RSS

Kursus Joomla

Pada 5- 7 April telah berlangsung kursus Joomla di Bilik Multimedia Tingkat 4. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Warga kerja terpilih, terutama di bidang IT dan grafik. Setelah tamat kursus ini, kami semua di arahkan untuk menghasilkan portl baru bahagian dengan menggunakan Joomla.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

House warming

Setelah lebih sebulan berpindah ke Sd Court Bandar Sri Damansara, kami masih lagi belum mengenali jiran tetangga, kerana semuanya terlalu sibuk bekerja. Oleh itu kami bercadang untuk mengadakan sedikit jamuan untuk keluarga dan jiran tetangga yang terdekat. Dengan keadaan rumah dan peralatan yang serba kekurangan, sebagaian utama dari barang untuk memasak dan menghidang 'diimport' dari Putrajaya.

Kami menyediakan sup daging dan tulang untuk dimakan dengan bihun sup ataupun nasi impit, sebagai soto. Mak ngah Adam  membawa 2 jenis kuih talam manakala Acu Adam pula membawa spegetti dan juga bubur jagung. Uda pula membawa kek untuk ulang tahun ke 10 perkahwinan kami dan Untie dari Denai Alam juga membawa kek coklat yang dibuat sendiri.

Majlis yang cadangkan untuk jiran-jiran bertukar menjadi majlis keluarga. Agak meriah juga terutama dengan keriuhan kanak-kanak bermain. Setelah hari redup acara yang dinanti-nantikan oleh semua sepupu-sepupu Adam adalah mandi kolam.

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dimajlis kami yang itu. Insya-Allah birthday Adam dan lepas raya nanti kami akan buat jamuan lagi.



 













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10th Anniversary Dinner

Semperna ulang tahun yang ke 10, kami bercadang untuk makan di tempat yang agak istimewa sedikit. Oleh kerana kami sama-sama suka makan nasi arab, kami bersetuju untuk makan di Al-Rawsha Kampung Pandan.

Saya dah biasa lalu depan bangunan ini, cuma inilah kali pertama kami masuk ke dalam. Dengan bangunan 2 tingkat yang ala-ala istana di zaman silam, memang nampak gah dari luar. Cuma bila masuk, tidak sampai 1/4 dari pada restaurant berkenanaan yang diduduki oleh pelanggan. Bila makanan yang di order sampai sekali lagi kami terkejut dengan makanan yang telah sejuk.

Mungkin kami dah terlalu biasa dengan Restaurent Saba di Cyberjaya. Daripada sebuah kedai kecil, kini telah hampir 4 lot kedai yang di milikinya. Dari segi rasa, service dan harga, mungkin boleh saya katakan bagaikan langit dan bumi bezanya. Cuma mungkin tempat dan hiasan yang cantik, itulah yang gahnya. Pada saya memang sesuai tempat ini dengan peribahasa Indah Kabar dari Rupa.

Apapun, berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan





 



Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS