RSS

Tragedy di Aidil Fitri

Tahun ini merupakan tahun pertama kami menyambut raya di kampung, semenjak ada Adam. Tahun2 sebelumnya kami akan beraya di KL dahulu, dan malam raya kedua baru kami akan bergerak pulang ke kampung. Selain daripada itu, tahun ini juga pertama kali saya membeli kain untuk menempah baju seluruh keluarga. Oleh kerana tailor yang biasa tidak lagi mahu menerima tempahan, baju ayah menggunakan tailor yang lain, manakala baju Adam dan saya di jahit sendiri.

Dimalam dan pagi raya tahun ini 3 tragedi menyedihkan telah berlaku.
1. Baju raya Adam berlobang. Oleh kerana seterika yg saya gunakan sejak zaman sekolah telah rosak, kami membeli seterika baru. Seterika yang baru ini tiada no untuk laras suhunya, bila mula menggunakan pada baju Adam terus sahaja bajunya berlubang dan kainnya mencair dan melekat kepada seterika itu. Mujur Adam ada sepasang lagi baju melayu warna pink, yang boleh matching dengan warna tudung saya.

2. Seluar ayah ketat. Walaupun telah lama siap dijahit, entah kenapa kami terlupa pula untuk mencuba sebab baju contoh yang diberi cukup besar dan selesa. Rupa-rupanya tukang jahir menjahit terlebih besar menyebabkan seluar tuh ketat sedikit dan kurang selesa bila duduk. Jika cuma berjalan jer tak der masalah. Untuk saya membuka dan membetulkan jahitan telah agak lewat, maka bersolatlah ayah dengan berkain pelekat dan berseluar slake biasa untuk beraya.

3. Kemalangan di depan masjid. Setiap kali kalau kami beraya di kampung, kami akan bersolat di masjid lama yang terletak di tepi Jalan Gula di permulaan Parit 3. Ini kerana, di Masjid inilah akad nikah kami berlangsung kira2 10 tahun yang lalu. Ketika kaki saya melangkah untuk ke dewan solat muslimat saya terdengar satu bunyi hentaman yang cukup kuat di jalan raya. Bila saya menoleh, saya terlihat 2 org terbaring di atas rumput di tepi jalan dan para jemaah sedang berlari dan cuba menolong mangsa. Bila takbir mula dikumandangkan, saya terlihat ada ambulan di tempat kejadian. Terdengar juga komen kaum2 ibu tentang anak siapa yang terlibat dalam kemalangan itu. Bila pulang kerumah, baru mendengar komen lengkap dari bapa saudara bahawa mangsa kemalangan tersebut telah patah kaki, tulang rusuk dan hidung. Semoga beliau cepat sembuh.

Itulah 3 kejadian menyedihkan dihari raya tahun ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Back to basic

Alhamdulillah..selamat tiba di kampung..biarpun agak lari sedikit dari perancangan asal. Cadangnya bertolak pukul 4 pagi..namun yg jadinya hampir pukul 7 baru bertolak.

Untuk kesian kalinya kami balik kpg naik Honda City. Namun kali ini kami bersetuju untuk naik myvi. Sebab utama adalah kerusi belakang myvi boleh ditarik dan dilebarkan..dan bila Adam berbaring di situ mmg tak takut jatuh. Keduanya adalah untuk pemanduan berhemah sbb bila suami bawa kereta saya, cara pemanduannya lebih relex dan santai, tiada keinginan hendak memecut berbanding kalau dia membawa Honda Citynya.

Dirumah ini lah saya dilahirkan 39 tahun nan lalu. Walaupun saya di besarkan di kampung arwah ayah, namun bila ayah telah tiada ibu kembali ke rumah ini semula. Dan di rumah ini jugakan yang meraikan perkahwinan saya kira2 10 tahun nan lalu.

Sesekali pulang ke kampung menginsafkan diri. Macam tajuk 1 lagu tuh "aku hanya anak tani". Sawah bendang, selut, pacat dan lintah mmg pernah menjadi teman setia. Terutama sementara menanti keputusan SPM. Teringat betapa lajunya saya berlari dari sawah tatkala melihat posmen singgah dan saya tahu surat itu mengandungi keputusan SPM saya. Mujur hasilnya boleh lah di kira membanggakan.

Mandi dan membasuh di parit atau perigi tidak asing bagi diri ini. Begitu juga dgn kesunyian dan kegelapan. Sekian lama rumah kami hanya diterangi dgn pelita minyak tanah. Bila arwah datuk menyalakan lampu pam.. Kami Semua sepupu sepapat mengelilingi arwah datuk.

Ibu saya anak sulung dr 8 adik-beradik. Hasilnya, saya ada 33 orang sepupu. Kami peringkat yang tua, sekarang semuanya telah berkeluarga. Dan kami inilah yang cukup rapat suatu masa dahulu. Mungkin kerana kami kerap bertemu dulu. Berbanding sekarang sepupu sepapat telah mula renggang. Mungkin kerana jarak dan waktu yang makin memisahkan.

Baru sebentar tadi Adam menjerit bila ada semut dlm toilet. Terbantut seketika urusannya. Berbanding kami dahulu....(tak perlu lah diceritakan)..

Suami selalu mengingatkan, berapa byk nikmat dan rezeki yang telah Allah kurniakan, lalu nikmat manakah yang tidak engkau syukuri?.

Andai dapat kuulangi putaran masa..ingin aku kembali 20 tahun nan lalu.. Saat paling manis dalam hidup ini di rumah ini..Masa dunia kanak-kanak riang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Raya 2011

Raya 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketika Cinta Bertasbih

Semenjak berpindah ke rumah baru, kami telah sepakat untuk berhenti melanggan Astro. Sebaliknya pula kami melanggan Unify. Walaupun Unify juga memberikan kemudahan untuk Rancangan TV dan juga telepon, matlamat utama kami adalah kemudahan internet yang pantas. Semenjak ada Unify, minat untuk menonton TV telah hilang. Sebaliknya kami lebih suka men download cerita-cerita terpilih dan menontonnya pada masa lapang.  Salah satu rancangan yang paling saya minati ada KETIKA CINTA BERTASBIH. Bermula dengan filem KCB 1, kisah di Kahirah, Mesir. KCB 2 pula mengenai kisah dan kesungguhan dan cabaran Azam dalam mencari jodohnya, hinggalah dia di temukan jodoh dengan orang yang di cintainya sejak sekian lama, Anna Althafunnisa.

Seterusnya pula KCB -Special Ramadhan mengenai kisah suka duka kehidpan mereka suami isteri dan keluarga. Sekarang saya sedang menonton sinetron terbaru KCB- Meraih Redha Illahi. Seronoknya kisah ini, terasa kita semakin dekat dengan Ilahi. Betapa dia mengajar kita untuk beristigfar, bertakbir dan bertahmid bila masa sesuatu kejadian berlaku. Selama ini kita hanya mengucapkan Innalillah apabila berlaku kematian sahaja, sedangkan dalam filem ini ia di ucapkan apabila sahaja ada sebarang matapelaka berlaku.

Kisah cinta amat jelas dalam cerita ini. Kita boleh lihat betapa kuatnya cinta Azam-Ana, Elyas-Husna, namun perasaan cinta mereka masih lagi di batasi dengan iman dan takwa kepada Allah. Masih lagi mengikut lunas2 yang dibenarkan dalam Islam dan tiada yang melanggari batas tatasusila. Walaupun ada watak di bilik tidur, dan bersalaman dan memohon maaf di pagi raya, namun pelakun ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri Islam dalam kehidupan. Tiada sebarang persentuhan antara lelaki dan wanita digambarkan, walaupun watak mereka sebagai suami isteri ataupun abang dan adik. Begitu juga, pelakon wanitanya sentiasa berjilbab, tanpa membuka aurat, walaupun watak ketika tidur ataupun ketika sedang sakit.

Adam pun suka menonton cerita ini. Selalu dia minta "Boleh tak  Adam tengok cerita Tasbih. Adam suka cerita tasbih". Kami tahu watak utama yang paling Adam suka adalah Sarah. Sarah merupakan adik bongsu Azam yang berumur 8 tahun, dan dalam proses menghafal Al-Quran. Setakat ini di gambarkan Sarah telah hafaz 18 juzuk daripada Al-Quran. Saya mendapat tahu cerita ini juga di tayangkan di Astro dan boleh juga menontonnya di YouTube.

