RSS

Anda rela bermadu? Benarkah ? (Siri 3)

Poligami: Cara Nabi Muhammad s.a.w atau cara P.Ramle ?


Ramai betul gadis-gadis yang sudi dan hendak berkenalan dengan suami saya. Kenapa yer. Masing-masing semuanya kata sudi berpoligami. Jadi soalan saya sekarang ini adalah bagaimanakah bentuk poligami yang diingini?

Adakah berpoligami cara Nabi Muhammad s.a.w atau cara P.Ramlee dalam cerita terkenalnya Madu 3?

Poligami Cara P.Ramlee.


Apa yang cuba di ketengahkan?madu tiga

  • Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang, tetapi jangan sampai pecah tembelang

  • Kalau pecah tembelang, pastinya akan terjadi perang, bukan sahaja sesame isteri, tetapi   suami pun terlibat sama.

  • Apabila berkahwin sahaja, En Jamil telah menyediakan sebuah rumah dan sebuah kereta untuk kegunaan Cik Hasnah dah Ibunya. Begitu juga utk perkahwinan yang ke 3, utk Cik Rohani dan ayahnya.

  • Banyak lagi kesimpulan dari cerita tersebut..so lihat dan nilailah sendiri.


 

Poligami cara Filem Ombak Rindu.


Bagi peminat novel atau peminat filem baru pula mungkin mengimpikan bermadu gaya ‘Ombak Rindu’.

images-1

Membayangkan diri sebagai heroin seperti Maya Karin. Mengimpikan suami yang kaya dan handsome seperti Aaron Aziz. Kepada dunia dipaparkan seolah-oleh cuma Lisa seorang sahaja isteri Aaron Aziz. Maya Karin, walaupun sebagai seorang isteri yang sah, tetapi bagaikan seorang perempuan simpanan sahaja kepada suaminya.

Tak kisahlah, yang penting bahagia..(kononnya).

 

 

 

 

Poligami Cara Rasulullah s.a.w

Saya bukanlah seorang yang layak mengulas mengenai bab ini. Boleh cara di internet, banyak lagi kisah-kisah menarik yang dikongsikan. Salah satu cerita yang saya jumpa dan copy paste adalah

Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda s.a.w. romantik kepada kesemua  isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri Baginda s.a.w. berkumpul dihadapan Baginda s.a.w. lalu bertanya “Siapakah diantara mereka (isteri-isteri) yang paling disayangi”. Rasulullah s.a.w hanya tersenyum lalu berkata, “Saya akan beritahu kamu kemudian.” Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah s.a.w. telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri Baginda s.a.w. sebentuk cincin. Baginda s.a.w. berpesan  supaya tidak memberitahu kepada isteri -isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah s.a.w., lalu menjawab “Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya”. Isteri-isteri Baginda s.a.w. tersenyum puas kerana  menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa  diri mereka tidak terasing.


 Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat  suasana romantik ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: “Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan  keluar melalui celah-celah jari mereka“.Rasulullah s.a.w. selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda s.a.w. acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri Baginda s.a.w. pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah s.a.w. agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga.


Jadi kepada para gadis yang teringin nak menjadi madu saya,  fikirkan  bentuk perkahwinan yang bagaimanakah yang anda semua inginkan??..Yang penting bukan apa yang aku akan dapat, tetapi apa yang mampu aku sumbangkan? Masa, tenaga, buah fikiran, idea, wang ringgit dan sebagainya. Bukan untuk diri sendiri dan keluarga, tetapi juga untuk agama, bangsa dan negara.

Tepuk dada, Tanya iman. Jangan Tanya selera, sebab selera cuma tahu nak makan.

Jika merasakan diri sendiri layak dan mampu menghadapi ujian ini, welcome to our family.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anda rela bermadu? Benarkah ? (Siri 2)

Sambungan


  • Setelah membaca penerangan ringkas tentang diri saya dan suami, apakah saudara masih rela dan sanggup berkahwin dengan suami saya?

  • Adakah saudari sedar dan bersedia dengan segala cabaran hidup dalam berumahtangga dan apatah lagi berpoligami?


Terus terang saya katakan, hidup dengan suami saya bukanlah mudah. Cabarannya cukup banyak dan kadang kala di luar dugaan.

Untuk makluman, suami saya juga terlibat dengan bbrp NGO, samada yang sifat keagamaan dan juga kemasyarakatan.
Jangan terkejut kalau tetiba jer suami kejutkan di awal pagi minggu, "Jum kita ke shah Alam, ada perempuan termengandung dan tak der duit nak buat first medical check-up". Ataupun pukul 10 malam di dalam hujan lebat pergi ke kawasan perumahan Setapak sebab ada baby telah lahir dan tiada apa dirumah berkenaan untuk ibu berkenaan berikan kpd baby yg baru lahir tersebut. Itulah yg saya maksudkan pengorbanan, yg bukan sahaja masa, tenaga dan wang ringgit.

• Apa pula yg saudari harapkan dan inginkan dari perkahwinan saudari?
• Apa yg saudari rasa mampu beri dan sumbangkan?
• Adakah saudari benar2 ingin dan rela menjadi isteri kedua?
• Atau saudari sebenarnya masih inginkan seorang teruna?


Perjalanan hidup saudari masih lama lagi..insya-Allah. Tak perlu terburu2 utk membuat keputusan. Suami saya pun bukannya kemaruk sangat nak menikah sekarang ini. So masih banyak lagi masa dan peluang untuk saudari belajar, menyediakan diri, mentally dan spiritually utk menjadi isteri, samada sebagai isteri pertama, ke2, ke 3 atau ke empat.
Cubalah search dan berkawan dgn org2 yg telah berpoligami, untuk mengetahui cabaran dan persediaan utk menghadapinya. Salah satu blog yg saya kira agak baik dan Islamic adalah
http://sisi-kehidupan.blogspot.com
Penulisnya bernama Nurul Adni Adnan. Beliau merupakan seorg isteri kedua kpd Kapten Hafiz Firdaus, seorang pilot yg juga merupakan sahabat suami saya. Tahun lepas kapten ini melangsungkan perkhawinan ke 3 dgn seorg doktor. Terlalu banyak cerita-cerita mengenai kehidupan beliau bermula dari menerima lamaran sebagai isteri kedua, hinggalah kini menghadapi kehidupan bersama anak dan juga madu-madunya. Bacalah..dan bolehlah berbincang dengan penulis blog jika ada sebarang kemusykilan atau permasaalahan.
Walaupun bersahabat baik, jgn samakan pendapatan seorang pilot yang membawa kapal terbang MAS ke serata dunia dengan seorang IT eksekutif. Sebagai seorang pilot, setiap kali lepas bernikah, setiap seorg isteri akan mendapat sebuah rumah dan kereta. Namun suami saya pastinya tak berkemampuan untuk menyediakan segala kemewahan itu. Suami saya mengamalkan prinsip sama-sama berusaha dari bawah untuk menuju ke puncak, bukannya masuk rumah dengan ‘basuh kaki sahaja’.
Renungkan, fikirkan, tepuk dada tanya iman…

  • Apa yg ku cari dlm kehidupan ini?

  • Apa yg ku inginkan dlm perkahwinan yg bakal ku hadapi?.

  • Bagaimanakah keluarga yang aku inginkan?

  • Apakah aku inginkan suami yg akan ada di rumah setiap malam, menemani aku dan anak2..atau suami yg perlu bergilir2 dgn isteri2 yg lain dan juga kerjanya.

  • Bagaimana pula dgn keluarga?. Sanggupkah keluargaku menerima menantu yang telah beristeri dan mempunyai anak?

  • Bayangkan pula hari raya. Mungkin ada masa beraya bersama keluarga dan suami. Namun mungkin juga ada masa kena balik kampung sendiri/dgn anak2 sbb kena giliran suami beraya di kampung isteri2 yg lain.

  • Renungkan, fikirkan sedalam2nya tak perlu bagi jawapan kpd saya atau suami, tapi jawaplah kpd diri sendiri dgn sejujur-jujurnya.


Fikirkan, dan carilah jawapannya dalam dirimu sendiri..

bersambung di sini






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anda rela bermadu? Benarkah? (Siri 1)

Telah sekian lama, suamiku ingin menambah bilangan isterinya. Bermula dari aku menetang sekeras-kerasnya, hingga kini aku dah tak kisah dah. Entah berapa ramai perempuan yang pernah tersenarai sebagai calon suamiku, dari anak dara, janda, perempuan yang dah tak der dara dan sebagainya.


Ada juga yang cuba berbaik denganku. Ada yang pernah datang ke rumah sebagai tetamu. Ada yang datang sebagai maid dan ada juga yang pernah mengikut kami berpiknik di Taman Tasik Titiwangsa dan Bukit Tinggi, Pahang. Malah ada yang pernah menghadiahkan T-shirt dan beg duit Bonia semperna hari jadiku.


Kepada suamiku juga ada pelbagai sikap dan kata-kata yang kadang kala membuatkanku tersenyum sinis, antaranya ada yang:



  1. Call pukul 4 pagi hampir setiap malam.

  2. Perkataan kegemaran dia “Buktikan..buktikan yg u sayangkan I, datang rumah I mlm nih jugak, tolong baiki komputer I”.

  3. Ada juga yang bertanya sama ada suami ku mampu memberikan nafkah batin atau tidak.


Pelbagai perangai, pelbagai sikap. Ada yang berani add aku dan suami di FB. Ada yang berani add suami sahaja dan tidak berani add aku. Semuanya yang datang silih berganti hingga aku pun dah lost count berapa orang sebenarnya.


Terkini, yang paling menarik hari ini aku menerima satu email dari seorang perempuan. Dia bertanyakan 3 soalan dan inilah jawapan yang ku berikan.


1) mengapa beliau ingin mencari isteri ke2?


Sebab utama adalah kerana beliau ingin mempunya zuriat beliau sendiri. Ini kerana sehingga kini, telah lebih 12 tahun kami mendirikan rumahtangga, namun kami masih belum dikurniakan dengan zuriat. Jangan di tanya tak berusaha ker? Apa lagi usaha yang belum kami buat. Boleh rujuk di sini


 ummiadam.teratakrindu.net/?p=23.


Keduanya, adalah sebagai pembantu dalam urusan kekeluargaan. Sebagai contoh, baru2 ini, saya perlu pergi kursus dan bermalam di hotel. Pada masa yang sama, suami saya pula di masukkan ke hospital sebab sakit kaki. So siapa yg akan menjaga anak angkat kami di waktu malam, menghantar dan mengambilnya dari tadika dan menguruskan makan dan minumnnya sewaktu ketiadaan ayah dan ibunya di rumah?


 Oleh itu, salah satu syarat untuk menjadi madu saya mestilah tinggal dan bekerja di kawasan lembah kelang.


 2) Mampukah beliau dari segi nafkah zahir? sy tidak memandang poligami ini sesuatu yg salah sekiranya lelaki itu benar2 mampu dari sudut kewangan...


Istilah mampu itu terlalu subjektif sebenarnya. Jika saudari mengimpikan kediaman, kenderaan, perhiasan intan berlian, percutian dan sebagainya yang serba mewah, minta maaf, suami saya bukanlah orangnya.


Dengan pekerjaan sebagai seorang IT Exec di syarikat swasta yg ternama, dengan kos hidup di KL yang semuanya memerlukan wang, untuk hidup serba sederhana, insya-Allah saya yakin suami saya mampu. Yang penting adalah sama-sama bekerja dan menyumbang kepada ekonomi keluarga dan ummah.


 3) Adakah akak benar2 redha bermadu?


Suami saya bukanlah hak milik saya seorang. Sekarang pun memang saya telah berkongsi suami saya dengan ibu dan keluarganya, rakan-rakannya dan juga pekerjaannya. So saya rasanya saya tiada masalah untuk berkongsi suami saya dengan seorang lagi orang lain. Dengan syarat BENAR-BENAR BERKONGSI. Bukannya bermaksud dia ingin memiliki semua sekali. Tolak ansur adalah cukup penting dalam kehidupan berpoligami. Sebagai contoh, andainya anak angkat kami sakit dan memerlukan ayahnya di sini, adakah saudari rela mengizinkan giliran yg sepatutnya untuk saudari demi memenuhi keperluan anak kecil ini. Dan andainya, saya perlu outstation, dan anak ini sakit dan perlu dimasukkan ke hospital, adakah saudari rela bercuti demi untuk menjaga anak tiri saudari di hospital?


Dalam keluarga kami, kami mengamalkan konsep berapa banyak yang mampu di beri, bukan berapa banyak yang dapat. Pemberian ini bukan setakat wang ringgit sahaja, tetapi juga masa, tenaga dan kasih sayang.


Jika saudari merasakan sanggup, so welcome to our family. Sebelum itu jemputlah add saya dan suami ke dalam FB dulu untuk saling mengenali fikrah dan aktiviti-aktiviti seharian kami.


 So sama-samalah kita tunggu apakah perkembangan selanjut selepas ini. Adakah beliau benar-benar redha dan sanggup bermadu?


Tunggguuuuuuu


bersambung di sini






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS