RSS

Oktober dan November:- bulan penuh aktiviti

Bulan ini, adalah bulan yang paling sibuk dan meletihkan bagi diriku, terutamanya bila hujung minggu dan juga cuti umum. Bermula dengan 30/9/2008 iaitu sehari sebelum raya, dimana aku bersama-sama 2 orang adik ipar dan dipantau oleh ibu mertua menyediakan juadah untuk berbuka puasa dan juga jamuan raya. Nasi minyak, rendang ayam, ayam masak merah, sayur goreng jawa dan juga laksa.

1/10/2008
Hari raya. Biasalah lepas solat, bermaaf-maafan, dan kemudiannya mengunjungi sanak-saudara dan jiran tetangga.
2/10/2008
Pukul 5 pagi dan bertolak balik ke Taiping.
3/10/2008
Beraya dirumah sanak saudara dan Taiping dan Parit Buntar.
4/10/2008
Sepupu di Taiping bertunang. Lepas tuh terus balik KL.
5/10/2008
Membasuh dan mengemas. Petangnya ke rumah Jun di Putrajaya.
8/10/2008
Open house calon ketua pemuda UMNO Bahagian Subang
11/10/2008
Perjumpaan Sahabat Interaktif Malaysia, di Restaurent Sate Hj Samhuri, Kajang, Selangor
12/10/2008
Open house di rumah bos husband di Petang Jaya
18/10/2008
Jamuan Raya Apartment Desa Satu, Aman Puri, Kepong.
19/10/2008
Pagi berjogging dan piknik di Taman Metropolitan Kepong. Petangnya pula Majlis Perjumpaan Sempena Hari Raya 'Eidul Fitri Dan Juga Mesyuarat Agung Pra-Penubuhan Kosim Di Kuala Lumpur International Hotel (2.30 – 6.00 ptg)
20/10/2008
Mesyuarat di Rumah Presiden di Bandar Bangi ( 9.00 – 12.00 mlm)
25/10/2008 hingga
26/10/2008
Akan berada di Muar untuk sambutan hari raya di Sek. Men. Sains Muar. Ini kali pertama membawa Adam ke Johor. Mungkin juga akan terus ke rumah saudara mara belah husband yang masih ramai di Rengit. Kami pun masih belum beraya dengan sanak saudara di Johor
2/11/2008
Majlis sumbangsih di The Saujana, Kuala Lumpur.
8/11/2008
Temujanji Adam dengan Dato'Dr Azizi Hj Omar, Pakar kanak-kanak dari Damansara Specialist Hospital.

Tuh semua event un-official hujung minggu. Syukur Alhamdulillah, banyak perancangan official aku terpaksa di tunda. Antaranya lawatan kerja aku ke Kuala Lipis, Alor Star dan juga Seremban. Betullah, kita merancang, Allah pun merancang dan pastinya perancangan Allah yang paling lengkap dan sempurna.

Hujung minggu ini, kami juga merancang untuk makan di Nasuha Herbal Restaurant. Selain daripada itu ingin juga berdating di Nasuha Herbs And Spice Paradise. Harapnya apa yang dirancang menjadi kenyataan, insya-Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan