang. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan 10 peratus pesakit boleh mengalami semula masalah itu dalam masa setahun, 35 peratus kes dalam masa lima tahun dan 50 peratus kes dalam masa 10 tahun.

    Namun masih ada kaedah untuk mengelak penyakit itu berulang iaitu menerusi pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Di samping itu, menjaga pemakanan dengan mengamalkan diet rendah purin seperti bijirin, roti dan bihun, telur, hasil tenusu dan minuman seperti teh, kopi dan coklat.

    Bagaimana pula dengan masyarakat yang sebaliknya lebih cenderung berjumpa pengamal perubatan alternatif terlebih dulu sebelum mendapat nasihat pakar?

    Persepsi ini, kata Dr Mohd Ridzwan, harus diperbetulkan.

    “Ada pelbagai cara dilakukan tetapi ada risikonya. Jika batu di buah pinggang itu tersumbat, anda dinasihatkan mendapatkan rawatan pakar dengan kadar segera kerana jika terlambat ia akan menyebabkan kerosakan buah pinggang atau kematian andai ada jangkitan kuman yang merebak dan menyebabkan keracunan dalam darah.

    “Tidak salah menjalani rawatan sebegini kerana sebahagian besar pesakit saya melakukannya...cuma saya nasihatkan sekiranya anda melakukan rawatan alternatif ini sila pastikan anda diperiksa semula oleh pakar perubatan bertauliah di hospital untuk memastikan batu itu benar-benar sudah berjaya dikeluarkan.”

    sumber : SIHAT,  Berita Harian




    Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok



    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Syor letak MARA di bawah PM



    Hari nih kami semua dapat Surat Khabar Utusan Malaysia secara percuma di Shangri-la Hotel. Dalam perjalanan balik dari Hotel ke MARA, saya terbaca satu artikel menarik mengenai MARA, dan saya sesungguhnya bersetuju 200% dengan apa yang dikatakan oleh penulis artikel ini.

     

     

     

    Syor letak Mara di bawah PM


    Oleh PROF. MADYA DR. ZA'FARAN HASSAN

    "SEBUAH nama keramat lahir dari percikan amarah suatu bangsa yang mundur sosio-ekonominya, masih menadah tangan menjadi peminta di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka..." Demikianlah bait-bait puisi yang ditulis oleh Sasterawan Negara Datuk Dr. Usman Awang mengenai Majlis Amanah Rakyat atau lebih dikenali secara ringkasnya Mara.

    Peranan Mara sejak pertengahan tahun 1960-an tidak boleh dinafikan. Tidak ada orang Melayu khususnya yang berada di luar bandar yang tidak kenal Mara. Sehingga wujud kenyataan Melayu adalah Mara dan Mara adalah Melayu.

    Dari satu segi kenyataan ini, ada benarnya. Nama Mara wujud di hati orang Melayu. Dari sekecil-kecilnya seperti rumah Mara, bas Mara, arkib Mara, pinjaman Mara sehinggalah maktab, institut dan universiti. Sekalung tahniah kepada Mara yang telah mengambil inisiatif ini.

    Pengalaman Mara dalam mempertingkatkan sosio-ekonomi bangsa Melayu tidak boleh dinafikan. Oleh itu, sebarang agenda berkaitan transformasi Melayu memerlukan penglibatan aktif Mara yang telah banyak membantu mengeluarkan profesional dan golongan menengah Melayu.

    Kenapa dan mengapa? Negara kita sekarang sibuk memperkatakan tentang Pelan Transformasi Ekonomi dan Model Ekonomi Baru. Di samping itu, pada Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan unit Teraju sebagai peneraju perubahan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara.

    Dari segi struktur, kedua-duanya iaitu Teraju dan Pemandu melapor terus kepada Perdana Menteri, manakala Mara pula hanya merupakan agensi penghantar (Delivery Agency) yang terletak di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

    Persoalan yang timbul ialah bolehkah 'Mara terus mara' demi memperjuangkan agenda bangsa Melayu, jika ia tidak diberikan status (yang sama seperti Teraju dan Pemandu) sebagai badan yang wujud secara terus di bawah Perdana Menteri seperti zaman Allahyarham Tun Abdul Razak. Dengan demikian barulah agenda transformasi bangsa Melayu boleh diperjuangkan secara efektif dan efisien.

    Birokrasi yang ada di Mara perlu dipermudahkan. Dengan cara ini, Mara lebih mudah membawa suara hati masyarakat Melayu desa ke pengetahuan pemimpin teratas. Dalam masa yang sama, Mara turut membawa dan mempermudahkan wawasan pemimpin kepada masyarakat Melayu.

    Di samping itu, Mara perlu juga memperkasakan diri mereka sendiri. Ibarat kata pepatah Melayu, 'kalau sayangkan padi, buanglah rumput'.

    Sumber-sumber yang menghalang kelicinan pentadbiran perlulah diganti dengan sumber-sumber baru. Bangsa Melayu sekarang ini menghadapi begitu banyak cabaran. Kita hanya mempunyai sembilan tahun lagi untuk mencapai Wawasan 2020 dan saya yakin transformasi bangsa Melayu boleh berjaya jika Mara memainkan peranan penting dalam proses ini.

    Pergerakan 'Transformasi Bangsa Melayu'golongan profesional dan menengah Melayu (yang kebanyakannya lahir daripada bakti pendidikan Mara sendiri) sedang hebat mengatur satu pergerakan 'Agenda Transformasi Melayu Muslim'.

    Pergerakan ini terdiri daripada orang-orang Melayu yang hebat-hebat belaka iaitu golongan pensyarah, profesor, profesional, jurutera, peguam, ahli korporat, ustaz dan sebagainya.

    Difahamkan pergerakan ini telahpun mengadakan wacana intelek untuk memupuk kesedaran tentang transformasi bangsa Melayu yang boleh membangunkan bangsa sendiri dengan semangat berganding bahu dan kesemuanya secara sukarela.

    Pergerakan ini juga akan mengadakan wacana bertajuk Agenda Transformasi Melayu Muslim yang akan berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya pada 12 Mac ini. Wacana ini akan dihadiri oleh golongan profesional dan menengah Melayu Muslim.

    Pergerakan ini telah mengambil inisiatif yang sangat baik dengan mengadakan perhimpunan ini. Penglibatan golongan profesional dan menengah Melayu Muslim diharap berupaya membantu merancakkan lagi agenda transformasi bangsa khususnya dalam menggerakkan program-program kesedaran kepada orang Melayu.

    Perhimpunan ini akan membincangkan beberapa perkara penting. Antara lain mereka telah bersedia untuk mewujudkan sistem wakaf korporat. Dalam sistem ini, setiap orang Melayu yang cintakan bangsa dan agama mereka berpeluang menyumbang ke arah pembangunan negara. Dana yang terkumpul akan digunakan ke arah mewujudkan satu masyarakat yang aman, makmur dan sentosa. Setiap lapisan bangsa Melayu boleh membuat sumbangan/infak melalui iqra.com.my yang telah ditubuhkan.

    Mudah-mudahan perhimpunan ini berupaya membantu kerajaan dalam menggerakkan agenda transformasi bangsa Melayu ke arah mewujudkan bangsa Melayu global yang maju seiring dengan bangsa lain di dunia tanpa mengharapkan bantuan kerajaan tetapi berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

    Sudah bertahun negara kita yang tercinta ini bebas dan merdeka daripada belenggu penjajah, namun sudahkah bangsa ini bebas daripada terpuruk ekonomi, politik, perundangan dan banyak lagi.

    Keterpurukan bangsa Melayu kita ini bukan semata-mata disebabkan faktor 'luaran' atau luaran, contohnya pengaruh ekonomi global, politik, perundangan dan lain-lain. Tetapi tak kalah penting pengaruhnya adalah faktor 'dalaman'. Faktor manusia bangsa Melayu itu sendiri. Apakah yang salah daripada manusia Melayu?

    Jika benar, maka sikap tidak kisah ataupun 'complacency' inilah yang amat membimbangkan daripada perspektif survival dan kemajuan pembangunan bangsa Melayu kita!

    Apabila sebuah bangsa sudah lupa akan kekuatannya, maka kelemahannya adalah sasaran empuk bagi bangsa-bangsa yang menginginkan kita ini hancur.

    Penulis ialah Pengarah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Universiti Teknologi Mara




    Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok



    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Majlis Pelancaran Tutor iLMS



    Hari ini, diadakan satu Majlis Pelancaran Tutor iLMS di Hotel Shangri-La Putrajaya oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia.  MARA  dan BPT sebagai badan yang terlibat dalam menyediakan bahan-bahan untuk student MRSM di dalam iLMS ini.  Majlis hari ini menyaksikan pertukaran MOU di antara Perfisio Solution (anak syarikat Utusan Malaysia) dengan MIMOS dan juga di antara MARA dan Perfisio Solution

    2 orang rakan yang biasa saya menumpang kereta perlu bertugas manjadi penyelaras di Hotel berkenaan sejak semalam lagi.Saya bertolak dari rumah pukul 6.50 pagi kerana dijadualkan bas MARA akan bertolak ke Putrajaya selewat-lewatnya pukul 7.45 pagi. Mujur sempat. Ringkasan apa yang berlaku di Hotel dan ucapan TPM akan di kemaskini (akan di copy paste dari online paper esok). Cuma malam nih, jengok2 lah berita dalam TV manalah tau muka nih keluar ker, sebab tadi semua steseyn TV utama RTM, TV3 dan TV7 ada mengambil gambar penoton :)

    ____________________________________________________________________

    46 MRSM guna program Tutor iLMS mulai 2012




    Muhyiddin Yassin bersama (dari kiri) Ibrahim Ahmad, Fareed Abd. Ghani, Idris Jusoh, Fadillah Yusof, Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Suriah Abdul Rahman dan Abdul Wahab Abdullah pada majlis pelancaran Tutor iLMS di Putrajaya, semalam.

     




     

    PUTRAJAYA 4 Mac - Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sebuah Institut Kemahiran Mara (IKM) dijadikan projek perintis bagi pelaksanaan program e-pembelajaran dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar Tutor (Tutor iLMS)

    MRSM berkenaan adalah di Merbok, Kedah; Felda Trolak, Perak; Kota Putra, Besut, Terengganu dan Pekan, Pahang serta IKM Sungai Petani, Kedah.

    Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh berkata, projek perintis itu dilaksanakan di lima pusat pembelajaran berkenaan sejak Ogos tahun lalu dan dijadual dilaksanakan di kesemua MRSM dan IKM mulai tahun depan.

    "Kita beri tempoh enam bulan kepada pelajar untuk melihat keberkesanan pelaksanaan Tutor iLMS dan saya percaya ia dapat dilaksanakan menjelang tahun depan.

    "Berdasarkan maklum balas, setakat ini kami dapati 92 peratus pelajar ingin menggunakan semula aplikasi berkenaan kerana ia mampu memendekkan tempoh pembelajaran," katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Tutor iLMS di sini hari ini.

    Majlis disempurnakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Idris berkata, kebanyakan pelajar memberikan reaksi bahawa pembelajaran Tutor iLMS lebih menyeronokkan, selain tidak terikat dengan pembelajaran dalam waktu sekolah

    Menurutnya lagi, selepas projek perintis itu dilaksanakan, aplikasi tersebut akan digunakan di 46 buah MRSM seluruh negara.

    Tutor iLMS yang dibangunkan oleh MIMOS Bhd. (MIMOS) adalah aplikasi perisian pembelajaran pintar yang mampu menyediakan kaedah pembelajaran lebih berkesan kepada seseorang pelajar berdasarkan profil dan personaliti sebenar mereka serta kaedah lebih mudah difahami melalui elemen multimedia terkini.

    Pada majlis sama, Muhyiddin turut menyaksikan pertukaran dokumen Perjanjian Pelesenan antara MIMOS dan Perfisio Solutions serta pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara Mara dan MIMOS.

    Melalui perjanjian itu, Mara bertanggungjawab memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan isi kandungan Tutor iLMS manakala Perfisio Solutions adalah ejen pemasarannya.

    Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, Tutor iLMS berkemampuan melebarkan teknik pembelajaran melalui nota dalam talian dan soalan latih tubi.

    Beliau menambah, ia menawarkan satu lagi pengalaman baru dalam bidang pembelajaran yang lebih menyeronokkan selaras dengan kemampuan dan kecenderungan minat seseorang pelajar.

    "Projek Tutor iLMS merupakan satu lagi inovasi dalam cabang perniagaan online Kumpulan Utusan melalui bidang e-pembelajaran.

    "Kumpulan Utusan telah berkecimpung dalam e-pembelajaran sejak 2001 melalui Portal Pendidikan Utusan manakala Perfisio Solutions berpengalaman menerajui Tutor Online sejak 2007," katanya.

    Beliau menambah, projek Tutor iLMS signifikan buat Kumpulan Utusan kerana buat pertama kali berpeluang bekerjasama dengan MIMOS yang membangunkan teknologi itu dan Mara dalam usaha meningkatkan mutu dan taraf pembelajaran di negara ini.

    Katanya, komponen-komponen pembelajaran yang ditawarkan oleh Kumpulan Utusan melalui sisipan Pendidikan Utusan Malaysia, Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), e-Lab serta Portal Pendidikan Utusan, tutor.com.my telah banyak membantu para pelajar dan guru meningkatkan tahap pencapaian dalam pelajaran dan menjadi bahan rujukan.

    Lagi..mengenai iLMS

    1. Tutor iLMS kaedah pembelajaran masa depan


    2. Program e-Pembelajaran bantu pelajar


    3.Guna teknologi tempatan - TPM




    Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok



    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS