Bulan ini, adalah bulan yang paling sibuk dan meletihkan bagi diriku, terutamanya bila hujung minggu dan juga cuti umum. Bermula dengan 30/9/2008 iaitu sehari sebelum raya, dimana aku bersama-sama 2 orang adik ipar dan dipantau oleh ibu mertua menyediakan juadah untuk berbuka puasa dan juga jamuan raya. Nasi minyak, rendang ayam, ayam masak merah, sayur goreng jawa dan juga laksa.
Oktober dan November:- bulan penuh aktiviti
Jadual tugasan luar
Dah berapa hari, kerja aku untuk mengesahkan jadual lawatan ke pusat-pusat Pentadbiran. Call pusat-pusat yang berkenaan, sudi tak menerima kami pada tarikh yang telah ditetapkan. Kami dah ada jadual kami sendiri, mengikut route yang cantik, supaya tidak perlu pergi ke tempat yang berhampiran berulang kali. Dan hasilnya, untuk aku sendiri adalah seperti berikut:
Aduh, setiap minggu aku perlu keluar, (walaupun ada yang tidak perlu bermalam, seperti di Kuala Lipis dan juga Seremban). Sabar jer lah. Terasa juga tidak adilnya, tapi apakah daya, 'Saya yang menurut perintah'. Tapi cuma bulan 10 sahaja, dan bulan 11 dan bulan 12 aku dikecualikan dari keluar. Aku tak kisah walaupun nama aku tidak naik untuk ke Sabah. Tiada hati yang terluka, sebab dari Perlis hingga ke Sabah, telah kujejaki. Kalau dulu aku cukup seronok bila kena tugas luar. Seronok dapat tengok tempat2 baru dan juga shopping benda-benda yang menjadi identiti di sesuatu tempat. Walau bagaimanapun, selepas bergelar seorang ibu, priority aku telah berubah. Jika boleh tak mahu ada tugas luar langsung. Namun tuntutan tugas tak mampu dielak. Dulu dah pernah aku tulis surat minta tukar bahagian. Dapatlah transfer 3 bulan setengah jer. Atas nama 'Demi kepentingan organisasi' aku ditukarkan bahagian sekali lagi, kerana sistem nih dulu aku yang buat. So sekarang aku yang mengajar pengguna lain. Akhirnya aku akur, aku telah ditakdirkan untuk selalu ada tugas luar. Mujur aku ada suami yang cukup penyanyang dan bertangungjawap, sanggup menjaga Adam sendirian bila mana panggilan tugas memaksaku meninggalkan rumah di waktu malam. |

Tuh semua event un-official hujung minggu. Syukur Alhamdulillah, banyak perancangan official aku terpaksa di tunda. Antaranya lawatan kerja aku ke Kuala Lipis, Alor Star dan juga Seremban. Betullah, kita merancang, Allah pun merancang dan pastinya perancangan Allah yang paling lengkap dan sempurna. Hujung minggu ini, kami juga merancang untuk makan di Nasuha Herbal Restaurant. Selain daripada itu ingin juga berdating di Nasuha Herbs And Spice Paradise. Harapnya apa yang dirancang menjadi kenyataan, insya-Allah. |