1. Ketika Cinta Bertasbih 2.File Ketika Cinta Bertasbih 2 3. Ketika Cinta Bertasbih- Special Ramadhan 4. Ketika Cinta Bertasbih- Meraih Redha Ilahi

Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan yang bakal pergi..

Assalamualaikum wrt wbt,

Begitu lama blog ini tidak dikemaskini. Ini menunjukkan betapa diri ini terlalu sibuk. Sibuk dengan tugas harian sebagai seorang pekerja di sektor awam yang berkhidmat untuk bangsa, agama dan negara. Di samping itu sebagai seorang isteri dan ibu. Yang utamanya sebagai seorang hamba Allah.

Masa-Allah.. kenapa mesti mengeluh. Semua insan dikurniakan masa yang sama iaitu 24 jam sehari semalam. Sewajarnya kita mampu merancang dan membahagikan masa seadil-adilnya, namun itulah kelemahan diri ini sebagai hamba Allah yang terlalu lemah.

Telah terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa. Oleh itu cukup sekadar diucapkan Selamat Menjalani ibadah di penghujung Ramadhan, semoga kita semua amal ibadah kita di terima Allah dan diampunkan segala dosa kita.

Alhamdulillah, setelah 4 tahun saya bercuti dari bersolat terawikh atas alasan baby yang masih kecil, tahun ini kami dikurniakan pelbagai kemudahan oleh Allah :
1. Adam telah pun berumur 4 tahun, cukup besar berakal untuk diajar adap2 di Masjid.
2. Selepas pelbagai ujian di rumah lama kami tahun lepas, penghijrahan kami ke rumah baru yang bersebelahan dengan Masjid benar-benar memberi seribu rahmat.
3. AJK Masjid telah menyediakan juadah bukan sahaja untuk berbuka puasa, malahan juga moreh serta sahur (selepas 15 hb Ramadhan).

Mengambil kira semua kemudahan yang tersedia, maka kami bersetuju untuk berbuka puasa di Masjid dan terus menunggu hingga selesai solat terawikh. Pada mulanya kami mengalami kesukaran juga untuk mengawal Adam, namun lama-kelamaan Adam selesa dengan suasana di Masjid. Adam tidak bersolat terawikh, tetapi Alhamdulillah tindakannya tidak sampai mengganggu jemaah lain. Satu-satunya cara untuk menghadkan pergerakan Adam adalah dengan membawa kertas bercetak untuk aktiviti mewarna. Setelah hampir sebulan, Adam telah bertemu dengan beberapa orang kawan baik yang mampu bermain dan mewarna bersama-sama semasa ibu dan ayah masing-masing sedang bersolat.

Selama ini saya sering terfikir, "Saya belum mengenali walau seorang pun jemaah wanita di Qariah ini, andai ditakdirkan saya meninggal dunia di sini, pasti jemaah wanita yang memandikan mayat tidak mengenai siapakah jenazah yang sedang mereka mandikan ini". Alhamdulillah kini saya telah mengenai dan berkawan rapat dengan beberapa orang jemaah wanita samaada yang seusia dengan ibu saya, yang sebaya atau lebih muda. Kebanyakknya adalah isteri-isteri imam dan juga pekerja di Masjid berkenaan. Selain daripada itu, saya juga berkenalan dan berkawan baik dengan seorang ibu yang anaknnya sama-sama bersekolah di Tadika dengan Adam. Seorang lagi kawan baik saya adalah seorang Ustazah yang rupa-rupanya tinggal satu block dengan saya.

Jadi sekarang saya lega. Telah ada kawan yang merupakan ibu kepada kawan Adam. Seorang jiran tetangga yang begitu hampir dengan rumah, seorang ustazah dan isteri imam. Dan seandainya Allah menjemput saya kembali di sini, sekurang-kurangnya orang yang memandikan jenazah saya, sempat mengenali saya semasa saya masih lagi bernyawa.

Semoga Ramadhan ini merupakan Ramadhan terbaik yang pernah saya lalui.




Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS