Pada 27/12/2008, kami semua ke Bukit Tinggi buat kali ke 2. Kalau dulu cuma berdua, kali nih ber 4, sekali dengan wan dan Adam Harith semestinya.
Bukit Tinggi kali ke 2.

Cerita-cerita Sedih
Hari ini hari isnin, hari pertama di minggu baru. Aku bertekat untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh, dan melupakan segala kemarahan dan kebencianku minggu lepas. Pukul 10 pagi aku ada meeting dengan orang-orang dari JPA, Putrajaya. Salah seorang dari orang yang sepatutnya hadir tidak menghadiri mesyuarat tersebut. Bila ditanya, kawannya mengatakan di MC untuk waktu yang lama, Lalu ringan jer mulut bertanya, kenapa? Ada apa masalah ker? Hampir menitis air mataku bila diberitahu bahawa kakak berkenaan keguguran, buat kali ke 2 katanya. Yang kesiannya kakak tersebut telahpun berumur 38 tahun, dan hingga ke saat ini belum lagi memiliki sebarang zuriat sendiri, dan kini keguguran pula. Dapat kubayangkan betapa pilu dan hancurnya hatinya. Semoga dia cukup tabah menghadapi dugaan ini.

Semalam, my hubby ada mendapat e-mail daripada group SIM, seorang yang mengidap endometrosis yang baru sahaja menjani pembedahan membuang rahim dan segala organ peranakkan dan bertanya bagaimanakah caranya untuk mendapatkan anak angkat. Disebabkan aku juga mengidap endo, maka my hubby menyuruh aku yang menjawapnya. Dan my hubby juga menyuruhku buat appoiment dengan Dr Prof Zainul semula untuk mengubati endo aku yang semacam ada semula.
Teringat kes tahun lepas, dimana seorang kawan di bangunan ini juga tetapi berlainan department yang menghadapi masalah yang sama, dan berjumpa dengan doktor yang sama. Sekali aku terserempak dengan dia, dia sempat bercerita buat seketika. Lepas menjalani pembedahan, entah dimana silapnya hingga ususnya membengkak dan pecah. Akibatnya 2 minggu dia koma dan 4 bulan MC. Entah kenapa terdetik jer hari nih nak call dia dan bertanyakan apakah yang sebenarnya berlaku tahun lepas. Tetapi..orang yang menjawap telepon memberitahu bahawa dia MC untuk beberapa ketika sebab menjalani pembedahan di Hospital yang sama, under doktor yang sama lagi. Sama-samalah kita doakan dia selamat dan tak ada komplikasi macam tahun lepas lagi.
Menyebabkan aku semakin ngeri...
Akukah berubah, atau zaman yang berubah
"Minum apa tuh?".."Ribena, mak kata minum nih bagus".."Minta sikit".."Boleh..sikit saja tau"..Hmmmmm.
A & W, A & W, A&W
Tulah 2 iklan terkenal zaman aku sekolah dahulu, dan masih lagi aku ingati hingga ke hari ini. Aku tau Ribena tu sirap dan A&W tuh ayam, cuma tak pernah terdetik dihatiku nak minta pada ayah untuk membelikannya. Mungkin sebab dah biasa, makan jer apa yang ada. Apa aku nak kisah sangat, nak makan, beras kami tanam sendiri, nak ikan tangkap jer di sawah, telaga atau parit. Nak sayur petik jer keliling rumah. Bersih dan berzat. Makanan kegemaran aku, ikan keli bakar cicah air asam mempelam, sayur keladi masak asam pedas/masak lemak dan juga kangkung atau pucuk ubi rebus dan ulam daun selum cicah sambal belacan. Setiap pagi mak mesti buat kuih untuk sarapan dan lebihnya untuk dibawa bekal ke sawah.
Pernah sekali jer aku minta, nak makan roti (bukannya Gardenia atau High5 pun). Arwah ayah kata kita tak boleh dapatkan roti tuh hari-hari dan kalau beli pun tak tahan lama sebab rumah kita tiada peti sejuk. Jangankan peti sejuk, lampu kalimantang dan air paip pun tak ada semasa arwah ayah masih ada. Arwah ayah menyahut panggilan Ilahi ketika aku berusia 12 tahun. Setahun lepas itu barulah ada bekalan elektrik. Barulah aku kenal apa itu iron dan juga rice cooker.
Tingkatan 4 aku ke Perlis, kemudian ke Kedah semasa matrikulasi dan lepas tuh selama 5 tahun di Pulau Mutiara. Masa tuh mak juga masuk universiti di Pondok Sungai Bakap. Tamat belajar di Universiti aku berdaftar sebagai warga kota. Dari setinggarden di Taman Datu' Haron, ke Seksyen 17 Petaling Jaya, Pinggiran Batu Caves, Seksyen 25 Shah Alam, hinggalah ke Kepong bila aku bergelar isteri orang. Sedar tak sedar, dah jadi tradisi, lepas gaji jer baru beli semua keperluan dapur di pasaraya besar. Sebut jer jenama apa, semuanya ada. Yang utama pilihanku pastilah keluaran bumiputra, yang lazat dan bermutu tinggi. Tanpa aku sedari, KESETIAAN JENAMA menjadi sebahagian dari hidupku. Sesekali pulang ke kampung, guna jer apa jer barang yang mak dah beli. Pada mak tiada istilah jenama, colgate adalah ubat gigi, sabun lux adalah sabum mandi, sabun fab adalah sabun basuh dan maggi adalah mee segera. Opss ada satu lagi, chekedis..adalah untuk semua jenis jajan atau snack.
Sehari sebelum raya hari, mak minta aku belikan ayam, serbuk kari dan serbuk kunyit dipasar sari yang di adakah setiap hari ahad. Pastinya aku nak beli jenama kegemaranku. Puas aku menyelongkar kotak apek yang menjual barang dapur tuh, tapi yang ada cumalah serbuk kari dan serbuk kunyit 'cap ayam'. Mahu tak mahu terpaksalah beli juga. Dalam perjalanan balik ke KL pula, my hubby minta belikan jajan jenama M dan air jenama D. Puasku cari, tapi jenama yang diminta TIADA. Untuk tidak menghampakan beli jugalah jenama lain janji halal. Menyebabkan aku terfikir seketika, akukah yang telah berubah kerana begitu mementingkan jenama product makanan atau zaman yang telah berubah. Yang nyata hingga sekarang A&W masih belum ada restaurant dipekan-pekan kecil berhampiran kampungku. Cuma tak pasti apakah air Ribena ada di kedai2 runcit yang berhampiran.

Perancangan yang penuh kejutan dan dugaan.
Sepanjang 2 minggu nih terlalu banyak betul kejutan yang benar-benar menguji kesabaran dan kekuatanku. Bermula dengan pagi Isnin 10/11/2008. Ada seorang adik tuh bagitau "Kak E, Kak Z, Kak M EL sebab anak dia sakit". Satu statement yang pada mulanya aku anggap biasa, rupanya terlalu luar biasa bila kak E kata, " Z, since M tak boleh gi Kuantan, u lah yang kena pergi ikut I, minta diorang tolong arrange flight u besok". Hah Kuantan? 4 hari 3 malam, aduhai. Rasanya penat balik dari Melaka hujung bulan Oct dan Kuala Lipis pada 3/11 pun belum hilang lagi. Dalam salah satu taklimat, semasa sesi soal jawap, kami ditanya oleh seorang peserta dengan soalan 'killer' dengan nada yang benar-benar menguji kesabaran. Nasib baik tugas aku haritu, cuma menjaga mouse dan keyboard sahaja. Tak dapat aku bayangkan kalau microphone itu aku yang pegang dan aku yang sedang berdiri di sana. Syukur sebab selama aku bagi taklimat, belum pernah dihujani dengan soalan-soalan killer seperti ini. Nasib baik penceramah cukup pandai menangani individu dan permasalahan tersebut. Minggu ke 3 bulan Nov. Pagi isnin, pukul 8.30 pagi, aku diarahkan untuk bagi breafing yang akan di adakan pukul 10 pagi. Really a short notice. Sabar ajer lah. Teringat pada kata2 seorang kakak di MMSCB dulu, Que Shera Shera, What ever will be, will be. Hari selasa dan rabu, diadakan kursus di Hotel area Chow Kit. Aku sebagai facilitator. Memang ada bilik untuk aku tidur dan berehat, tapi aku memilih untuk balik rumah. Cukuplah minggu lepas aku meninggalkan suami dan anak. Pagi selasa, masuk-masuk aku ke dalam kelas, aduh semput nafas aku. 30 orang berhimpit-himpit dalam kelas itu. Dengan wayer computer, network dan extention yang berselirat, air cond pula tidak berapa kuat. 2 switches diletakkan dibawah kerusi peserta yang didepan sekali. Berapa kali network tercabut sebab tertendang. Lepas lunch, beberapa kali seluruh PC termasuk server latihan tersebut asyik black-out. Tak cukup dengan computer, bilik kuliah tersebut juga beberapa kali bergelap. Akhirnya penyelaras kursus membuat keputusan kursus petang ini ditangguhkan dan akan bergabung dengan peserta kursus keesokkan harinya. Pagi rabu, bilik kuliah telah agak besar. Peserta ada 20 orang sahaja. Semuanya berjalan lancar. Pukul 10 pagi penyelaras bagitau petang nih ada vendor lain yang akan pasang computer. Lepas lunch, kelihatan 30 extra PC, tapi bila nak digunakan baru perasan yang tiada network ke server. Demi mencapai hasrat untuk menimba ilmu baru, semua peserta ini berhimpit2. 50 orang lebih berkongsi 20 PC. Dengan segala kesukaran, kursus berjaya juga dijalankan. Sebenarnya pukul 4 petang vendor pertama berjaya mendapatkan 2 switches dan network cable, tapi apalah gunanya nak setup, kalau kursus dah hampir berakhir. Hasil perbincangan aku dengan penyelaras, hotel sales manager, pembekal-pembekal computer, inilah kesimpulannya yang perlu diambil perhatian supaya perkara yang sama tidak berulang.
|

Oktober dan November:- bulan penuh aktiviti
Bulan ini, adalah bulan yang paling sibuk dan meletihkan bagi diriku, terutamanya bila hujung minggu dan juga cuti umum. Bermula dengan 30/9/2008 iaitu sehari sebelum raya, dimana aku bersama-sama 2 orang adik ipar dan dipantau oleh ibu mertua menyediakan juadah untuk berbuka puasa dan juga jamuan raya. Nasi minyak, rendang ayam, ayam masak merah, sayur goreng jawa dan juga laksa.
Jadual tugasan luar
Dah berapa hari, kerja aku untuk mengesahkan jadual lawatan ke pusat-pusat Pentadbiran. Call pusat-pusat yang berkenaan, sudi tak menerima kami pada tarikh yang telah ditetapkan. Kami dah ada jadual kami sendiri, mengikut route yang cantik, supaya tidak perlu pergi ke tempat yang berhampiran berulang kali. Dan hasilnya, untuk aku sendiri adalah seperti berikut:
Aduh, setiap minggu aku perlu keluar, (walaupun ada yang tidak perlu bermalam, seperti di Kuala Lipis dan juga Seremban). Sabar jer lah. Terasa juga tidak adilnya, tapi apakah daya, 'Saya yang menurut perintah'. Tapi cuma bulan 10 sahaja, dan bulan 11 dan bulan 12 aku dikecualikan dari keluar. Aku tak kisah walaupun nama aku tidak naik untuk ke Sabah. Tiada hati yang terluka, sebab dari Perlis hingga ke Sabah, telah kujejaki. Kalau dulu aku cukup seronok bila kena tugas luar. Seronok dapat tengok tempat2 baru dan juga shopping benda-benda yang menjadi identiti di sesuatu tempat. Walau bagaimanapun, selepas bergelar seorang ibu, priority aku telah berubah. Jika boleh tak mahu ada tugas luar langsung. Namun tuntutan tugas tak mampu dielak. Dulu dah pernah aku tulis surat minta tukar bahagian. Dapatlah transfer 3 bulan setengah jer. Atas nama 'Demi kepentingan organisasi' aku ditukarkan bahagian sekali lagi, kerana sistem nih dulu aku yang buat. So sekarang aku yang mengajar pengguna lain. Akhirnya aku akur, aku telah ditakdirkan untuk selalu ada tugas luar. Mujur aku ada suami yang cukup penyanyang dan bertangungjawap, sanggup menjaga Adam sendirian bila mana panggilan tugas memaksaku meninggalkan rumah di waktu malam. |

Tuh semua event un-official hujung minggu. Syukur Alhamdulillah, banyak perancangan official aku terpaksa di tunda. Antaranya lawatan kerja aku ke Kuala Lipis, Alor Star dan juga Seremban. Betullah, kita merancang, Allah pun merancang dan pastinya perancangan Allah yang paling lengkap dan sempurna. Hujung minggu ini, kami juga merancang untuk makan di Nasuha Herbal Restaurant. Selain daripada itu ingin juga berdating di Nasuha Herbs And Spice Paradise. Harapnya apa yang dirancang menjadi kenyataan, insya-Allah. |
Jadual tugasan luar
Dah berapa hari, kerja aku untuk mengesahkan jadual lawatan ke pusat-pusat Pentadbiran. Call pusat-pusat yang berkenaan, sudi tak menerima kami pada tarikh yang telah ditetapkan. Kami dah ada jadual kami sendiri, mengikut route yang cantik, supaya tidak perlu pergi ke tempat yang berhampiran berulang kali. Dan hasilnya, untuk aku sendiri adalah seperti berikut:
Aduh, setiap minggu aku perlu keluar, (walaupun ada yang tidak perlu bermalam, seperti di Kuala Lipis dan juga Seremban). Sabar jer lah. Terasa juga tidak adilnya, tapi apakah daya, 'Saya yang menurut perintah'. Tapi cuma bulan 10 sahaja, dan bulan 11 dan bulan 12 aku dikecualikan dari keluar. Aku tak kisah walaupun nama aku tidak naik untuk ke Sabah. Tiada hati yang terluka, sebab dari Perlis hingga ke Sabah, telah kujejaki. Kalau dulu aku cukup seronok bila kena tugas luar. Seronok dapat tengok tempat2 baru dan juga shopping benda-benda yang menjadi identiti di sesuatu tempat. Walau bagaimanapun, selepas bergelar seorang ibu, priority aku telah berubah. Jika boleh tak mahu ada tugas luar langsung. Namun tuntutan tugas tak mampu dielak. Dulu dah pernah aku tulis surat minta tukar bahagian. Dapatlah transfer 3 bulan setengah jer. Atas nama 'Demi kepentingan organisasi' aku ditukarkan bahagian sekali lagi, kerana sistem nih dulu aku yang buat. So sekarang aku yang mengajar pengguna lain. Akhirnya aku akur, aku telah ditakdirkan untuk selalu ada tugas luar. Mujur aku ada suami yang cukup penyanyang dan bertangungjawap, sanggup menjaga Adam sendirian bila mana panggilan tugas memaksaku meninggalkan rumah di waktu malam. |
RAMADHAN PEMANGKIN KUALITI KERJA CEMERLANG
Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin (http://www.ustaz-zamri.com/) Mantop Training & Consultancy / Personaliti TV9. Seperti biasa, hari jumaat ada majlis bacaan Yasin. Dan semperna bulan Ramadhan, ditambah dengan sedikit pengisian. Hari ini bacaan yasin dan kemudiannya ceramah di sampaikan oleh Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin, yang cukup terkenal di TV9. Tajuk ceramah adalah RAMADHAN PEMANGKIN KUALITI KERJA CEMERLANG Ayat Al-Quran surah al-baqarah ayat 183.
A. AKIDAH Percaya kepada rukun iman yang 6 PERCAYA KEPADA HARI QIAMAT
Selalunya orang cuma percaya kepada Qada dan Qadar/takdir bila berlaku perkara yang buruk, contohnya bila berlaku musibah, gagal dalam peperiksaan atau perkahwinan. Sebaliknya jika Berjaya dalam peperiksaan adalah kerana diri sendiri yang rajin belajar, menghadiri kelas tambahan atau bertanya kepada guru. B. SHARIAH Ayat Al-Quran Surah At-taubah ayat 105

Kenangan ramadhan
Tahun 2008, tahun ke2 aku berpuasa sebagai seorang ibu, tahun ke 4 sebagai pekerja sektor awam dan tahun ke 8 sebagai seorang isteri. Banyak perbezaan dan kenangan antara tahun ke tahun. Masa masih berstatus pelajar, aku cuma meninggalkan terawikh bila 'Allah Bagi Cuti-ABC'. Jika tidak, pastinya ada akan sentiasa berjemaah, bermula dari MRSM Perlis, KM Kulim, USM. Namun bila dah bekerja, lain pula ceritanya. Terutamanya bila dah berstatus isteri. Di awal perkawinan, aku bekerja di Shah Alam dan suami bekerja di Putrajaya. Kebetulan sewaktu bulan puasa, kereta suami tersadai di bengkel akibat dilanggar dari belakang. So setiap hari aku menunggu suami menjemputku di Shah Alam dari Putrajaya, untuk meneruskan perjalanan kami ke rumah di Kepong dengan kereta kancilku. Kerapkali juga kami cuma mengalas perut dengan kurma dan air dalam kereta, sebelum tiba untuk berbuka di rumah ibu mertuaku. Kami tinggal tidak jauh dari rumah ibu mertua sebab suamiku anak sulung, masih bertanggungjawap menjaga ibunya yang memerlukan suntikan insulin 2 kali sehari. Tahun 2004, aku mula kerja dengan kerajaan bila kontrak di MRCB Multimedia tamat. Pergi dan balik naik komuter. Kuranglah terasa jemnya. Tahun 2005, Ramadhan ku di sambut di Negeri Che Siti Wan Kembang, lantaran tugas yang memaksa. Dan pertengahan Ramdahan dugaanku semakin hebat. Pada 18/10/2005 aku menjalani pembedahan kerana apendix. Lama juga aku tidak berpuasa lantaran perlu menjaga makan untuk memastikan lukaku cepat sembuh. Tahun 2006, tahun ini adik iparku pula terlibat dalam kemalangan hingga tulang pehanya patah. Akibatnya, bukan sahaja kami berbuka, malah bersahur juga di rumah ibu mertuaku. Pukul 4 pagi, suami perlu menyuntik ibunya sementara aku menyediakan keperluan untuk semua bersahur. Setelah semuanya bersih barulah kami pulang untuk pergi ke pejabat. Tahun 2007, tahun pertama aku berpuasa sebagai Ibu Adam Harith. Semuanya sempurna hinggalah 1/10/2007 bilamana Adam di masukkan ke ward. Kisah Adam di ward Adam keluar dari ward 2 hari lagi nak raya. Tanpa sebarang persediaan, kami menyambut raya di Putrajaya. Tahun ini, perancangannya semuanya cukup sempurna. Aku dah ubah jadual, masuk pukul 7.30 pagi, so pukul 5.30 dah boleh sampai rumah. Baju raya semua dah sedia. Harapnya raya tahun ini yang paling meriah dengan kehadiran dan keletah Adam. Cukuplah rasanya berulang alik ke Damansara Specialist Hospital, setiap tahun. |

Kasih disemai, sayang dituai, Semakin hari semakin sayang
Tanggal 21 Jun 2008, sekali lagi ayah adam dan ibu adam meninggalkan dunia keibubapaan dan memasuki dunia suami isteri. Awal pagi lagi, adam telah dihantar ke taska dan kami bergerak dari kepong ke Shah Alam untuk menyertai Kursus Mahligai Kasih yang akan dikendalikan oleh “Pak Utih” anjuran JIM Selangor di Dewan Sri Impian, Hotel UiTM Shah Alam.
Menyelusuri kenangan silam, kira kira 3 tahun yang lalu, pada 19 Jun 2005, kami menanda tangani satu memorandum persefahaman untuk menghidupkan nilai nilai yang kami kongsi bersama demi mencapai wawasan keluarga yang abadi untuk membelai kasih sayang di antara kami suami isteri. Manifestasi hasil dari Kursus Mahligai Kasih 2005 dan sepanjang tempoh itu, ayah adam dan ibu adam cuba menjadi pasangan yang mengamalkan nilai nilai yang kami fikirkan terbaik. Bagaikan lirik nyanyian P Ramlee, “Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri” , Gelora badai ribut taufan memang melanda namun semuanya telah diduga dan dijangka. Kursus Mahligai Kasih 2005 telah memberikan sedikit tips dan panduan untuk menghadapinya. Dalam kursus tersebut, kami sedar bahawa kami memang berbeza. Ayah adam seorang lelaki dan ibu adam seorang wanita yang mempunyai hardware dan software yang tersendiri. Hanya melalui komunikasi yang effektif sahaja, kita boleh mengenali antara satu sama lagi. “Tak kenal maka tak cinta”, rasanya kami telah buktikan bahawa memang betul. Sepanjang tempoh 2 tahun kami bercinta sebagai sepasang suami isteri yang lebih ceria, lebih menyayangi dan lebih memahami antara satu sama lain.
Setelah 2 tahun, kami diamanahkan dengan seorang bayi comel, maka bermula perubahan dalam keluarga dengan gelaran tambahan ibu dan ayah adam. Dari “sayang” ke “cik Kiah@ibu adam” dan dari “abang” ke “ayah adam”. Pejam celik dah hampir setahun kami bergelar ayah dan ibu. Sewak tu ayah adam menerima emel mempelawa ayah adam menyertai Kursus Mahligai Kasih 2008, hati ayah tergerak untuk kembali semula ke tahun 2005. Kembali semula ke kelas yang mengajar kami erti kehidupan suami isteri. Dan ketika ayah adam mencadangkan kepada ibu adam, tak sangka ibu adam bersetuju dengan cadangan ayah adam agar kami meng”refresh” kembali apa yang kami pelajari 2 tahun yang lalu.
Sekali lagi semalam kami bertemu dengan penceramah yang sama, “Pak Utih” namun dengan peserta yang berbeza. Mungkin kerana kami sibuk dengan peranan sebagai ayah dan ibu adam maka kursus kali ini menyemarakkan semula hubungan kami sebagai suami dan isteri. Mengingatkan kami tentang nilai nilai yang penting dalam cinta kami iaitu menyayangi, menghargai dan menghormati antara satu sama lain.
Dalam salah satu sesi kursus berkenaan, kami dikehendaki menulis@menceritakan pengorbanan yang belum pernah kami ceritakan. Dalam sesi tersebut, ayah adam tak mampu nak tulis apa apa pun. Ketika kami diarahkan untuk berkongsi antara satu sama lagi, ayah adam secara spontan memulakan bicara,
“Pada hari ini, ku ceritakan satu peristiwa pengorbananmu yang belum pernah ku ceritakan padamu. Ianya amat bernilai pada diriku. Kejadian berlaku pada awal tahun 2007 ketika kami berusaha untuk memperolehi zuriat dengan kaedah IVF dan ....”
Ayah adam tidak mampu nak meneruskannya dan begitu juga dengan ibu adam. Air mata kami bercucuran tanpa dapat dibendung. Ayah adam sedar dan ayah adam tahu , begitu juga dengan ibu adam sedar dan tahu betapa pengorbanan masing masing dalam menempuhi detik dan ketika itu. Bermula dengan proses IVF, detik detik cemas keguguran bayi yang dikandung oleh ibu adam dan kemuncak kepada pengorbanan tersebut dengan kehadiran bayi yang bernama Adam Harith dalam kehidupan kami. Zahir tak terucap namun masing masing mengerti pengorbanan yang telah dilakukan.
Terima kasih kepada Pak Utih di atas semua tips yang diberi. Insya Allah, kami akan membina Mahligai Kasih kami sendiri. Kasih disemai, sayang dituai, Semakin hari semakin sayang.
Antara gambar gambar yang diambil ketika Kursus Mahligai Kasih.
Hmmm ibu bergambar dengan siapa tu ??? Macam pernah lihat aje.. Kat mana ya??
Dua suami macho ..... Tu dia pak utih .... ( 3 kali jumpa tapi kali ini baru dapat bergambar bersama)