RSS

Alhamdulillah..Allahu Akbar

Ada seorang yang cacat penglihatan, bekerja di bangunan sebelah pejabat saya ini. Sering kali juga saya terjumpa sewaktu sama-sama melintas jalan. Sekali, sewaktu memimpinnya melintas jalan, saya dimaklumkan bahawa beliau berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki komuter di Bank Negara

Hari Rabu, sewaktu saya naik eskelator untuk membeli makan tengahari di tingkat 1, saya ternampak  kakak nih, yang hendak turun di eskelator. Tidak jauh di belakangnya, saya terlihat ada rakan sekerja perempuan. Melihat akak buta nih nak turun eskelator, saya pun menjerit “Cepat, tolong dia, nanti dia jatuh”, seolah-olah akak buta tuh adalah anak kecil yang suka bermain tangga. Sebaliknya akak tuh terus sahaja berjalan dan naik atas eskalator tuh tanpa sebarang masalah, sama macam orang yang tidak buta.

Kagum seketika dengan pandangan yang mendebarkan dan penuh keinsafan. Bersyukur kerana tiada kejadian yang buruk berlaku kepada kakak berkenaan. Tetiba teringat lagu ini, yang dinyanyikan semasa pertandingan nasyid semasa matrikulasi.

Buta Mata


Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu


Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa


Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita


Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka


Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti.


Timbul rasa keinsafan di dalam diri. Bersyukur kerana tidak buta mata, diizinkan Allah untuk melihat keindahan ciptaanNya.  Dan semoga Allah tidak butakan hatiku ini. Amin.

Agong dan Yang Maha Agong.

Semalam saya ke Putrajaya. Ada seminar Knowledge Management di Shangri-La Hotel. Dalam perjalanan pulang melalui NKVE, tetiba 2 motor polis berkuasa besar member isyarat untuk mengosongkan lorang di kanan sekali. Di cermin sisi kelihatan rombongan kenderaan yang saya agak pembesar Negara. Kereta  ke 2 tiada plate no, cuma ada plate berwarna kuning yang mengandungi JATA Negara. Kerete seterusnya, saya terlihat bertulisan ‘ISTANA NEGARA’. Saya andaikan di dalam salah satu kenderaan berkenaan adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Terdetik di hati ini, begitu sekali kita membesarkan dan memberi penghormatan kepada Pembesar Negara. Lalu bagaimana pula kita membesarkan Pencipta Alam ini, yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang ke pada sekelian hambaNya. Allahu Akbar.

 




Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The real secrets to marital bliss!

Artikal asal di ambil dari  sini

Nota : Walaupun konsepnya mungkin dari barat, tapi tak salah untuk kita mempraktikkannya.



Health dot com and CNN have published some pointers on the secrets to a healthy marriage. They include things like “stay slim” and “have sex” (I am paraphrasing) but it seems to me they are all things we’ve heard before. Have a financial plan? Yeah, yeah, we know.

I have been married for 11 years. Sometimes it has been pure bliss, sometimes it has been challenging and difficult. Such is the nature of marriage, despite what romantic comedies will have you believe.

However, I do think there are a few things that can help a marriage stay more blissful than difficult.

Samantha’s 10 secrets to a successful marriage

1. Own ear plugs. The heavy-duty kind. The kind that muffle snoring.

2. Go away. Travel on your own once in a while–even if it’s just a weekend. Absence makes the heart grow fonder and all. Plus, it’s nice to sleep without stuffing your ears with Styrofoam every now and again.

3. Marry someone who does dishes and knows how to fold laundry. Don’t complain about how he does these jobs, just let him do them. (Saya bertuah,  bab nih saya bagi 100 markah to my hubby.  Ps: Hmm Dah lama lah tak makan nasi minyak yang abang masak. heheh)

4. Don’t poop with the door open. Seriously, that’s disgusting.

5. Don’t watch TV more than an hour a day. It saves all those tedious he-watches-too-much-sports arguments and allows you to actually get some stuff done. Maybe while conversing.

6. Go on day dates. Everyone is so tired at night. Going on day dates allows you to do new things without yearning for your pillow the entire time.

7. Don’t fret about wearing sweatpants and slippers, but do make an effort every now and again to look smoking. Men are visually stimulated. They like pretty. Frustrating but true.

8. Have sex. Enjoy it.

9. Don’t pick up all his slack. He’s an adult, not your other kid. If he has to go to work in a wrinkled shirt, that’s on him. If he forgets his mom’s birthday, that’s on him. Save the micro-managing for when it matters, like reminding him to pick up the kids after work.

10. Nagging him about the same thing for years on end only make you both angry and miserable. Your opinions and wishes have been registered. Either leave or make your peace.

Added bonus secret #11 (the most important one)
Marry someone who respects and loves you and treats you with kindness.

What about you? What are your secrets to a successful marriage?





Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LOVE IS LIKE WAITING FOR A BUS

When the bus come, you look at it and you said to yourself, “Eeee… so full…cannot sit down one”. So you said to yourself, “I’ll wait for the next one.” So you let the bus go and waited for the second bus.

Then the second bus came,you looked at it and you said, “Eeee…this bus so old… surely very uncomfortable one.” So you let the bus go and decided to wait for the next bus.

After awhile,another bus came. It’s not crowded and not old but you said, “Eeee…no air-con one…and the weather is so warm, better wait for the next one.” So again you let the bus go and decided to wait for the next bus.

Then the sky started to get dark as it is getting late. You panicked and jump on to the next on coming bus. It is not until much later that you found out that you had boarded on to the wrong bus!

So you wasted your time and money waiting for what you want!
Even if an aircon bus came can you ensure that the aircon bus won’t break down or will the aircon be too cold for you?

So people. Want to make sure that what you want is not wrong. But it wouldn’t hurt to give other people a chance, right? If you found that the “bus” doesn’t suit you just press the red button and get off the bus!

But wait…I am sure all of you have this experienced before. You saw a bus is coming (the bus you want of course) you flagged it and the driver acted blur by pretending not seeing you and zoomed pass you!

The bottom line of being loved is like waiting for a bus and whether you want to get on the bus and give the bus a chance depends totally on you and walking alone is just like being out of love.

If you love someone set him/her free. If he/she comes back to you, you know they’re yours. If they don’t then it was never meant to be.Remember to always say what you mean. If you love someone, tell.

Don’t be afraid to express yourself. Reach out and tell someone what they mean to you. Because when you decide that it is the right time, it might be too late.

Seize the day.
Never have regrets.
And most importantly, stay close to your friends and family, for they have helped make you the person that you are today.

And here is luahan dari seorang suami yang nak kawin lagi.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jamuan Raya

Untuk kali ke 3, semenjak berpindah ke rumah baru, kami mengadakan jamuan di rumah ini. Kali ini adalah jamuan semperna hari raya. Untuk di sebut open house macam jauhlah kerana kekangan tempat dan kewangan.

Kali ini saya sediakan bihun sup dan soto ayam beserta dengan rendang kerang, selain dari kuih-kuih raya yang masih belum luak sebenarnya.  Malangnya saya tidak sempat mengambil gambar hidangan yang disediakan.  Selepas menghidang, saya pun mandi dan bersolat zuhur.  Selepas sahaja bersolat, tetamu pertama telah datang.

Tetamu pertama adalah keluarga kawan baik Adam di Tadika iaitu Elisya dan Emily beserta ibu dan ayahnya. Adam paling seronok bila 3 orang guru dari Tadikanya turut hadir.   Selain daripada itu,  ada juga jiran2 terdekat dan juga Ustazah yang di temui di Masjid semasa bulan Ramadhan yang lepas.  Tidak ketinggalan juga sepasang saudara baru yang merupakan kawan suami semasa di Sekolah Menengah Sains Muar dahulu.

Tetamu terakhir yang datang adalah kawan dari Nilai, Negeri Sembilan. Menariknya, walaupun kali pertama bertemu, Adam melayan kawan-kawan barunya ini bagaikan telah lama kenal.  Tidak cukup dengan permainan bowling, mereka juga melukis bersama-sama.

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis kami yang tidak sepertinya.











Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MRSM Ulul-Albab : Kecemerlangan di dunia dan akhirat

Hari ini saya ke MRSM Gemencheh yang terletak di Negeri Sembilan. Mrsm ini adalah salah satu daripada 3 Mrsm Ulul Albab yang ada di MARA . Ada tugas rasmi yang berkaitan dgn iLMS yang perlu dilaksanakan.

Dari Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, saya dimaklumkan mengenai program yang dijalankan. Dari segi akademik dan ko-kurikolumnya sama seperti MRSM yang lain. Bezanya adalah program hafazan. Untuk pelajar tingkatan 4 dan 5, mereka perlu menghafaz Surah As-Sajadah dan Surah Al-Mulk.

Tumpuan utama adalah untuk pelajar tingkatan 1. Untuk tingkatan 1, hafazan dilakukan sebelum dan sesudah solat subuh. 3 waktu pertama setiap hari adalah untuk guru-guru menguji hafazan para pelajar. Oleh kerana 3 kelas waktu pagi telah digunakan, maka ada sebahagian dari kelas yang di bawa hingga pukul 3 petang. Temubual dgn 2 orang pelajar Tingkatan 1 memaklumkan bahawa mereka sedang menghafaz surah An-Nisa. Surah-surah yang sebelumnya telah di hafaz.

Saya tertarik dengan kata-kata Timbalan Pengetua. Katanya "Jika seseorang menguasai ilmu dari Al-Quran, maka ilmu-ilmu dunia yang lain semuanya mudah bagi mereka". Diceritakan juga kisah benar di sebuah pusat tahfiz berhampiran. Oleh kerana inginkan kecemerlangan dalam SPM, maka hafazannya dikurangkan. Akibatnya tidak seperti yang diharapkan, kecemerlangan dalam SPM, sebaliknya kedua-duanya iaitu hafazan dan SPM pelajarnya menurun. Tahun seterusnya, pihak sekolah memperhebatkan hafazan pelajarnya, dan Alhamdulillah keputusannya membanggakan baik dari segi hafazan dan juga SPM mereka.

Selain daripada itu, menariknya di MRSM ini banyak terdapat gegantung yang tertulis kata-kata hikmah dan motivasi. Contohnya adalah seperti di bawah ini.






Selain daripada itu, saya juga tertarik dengan lukisan yang dipaparkan. Lukisannya dilukis di atas kaca.







Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kaedah bedah cara batin haram

Oleh Muhammad Asyraf
Sumber Berita Harian : 2011/09/13

Perbuatan dengan bantuan jin boleh pesong akidah

ISLAM mementingkan kebaikan dan kesihatan. Di samping itu Islam menyuruh umatnya berikhtiar mengubat apabila dijangkiti sebarang penyakit. Ada banyak ayat al-Quran dan hadis berkaitan penjagaan kesihatan dan mengubati penyakit.



 Malah ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran antaranya firman Allah SWT yang bermaksud:


“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian juga.” (Surah Al-Isra’, ayat 82).

Amalan perubatan menggunakan doa atau bacaan ayat al-Quran adalah satu daripada cabang rawatan diakui syarak sebagai amalan mulia. Ia dipanggil ruqyah ataupun jampi bersesuaian syarak. Malah ia diamalkan pada zaman Rasulullah dan salafussoleh.

Daripada Auf bin Malik katanya: “Kami pandai menjampi pada zaman jahiliah, maka kami bertanya Nabi SAW, Ya Rasulullah SAW apakah pandangan anda mengenai jampi? Lalu Baginda SAW meminta mereka memperdengarkan jampi digunakan sejak zaman jahiliah itu. Baginda SAW menyatakan harus dilakukan, selagi tidak menyebabkan syirik.” (Hadis riwayat Muslim)

Kalangan masyarakat menamakan rawatan secara ruqyah saja dianggap perubatan Islam. Manakala rawatan secara saintifik di hospital adalah perubatan moden semata-mata. Hakikatnya perubatan moden sebahagian daripada perubatan Islam.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah sendiri dalam kitabnya Tibb al-Nabawi dan Zaad al-Ma’ad menceritakan bagaimana Nabi SAW merawat menggunakan kaedah berbekam, penggunaan biji habbatussauda, madu dan bermacam lagi makanan kesihatan.
Namun, sejak akhir-akhir ini ada kaedah rawatan mula menjadi tumpuan masyarakat iaitu pembedahan batin. Selepas meneliti unsur terdapat dalam pembedahan batin diamalkan sesetengah perawat maka beberapa nas hukum perlu diperjelaskan agar tidak memberi kecelaruan kepada masyarakat dalam menilai benar atau salah.

Rawatan itu ada yang membedah tubuh badan dengan tangan kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan peralatan ghaib, perubatan jarak jauh dan seumpamanya.

Penggunaan ayat al-Quran atau doa diharuskan tetapi jika disertai dengan sihir, iaitu membabitkan jin, perbuatan itu salah kerana amalan berkenaan termasuk dalam kategori dosa besar yang membinasakan iaitu sihir.

Walaupun pengamal perubatan batin menyatakan ia berpegang kepada ayat al-Quran dan kaedah syarak, namun difikir secara logik, ternyata bukan mudah seseorang itu, terutama orang awam memastikan status amalan itu.

Apabila sesuatu yang di luar adat kebiasaan itu dilazimi secara berterusan seperti upacara pembedahan batin, sekali gus jelas bagi kita ia sudah terkeluar dari kaedah asas perubatan yang diizinkan.

Ia jauh daripada perubatan secara saintifik moden, ruqyah serta tibb al-Nabawi yang menepati syarak. Jelaslah kaedah perubatan secara pembedahan batin ini meminta bantuan jin kerana sesuatu yang magis dan di luar adat tidak boleh berlaku secara berterusan.

Memang ada ulama membenarkan perubatan dengan meminta pertolongan jin antaranya Imam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawa dan ulama Saudi, Syeikh Ibn ‘Uthaimin dalam Fatawa al-Aqidah. Mereka mengharuskan khidmat jin dengan syarat penggunaan pada perkara diharuskan di samping wasilah juga diharuskan syarak.

Ini bermakna rawatan menggunakan khidmat jin diharuskan dengan syarat wasilah adalah harus. Hujah mereka ialah kisah Nabi Sulaiman yang mendapatkan khidmat jin untuk memindahkan istana Puteri Balqis dari Yaman dan ini adalah kurniaan Allah SWT.

Namun, ada pendapat menolak pandangan ini kerana peristiwa Nabi Sulaiman bukan syariat yang ditinggalkan kepada kita.

Pendapat ini dihuraikan Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Dr Ahmad bin Nasir bin Mohd al-Hamd dan ramai lagi. Bahkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 pada 21 September 1995 juga memutuskan bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perubatan, mencari kekuatan dan kehebatan ditegah syarak dan haram.

Masyarakat Islam dinasihatkan meninggalkan rawatan syubhah seperti pembedahan batin. Umat harus memahami, setiap penyakit ada penawarnya tetapi setiap penawar tidak dijamin boleh menyembuhkan. Semoga Allah membebaskan kita dari segala penyakit dengan reda-Nya, bukan diberi kesihatan dengan kemurkaanNya.

Penulis ialah juara Imam Muda musim pertama terbitan Astro Oasis






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hi-Tea Amal 24 September: RS kumpul dana bimbing remaja puteri

KUALA LUMPUR - Pusat bimbingan remaja puteri, Raudhatus Sakinah (RS) akan menganjurkan Hi-Tea Amal Raudhatus Sakinah (HTRS) 2011 dengan tema "Indahnya Harga Diri" pada Sabtu 24 September 2011 jam 2.00 petang di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam.

Turut hadir ke HTRS ialah Penaung Raudhatus Sakinah, YTM Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Asegaff yang juga bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Majlis yang berkonsepkan talk show, hi-tea dan nasyid diadakan bagi mengumpul dana bagi pengurusan dan pembangunan RS di samping mensasarkan jaringan dengan keluarga angkat kepada anak kelahiran pelatih RS serta pihak yang berkenaan. Majlis ini juga bertujuan untuk menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam pentarbiyahan anak-anak dan menyedarkan keperluan amar ma’ruf nahi dipertingkatkan dalam masyarakat.

Dalam talk show, dua panelis terkenal akan dijemput iaitu Ustaz Dr Zahazan Mohamed dan Dr Rubiah K Hamzah di samping artis Wardina Safiyyah dijemput sebagai pengacara majlis. Majlis akan turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid  daripada Inteam dan Demascus.

Raudhatus Sakinah yang diwujudkan sejak 1998 sebagai sebuah institusi yang memberikan perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa gejala sosial, juga berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

Sehingga kini, RS mempunyai lima cawangan iaitu di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Johor dan Melaka. Memandangkan bilangan pelatih yang meningkat saban tahun, kos operasi dan pengurusan pusat bimbingan remaja puteri ini turut meningkat dan majlis HTRS sebagai salah satu inisiatif RS mengumpul sumbangan untuk memastikan bimbingan terhadap para pelatih di RS berterusan.

Bagi mereka yang berminat menyumbang kepada RS dalam majlis ini, boleh membeli meja atau kerusi mengikut pakej yang ditawarkan iaitu Platinum RM10,000 satu meja (RM1,000 x 10 kerusi), Gold RM5,000 satu meja (RM500 x 10 kerusi),  Silver RM3,000 satu meja (RM300 x 10 kerusi) dan Bronze RM2,000/meja (RM200 x 10 kerusi).

Pembelian dan sumbangan hendaklah disalurkan ke akaun Maybank Berhad bernombor 5621 0672 0426 atas nama "RAUDHATUS SAKINAH BERHAD". Resit sumbangan hendaklah diemel ke rsakinah@gmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau difaks ke 03-41071754.

Untuk tempahan meja atau kerusi, anda boleh menghubungi sekretariat Hi-Tea Amal Raudhatus Sakinah (HTRS) 2011 di talian 03-41073379,  03-41089669 dan 03-41053159, atau menghubungi terus nama-nama berikut


  • Puan Rosmawati Zainal : 019-2386333

  • Puan Yusnani Abd Hamid : 012-6350071

  • Puan Siti Fazhana : 013-9908814

  • Encik Joannes Lukas : 013-3040834

  • Encik Abdullah Omar : 013-2466190


Pihak sekretariat Raudhatus Sakinah sangat menghargai segala sumbangan yang diberikan dan mendoakan supaya para penyumbang diberikan tambahan dan keberkatan rezeki untuk terus menyumbang untuk amal kebajikan pada masa yang akan datang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sesungguhnya Dugaan Ini Datang Bersama Hikmah

Hujung minggu ini kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang benar-benar menyesakkan jiwa. Ia bermula bila masa saya terjumpa 1 potongan iklan di peti surat mengenai rumah akan dilelong. Alamat pada rumah berkenaan adalah sama dengan alamat rumah yang kami baru sewa 7 bulan yang lalu.

Saya terus menghubungi tuan rumah.  Dimaklumkan bahawa semua tunggakan telah selesai.  Oleh kerana hari sabtu  bank semua tutup, maka kami semua perlu bersabar dan menunggu hari isnin barulah semua permasalahan ini dapat dijelaskan.

Sesak rasanya nafas ini bila memikirkan penat berpindah bulan Feb dulu pun masih belum hilang.  Di mana pula kami akan berpindah.  Satu tempat yang cukup selesa untuk semua.  Mudah untuk saya dan suami ke tempat kerja dan yang paling penting untuk Adam ke sekolah.  Adakah ini bermakna Adam akan bertukar sekolah.  Untuk kami terlibat dalam lelongan ini juga adalah mustahil. Walaupun kami ada sedikit simpanan, tapi tidak terlalu cair. Untuk mengeluarkan 10% daripada wang lelongan dalam masa kurang dari 10 hari adalah mustahil.  Sedangkan kami cukup sayangkan rumah ini.  Kedudukannya cukup strategik. Yang utama sebab bersebelahan dengan masjid.  Baru tahun ini kami merasa nikmatnya berbuka puasa di masjid.

2 hari yang menyesakkan berakhir juga akhirnya, bila saya mendapat call dari tuan rumah.  Semua kesilapan teknikal yang berlaku telah dapat diselesaikan. Yang paling penting,  kami tidak perlu lagi keluar dari rumah berkenaan.

Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amat diperlukan dalam menghadapi badai dugaan yang menerpa seperti ini . Berkali-kali suami ingatkan "Jangan sampai kita berburuk sangka kepada ALLAH SWT terhadap segala Ketentuan-Nya".

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman padahal mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang berdusta." [QS.Al-Ankabut: 13].

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." [QS al-Anbiya: 35]


Ternyata, rumah ini masih lagi yang terbaik untuk kami setakat ini, dan Allah masih mengizinkan kami 'berjiran' dengan Masjid.  Maka sebagai peringatan kepada diri sendiri, rajin-rajinlah melawat jiran berkenaan.  Bukan setakat suami dan anak sahaja yang sering ke sana, atau cuma di bulan Ramadhan sahaja jemaah muslimat melihat wajah ini..;)






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pizza Time

Hari Khamis malam Jumaat 9/9/2011,  kira-kira pukul 10 malam, suami mendapat call dari Ahmad Alzam memberitahu bahawa kakak dan adiknya hendak makan pizza dan minta Ayah Long belanja.

Untuk tidak menghampakan permintaan mereka maka pagi sabtu tuh kamipun bertolak ke Putrajaya.  Destinasi pertama kami adalah Pizza Hut, Alamanda, Putrajaya. Sementara menunggu pizza masak, kami berjalan-jalan di ruang legarnya. kebetulan ada pameran dan jualan Product Canon. Saya yang memang telah lama berhasrat hendak membeli kamera terus tertarik dengan tawaran yang diberikan, iaitu 30% daripada harga di pasaran.



Dengan 4 kotak Pizza (2 large dan 2 regular) kami pun ke rumah mak mertua yang terletak di Presint 15, Putrajaya.

 








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bentuk-Bentuk Kesilapan Didikan Anak




Rabu, 24 Ogo 2011 09:53 | Ustaz Fathi Yusuf & Ustazah Ros Izanuri | Editor: nurilla88



Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak. alt Kesilapan terbesar ialah  kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak. Agama membawa kepada  keseimbangan antara fizikal dan spiritual. Antara pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik. Antara dunia dan Akhirat. Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.

Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba apabila mengetahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja.  Tidak kurang juga ibu bapa yang sangat mengambil berat soal makan-minum anak-anak tetapi,  mengabaikan terus 'makanan' rohani anak-anak yang sentiasa 'lapar' dan 'dahagakan' petunjuk agama.

Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah  'kebiasaan budak-budak zaman sekarang', tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza.  Ringkasnya,  pengabaian agama merupakan kesilapan terbesar dalam pendidikan anak-anak.

Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan.  Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku dengan perlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri.

Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang 'mendidik' anak berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri.  Bahkan kes-kes penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.

Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah. Bagi mereka 'Rumahku Nerakaku'.  Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal.

Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah. Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat." (Surah an-Nahl:90)

SAbda RAsulullah S.A.W:

"Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah." (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)

Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak. Ada ibu bapa yang berat untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk. Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.

Tidak salah untuk memanjakan anak. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang. Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak. Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal dididik dengan teratur dan berprinsip.

Ringkasnya, antara faktor yang merosakkan pendidikan anak ialah berpunca dari ibu bapa sendiri yang gagal mendidik dengan cara yang betul. Realiti hidup masa kini yang semakin kompleks dan mencabar menuntut ibu bapa agar lebih tekun mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan dan mengadaptasinya dalam kehidupan berkeluarga. Landasan agama merupakan asas yang paling baik untuk menjadi bekalan dan rujukan dalam mendidik anak-anak menuju ketinggian sahsiah.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis


Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK. Taman Melawati, Kuala Lumpur.

 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anak anda cukup tidur?

sumber : Berita harian :Ratu 2011/09/06



Mengantuk boleh sebabkan bayi cepat meradang, kerap menangis

TIDAK kira bayi, kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga tua memerlukan tidur yang cukup mengikut usia masing-masing bagi memastikan perjalanan hidup mereka lebih teratur dan selesa sepanjang hari.

Ada orang yang memang sukar untuk tidur atas pelbagai sebab. Namun, tanpa tidur yang cukup bukan saja prestasi di tempat kerja atau sekolah akan terjejas, malah kita juga akan merasa letih, berasa tertekan dan cepat marah. Tidak mustahil, mengapa sering kali kita lihat juga, bayi atau kanak-kanak yang kurang tidur menyebabkan mereka cepat meradang dan kerap menangis.

Justeru, berapa banyak tidur perlu dan dianggap mencukupi? Apakah risiko bakal dihadapi kepada bayi dan kanak-kanak yang kurang tidur. Kajian saintis Belanda, kanak-kanak kurang tidur lebih berisiko menjadi gemuk. Menerusi kajian ke atas 250 kanak-kanak, mereka yang tidak cukup tidur berisiko untuk menambah indeks jisim badan (BMI).

Kurang tidur akan meningkatkan selera makan, mengubah tindak balas badan terhadap insulin dan hormon yang dikaitkan dengan kebolehan badan untuk menyimpan lemak.

Apa yang nyata isu tidur ini berbeza kepada setiap orang dan ia mengikut usia. National Sleep Foundation, mengesyorkan jadual bilangan jam yang patut diamalkan oleh seseorang mengikut usia.

Bayi:


  •  (0-2 bulan) - 10 hingga 18 jam

  •  (2-12 bulan) - 14 hingga 15 jam


Kanak-kanak:

  •  (12-18 bulan) - 13 hingga 15 jam

  •  (18 bulan- 3 tahun) - 12 hingga 14 jam

  •  (3-5 tahun) - 11 hingga 13 jam

  •  (5-12 tahun) - 9 hingga 11 jam


Cadangan menggalakkan kanak-kanak tidur:

  • Jadikan tidur sebagai rutin.Seperti juga orang dewasa, rutin tidur perlu untuk kanak-kanak. Pastikan kanak-kanak tidak mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal sebelum masuk tidur atau makan makanan bergula. Aktiviti menenangkan termasuk membaca, mandi, minum susu dan memberikan pelukan dan ciuman.

  • Pastikan jadual tidur yang konsisten.Untuk tidur yang baik, tetapkan waktu yang tepat dan konsisten supaya mudah bangun awal. Sebagai ibu bapa, rancang rutin mengikut jadual setiap hari, khususnya waktu malam.

  • Pastikan semua seisi keluarga patuhi rutin tidurIbu bapa juga sebagai model terbaik untuk anak. Mereka juga perlu hadkan aktiviti seperti menonton televisyen sehingga larut malam bagi mengelak turut ikut jejaknya.

  • Jangan gunakan tidur sebagai hukuman.Ibu bapa tidak sepatutnya menghukum anak jika gagal mengikut perintah, terus keluarkan arahan mahu anak masuk tidur.

  • Elakkan tidur dengan anakSesetengah ibu bapa mempunyai kecenderungan untuk berbaring di atas katil dengan anak untuk membantu mereka tidur. Amalan itu tidak bagus, anda mungkin tidak akan sentiasa ada di rumah atas hal tertentu atau tugas luar.

  • Ajarkan tidur sendiri.Adalah penting untuk kanak-kanak belajar tidur sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa perlu meletakkan kanak-kanak untuk tidur apabila mereka dalam keadaan tenang dan bukan menunggu sehingga mereka tertidur. Anda boleh menyanyi atau membacakan buku di tempat tidur, kemudian beransur-ansur meninggalkan bilik sebelum mereka tertidur.

  • Berikan barang atau objek tertentu.Anak akan lebih rasa tenang dan selesa jika ada objek atau barang seperti patung permainan, bantal dan selimut sebagai teman dari segi psikologi. Dengan cara ini, ibu bapa tidak perlu berada sentiasa di sisi anak sebelum mereka masuk tidur.


 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS