RSS

Bercuti ke Johor

Hari sabtu minggu lepas balik ke Johor, semperna Ipin kawin. Hasrat dihati nak bertolak sebelum subuh. Perancangan Allah lagi sempurna. Kami terjaga pukul 6.30 pagi. Bersiap angkut barang ke kereta, buat sarapan, pukul 8.00 pagi baru bertolak.Kali nih bawa bekal sandwich, so tak kisah sangat tentang sarapan.
Makan tengahhari pula di Bariani Power, Batu Pahat. Lepas lunch baru ke kampong. Kononnya nak kerumah maklong dulu. Tapi sebab rumah baru dan tak cam, terlajak, so pergilah ke rumah pengantin dulu. Lepas berbual ala kadar, kerumah maklong untuk berehat dan menyegarkan diri. Waktu malam makan nasi lauk sup ayam, dgn sayur dan sambal sotong.
Lepas makan khenduri, ingat nak tunggu pengantin, tetiba Adam tersungkur pada meja semasa mengejar buih sabun. Akibatnya benjol dan lebam di dahi. Terus jer kami balik KL, kalau2 ada komplikasi, senang nak ke hospital. Esoknya ke klinik biasa di Selayang. Syukur, doktor kata tak der apa, sebab Adam kelihatan cergas dan ceria.
Hari isnin malam selasa, balik dari makan malam, tetiba perasan cermin kereta Honda dah retak kira2 1 kaki panjangnya. Puncanya kena batu minggu lepas. Jadi pagi selasa hantar kereta ke bengkel untuk ditukar. Paling awal siap petang khamis. Jadi hari rabu dan khamis terpaksalah pergi satu kereta. Pergi suami hantar ke pejabat, balik naik komuter, then naik teksi kerumah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengambil Peluang Melakukan Kebajikan

Ada yang gelisah apabila tiga kali Rasulullah saw. menyatakan akan datang ahli syurga. Dan selama tiga kali itu juga orang yang sama muncul. Beliau adalah Saad bin Abi Waqash. Kegelisahan pun menjadikan Abdullah bin Umar menyatakan diri ingin bertandang ke rumah Saad.

Malam pertama bermalam di rumah Saad, namun hasilnya biasa sahaja. Tidak ada ibadah istimewa yang berbeza dengan yang biasa diamalkan para sahabat lain. Hingga lebih dari dua malam, lantas Ibnu Umar berterus terang. "Saya cuma ingin tahu, amal istimewa apa yang anda lakukan sehingga Rasul menyebut anda ahli syurga," begitulah persolan yang diutarakan oleh putera Umar bin Khathab ini.

Saad dengan tanpa sedikit pun merasa bangga mengatakan, "Tidak ada perbuatan ibadah saya yang istimewa, kecuali, setiap menjelang tidur, saya selalu membersihkan hati saya dari hasad, kecewa, dan benci dengan semua saudara mukmin selama pagi hingga malam. Itu saja!" Itulah jawapan Saad. Sederhana, tapi istimewa.

Berbeza dengan Ibnu Umar, Thalhah pun pernah gelisah. Beliau khuatir kalau sepotong ayat yang baru saja turun berkenaan dengan dirinya. Ayat itu berbunyi,

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui." (QS. 3: 92)
Kisahnya, ada satu kebun kurma subur milik Thalhah yang begitu menambat hatinya. Hampir tiap hari ia berkunjung ke situ. Solat Zuhur dan Asar di situ, tilawah dan zikir pun di kebun indah itu. Ia nikmati kicauan burung, dan pemandangan sejuk hijaunya dedaunan kurma. Menariknya, kegelisahan itu tidak ia tanyakan ke Rasulullah. Tapi, langsung ia infakkan buat jalan dakwah. Subhanallah!

Begitulah para sahabat Rasul. Mereka begitu gelisah ketika diri belum berhasil mengambil peluang kebaikan sepebuhnya. Padahal, peluang itu sudah ditawarkan melalui ayat Alquran yang baru saja turun atau ucapan Rasul. Kegelisahan itu akan terus membuak di hati hingga mereka benar-benar telah mengambil peluang itu dengan sebaik-baiknya. Itulah sikap ihsan yang dicontohkan para sahabat dalam mempamerkan sahsiah seorang da’ie. Mereka begitu menjaga kualiti amal agar tetap the best. Selalu terdepan. Tidak hairan jika semangat fastabiqul khairat atau berlumba berbuat baik begitu memasyarakat di kalangan sahabat Rasul.
Mereka seperti terbingkai dalam sebuah ayat Al Quran tentang generasi pewaris Nabi. Dalam surah Faathir ayat 32.

"Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami. Lalu, di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar."
Sikap ihsan itulah yang menjadikan para sahabat Rasul sensiasa memiliki hubungan harmonis dengan Yang Maha Penyayang, Allah swt. Hati mereka begitu terpaut dengan kualiti ibadah yang serba terbaik. Tidak hairan jika keberkatan kemenangan selalu memancar di setiap aspek perjuangan mereka. Siapa pun yang mereka lawan. Dan apa pun bentuk rintangan perjuangan yang mereka hadapi.

Mereka begitu luarbiasa kerana setidaknya ada tiga kriteria yang mereka miliki.
Pertama, pemahaman dan ketaatan yang begitu utuh terhadap aturan Islam. Mungkin ini wajar kerana Islam yang mereka peroleh langsung dari sumbernya yang pertama, Rasulullah saw.
Kedua, kehausan mereka dengan ilmu selalu terpancar pada perubahan dalam diri dan amal di hadapan manusia. Ini mungkin yang mahal. Mereka belajar Islam bukan untuk sekadar ilmu pengetahuan. Apalagi, sekadar mengumpul ilmu. Tetapi, benar-benar sebagai penuntun langkah yang segera mereka ayunkan.

Dan ketiga, adanya keteladanan dari pihak yang sangat mereka hormati, iaitu Rasulullah saw. Membumi nilai-nilai Islam di tengah masyarakat sangat bergantung kepada qudwah hasanah yang telah dipertunjukan oleh kepimpinan Rasulullah saw, selari di antara kelilmuan, peribadi, ucapan dan perbuatan Nabi saw. .
Allah swt. berfirman,
"Katakanlah, ‘Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (QS. Yusuf: 108)
‘Aku dan orang yang mengikutiku’. Itulah simbol keteladanan yang membuahkan ketaatan dan semangat kerja yang selalu membara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengapa WANITA sangat Istimewa

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.".. i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas... leceh pulak nanti.. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink.. rendam lepas makan tadi.. basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi... check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu... memang dah kering pun flusk ni, jerang la
air... sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong.... salin la gula... check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok.. nasib baik ade lagi... ishh... ni lauk bila ni, semalam... dah beku dah... basuh la kejap.... pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh... penat dah ni, besok je la basuh... sidai kaian lap je lah...

Tik... bunyi air dah masak... salin air dalam flusk... ok settle...baru teringat tak semayang lagi... on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi... nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska... check... baju 2 pasang, towel... towel kecik utk selsama... calamine lotion untuk sapu ruam... pampers 4 keping.... alamak.. telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap... ok settle...

Ternampak pulak beg g keje... emm.. besok nak pakai beg polo coklatlah, asik2 pakai beg hitam ni je... salin jap barang2 beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2.. leceh pulak..
selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti... hishhh sempit la beg ni... hangin je... nak kena beli ni beg baru... rasenya 25 hb ni Sogo sale nih... mana flyers tadi ek... ha ni die.. ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa.. ok settle...

Tetiba dengar suara papa...".. u buat apa lagi tu.. tadi kata nak tido.."....".. yelah nak tido la ni.. nak smayang jap..."Masuk toilet.. buat apa2 yang patut... cuci muka dulu..2 jenis lak tu... adoi.. gosok gigi... smayang... pakai toner... pakai treatment cream... nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak... huhuhuhu...

Bukak almari... emmm... pakai baju hijau ni lah besok... gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni... kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni.. gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.. ishhh ... g dapur, basuh, sambung gosok baju... gantung elok2... kemaskan baju gantung2... masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor... ok settle..

Dgr suara papa lagi...".. i dah ngantuk ni..".. dalam pada nak masuk ke bilik... owh... pokok aku dah nak mati ni ha.. lu pa dah 3 hari tak siram... ok, siram jap... check jap pintu ni... sah tak kunci lagi... grill pun tak tutup.. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah
aku... bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2... masukkan la dalam bakul mainan budak ni...
banyak nya... sampai bawah meja makan pun ade... adoi.... ok dah ...

Ok dah boleh baring... adoi sakitnya pinggang... cium si comel ni kejap... selimutkan die... la.. napa basah ni... emm,tukar la pempers ni... tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la... nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali... ok sayang tido k... kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh.. tido sampai pagi k... gud nite.. sweet dreams...

Aaahh... sedapnya dapat baring... mana pulak lotion sapu kurus aku nih... ha, ni dia... sambil sapu lotion kurus,,, setkan alarm...setkan program kerja besok... pg kul 9.30 ade meeting..ahh... boring... panas pulak lotion nih.. dah la... emm.. sedapnya lelapkan mata... Ya Allah... terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. .. mohon keberkatan dari mu tuhan... papa pun bangun tutup tv..."... i dah ngantuk sangat ni... nak tido lah... citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ... dengar suara papa berkeruh... dah agak dah....

So?.... apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?... SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT.... tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini.... hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KASIH ADIELA

"Assalamualaikum, sayang. Dah lama tunggu?!"
Sapaan Tuah mengejutkan Adelia yang telah lama menanti.
"Waalaikumsalam. Kenapa awak selalu lambat? Ada date ngan orang lain ke?"
"Hmm.."
"Tuah…"
Adelia merengus.
"Selalu macam ni, dari kampus lagi. Awak nak makan apa?"

"Masa kampus, saya lambat sebab saya nak layan ramai aweks. Sekarang saya ada sorang kekasih aje. Jadi sekarang saya sibuk uruskan pasal majlis pertunangan kita. Nak makan apa, sayang?!"
"Sayanglah order dulu, Lia ikut sayang aje."

Adelia menjawab lembut. Dengan senyuman manja, Adelia boleh menggegarkan iman Tuah. Sejak 4 tahun mereka berkawan, 2 tahun lepas. Adelia dan Tuah saling menerima diri masing-masing. Mengikat janji setia sebagai pasangan kekasih. Adelia adalah segala-galanya bagi
Tuah. Walaupun Adelia, anak yatim dan serba kekurangan. Tuah tidak pernah kisah, bagi Tuah. Hanya Adelia insan yang boleh menceriakan hidupnya.

"Tuah beruntung sebab ada sayang."
"Lia pun, Lia sayang Tuah."
"Kita kahwin."
"Memanglah, kitakan dah janji."
"Lia, hari raya keempat kita bertunang. Hari raya kelima lepas tu kita kahwin. Amacam?!"
"Tuah, kan ke kita nak ikut planning umi? 3 bulan lepas tu baru kahwinlah."
"Tak bolehlah, lama sangat. Tak sabar nak memiliki Lia."
"Iyalah tu!"
"Lepas tu kita dapat baby, Tuah nak anak kembar. Boleh ke, sayang?!"
"Boleh… Tapi ada syarat. Lia nak majlis tunang Lia nanti. Lia nak mawar putih dalam setiap hantaran. Lia tak nak Tuah datang. Biar Umi aje yang datang. Sarungkan cincin, Tuah takyah datang ya."
"Tuah nak datang, nak tengok sayang."
"Boleh… Tapi tak boleh anak kembar lah."
"Adelia."

Adelia ketawa, seronok mengenakan buah hati kesayangannya. Tuah menjuih bibir. Hubungannya dan Tuah dibajai Adelia dengan kejujuran dan ketulusan. Malah dia dan Tuah sama-sama menjaga batas-batas hubungan dan kepercayaan antara mereka. Itulah yang mengukuhkan cinta yang disemai sejak 2 tahun lalu.

* * *

"Terima kasih, Tuah. Penuhi permintaan Lia."
"Kalau tak sebab nak anak kembar, abang terpaksa batalkan niat nak tengok Lia jadi milik abang."
"Abang?!"
"Iyalah, sayang. Dah jadi tunang. Sayang kena panggil abang tau. Abang pulak akan panggil Adelia, sayang."
"Abang, Lia sayang abang. Lia suka mawar putih tu. Lia nak simpan sampai bunga tu layu dan kering. Selagi bunga tu tak hancur, selagi itulah cinta Lia pada abang."
"Terima kasih, sayang. Abang bagi 8 kuntum kan?"
"Apalah abang ni, 12 kuntum. Lia nak tanya abang, kenapa bagi gelang dan rantai sekali? Membazir aje."
"Untuk sayang, nyawa pun abang sanggup gadaikan. Oklah sayang. Abang ada kerja sikit. Sayang bila nak balik KL? Abang rindu."
"Lia ada cuti 6 hari lagi. Esok Lia nak ke hospital."
"Kenapa?!"

Tuah cemas. Terdengar tawa manja Adelia.

"Lia nak buat medical check up. Nak kena hantar masa pendaftaran Master nanti."
"Ooo… Sayang buat abang risau. Jaga diri, sayang. Tidur awal tau.
Jangan buat kerja berat-berat. I love you."
"Lia pun."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."

Tuah mematikan talian, video yang diambil Tajol di hari pertunangan Adelia ditonton lagi. Sejak Tajol dan keluarganya kembali ke KL semalam, video itu hampir setiap hari ditontonnya, kemanisan dan keayuan Adelia di hari pertunangannya. Adelia sudah memakai tudung, itu janjinya andai dia dan Tuah bertunang. Segala-galanya milik Tuah, Tuah bersyukur. Adelia insan yang paling memahaminya. Malah hubungan mereka direstui oleh adik beradik Adelia dan keluarga Tuah. Busana putih susu yang digandingkan dengan warna keemasan, menambahkan
keayuan dan kecantikan Adelia. Tuah tersenyum, bangga bila mengenangkan Adelia sudah bergelar tunangannya. Dulu dia tidak pernah menghargai Adelia. Adelia hadir di sisinya
sebagai teman paling rapatnya sejak di semester satu. Dia dan Adelia saling menjaga antara satu sama lain. Adelia tidak pernah berkecil hati dengan Tuah bila Tuah mendampingi gadis lain. Bagi Adelia, Tuah tidak lebih dari seorang kawan, begitu juga Adelia. Hinggalah di tahun akhir pengajian, Tuah mulai menyedai kehadiran Adelia, itupun tatkala Adelia sering menceritakan tentang perancangan Along nya untuk menjodohkannya dengan Dr Hakimi. Sepupunya. Tuah mulai cemburukan Adelia. Lantas sebaik mereka menerima Ijazah di hari graduasi, Tuah
menyatakan hasrat hatinya pada Adelia, ternyata cinta Tuah disambut gembira oleh Adelia. Tuah bersyukur.

"Lia, Tuah rindu."

* * *

"Maafkan Lia, Tuah."
"Kenapa?! Kenapa?! Buat abang macam ni?!"
"Lia tipu awak selama ni, Lia tak pernah sayangkan awak. Lia hanya anggap awak macam kawan. Tak lebih dari tu.Lia dah tak boleh menipu diri Lia lagi. Lia penat membohongi perasaan Lia dan mainkan perasaan Tuah."
"Tipu?!! Kau tipu aku!!! 2 tahun kau kata kau main-main. Jangan bodohkan aku, Lia!!!"
"Lia memang tipu kau, Lia sayangkan Hakimi. Lia baru sedar yang selama ni, hati Lia untuk Hakimi bukan untuk Tuah. Maafkan Lia, Tuah."
"Kau malukan Umi, kau malukan keluarga aku. Apa salah kami kau buat kami macam ni?!"
"Lia tak sanggup menipu lagi, Lia tak sanggup hidup susah dengan Tuah."
"Adelia!!!"
"Lia orang susah, Lia dah serik hidup susah selama ni. Bisnes Tuah belum tentu boleh menampung hidup Lia dan anak-anak nanti."
"Cukup!!! Aku tak nak dengar semua tu lagi."
"Ni jemputan Lia. Lia harap Tuah boleh datang."

Adelia cuba berlalu, Tuah merentap lengan Adelia. Kasar.

"Aku akan miliki kau sebelum kau jadi milik Hakimi."
"Jangan jadi bodoh, Tuah! Aku jijik dengan sentuhan dan perbuatan kau.Aku jijik!!"

Tuah cuba mencium wajah Adelia dengan rakus. Namun tolakan kasar Adelia mematikan perbuatan Tuah. Adelia merenung wajah Tuah.

"Pandang muka kau pun aku jijik, Tuah. Masakan aku boleh membiarkan kau menyentuh aku, sebab itu selama ini aku haramkan kau sentuh anggota badanku. Walaupun tangan sekalipun. Aku jijik dengan kau dan keluarga kau. Aku jijik!!!"
"Pang!!!"

Airmata yang ditampung sebentar tadi merembes keluar. Bersama keperitan pipi kirinya yang baru disentuh kasar oleh Tuah. Adelia cuba bertahan. Biar pipi kirinya hancur sekalipun, Baginya Tuah tidak memberi makna apa-apa. Tuah insan jijik di pandangan Adelia. Tuah menangisi nasib dirinya, dihina oleh insan yang amat disayanginya. Adelia berlalu tanpa simpati. Tuah memandu pulang, sebaik Umi melihat Tuah. Seisi keluarga menyerbu kearah Tuah.

"Alang, kenapa Adelia pulangkan semua ni? Apa dah jadi?"
"Dia nak putuskan pertunangan, dia dah ada pengganti yang lebih baik."
"Kenapa malukan kita macam ni?! Apa kita nak buat dengan barang-barang ni?"

Dulang hantaran yang pernah diberikan pada Adelia sebulan lepas masih berbungkus rapi. Tuah semakin baran melihatkan hantaran yang lansung tidak terusik.

"Buang semua ni! Aku tak nak tengok semua ni lagi!!"

Serentak itu, Tuah menyepak dan menghancurkan hantaran yang tersusun di ruang tamu rumahnya. Umi dan adik beradiknya cuba menghalang. Namun gagal, segalanya hancur dikerjakan Tuah.

"Betul kau nak pergi Tuah?!"
"Aku nak tengok dari jauh. Aku nak tengok kebahagian Adelia mengahwini Hakimi."
"Tuah, kau jangan menyesal tau. Nanti kau menangis, sapa nak pujuk."

Zali mengusik, mereka tiba di rumah Adelia di waktu tengahari. Penuh kenderaan di susur masuk ke rumah Adelia. Tuah mulai memendam rasa. Zali dan Samad tersengih melihatkan Tuah yang tidak senang duduk. Mereka yang datang berkonvoi 2 buah kereta dari Kuala Lumpur, mulai mencari parking.

"Aku rasa pelik lah, Win."

Shahira dan Azwin mulai pelik bila, melihatkan beberapa orang yang berselisih dengan mereka berkopiah dan kesedihan. Samad dan Zali tidak putus-putus memujuk Tuah.

"Kalau kau tak nak masuk, kau tunggulah. Aku dan Samad nak isi perut. Lantak kaulah Tuah. Sapa suruh datang."

Kawan-kawan Adelia disambut Azim dimuka pintu. Pelik Shahira, Rosma dan Azwin bila tiada pelamin ataupun khemah pengantin. Azim membawa rakan-rakan Adelia ke bilik.

"Abang… Abang Tuah tak datang?! Kak Lia nak sangat jumpa abang Tuah."
"Adelia…"

Terduduk Rosma bila melihatkan tubuh kaku temannya. Hakimi menyambut.

"Lia dah tak nampak dan tak boleh bergerak macam dulu."
"Ya allah! Sejak bila dia macam ni?!"

Samad kembali ke kereta selepas mengetahui keadaan Adelia. Diambilnya yassin dan kopiah.

"Kau nak ikut aku atau tak, Tuah?!!"
"Kenapa pulak?! Kau nak paksa-paksa aku?"
"Aku ulang Tuah, kalau kau tak nak menyesal kau ikut aku Tuah. Adelia dah teruk sangat."
"Mengarutlah. Kau pergilah, sampaikan salam aku pada dia kerana pernah melukakan hati aku." "Kau jangan menyesal!!!"

Tuah kembali menyandar, hairan dengan sikap Samad yang emosional. Sedang asyik Tuah mendengar alunan muzik dari radio. Tingkap kereta diketuk seseorang. Azim?! Tuah pelik.

"Kenapa abang tak masuk?!"
"Abang…. Abang…"
"Kak Lia nak sangat-sangat jumpa abang. Tolonglah, bang. Azim rayu kat kaki abang. Masuklah jenguk Kak Lia. Mungkin ini untuk kali terakhir."
"Abang tak sanggup, dik."

Tuah meraup mukanya.

"Azim tahu, abang dan Kak Lia masih menyayangi antara satu sama lain. Kak Lia kecewakan abang. Azim minta maaf. Tapi Azim minta sangat-sangat, sebelum Kak Lia 'pergi' abang jenguklah dia. Tolonglah."

Azim menangis dan merayu. Tuah pelik, takkan Adelia sekejam ini. Memaksa dirinya untuk menghadiri majlis bahagianya dengan Hakimi. Tuah tak sanggup melihat Adelia bersanding di pelamin bersama Hakimi. Jiwanya hancur setelah diketahui Adelia memainkan perasaannya selama ini. Kali ini, apa pula lakonan Adelia?! Azim masih merayu. Tuah kaku.

"Kak Lia dah nak mati, abang Tuah."

Suara Achik mengejutkan Tuah. Tipu?! Adelia gadis riang, yang tak pernah bersedih. Tak pernah menangis atau kecewa. Adelia gadis riang yang hanya tahu ketawa dan tersenyum. Mana mungkin Adelia akan mati. Tak mungkin?! Ini hari bahagia Adelia dan Hakimi.

"Abang tak percaya?! Kak Lia dah nazak. Kak Lia nak jumpa abang. Untuk kali terakhir."
"Adelia!!!"

Tuah meraung, tangga kayu rumah Adelia dipanjat. Semua orang pelik dengan tindakan Tuah. Mencari-cari Adelia, Tuah semakin lemah bila kedengaran bacaan Yassin dalam segenap ruang di rumah usang milik Adelia. Tuah gagahkan diri, bertahan menghadapi kenyataan. Hakimi
memeluk Tuah. Erat. Seolah antara mereka berkongsi kesedihan yang sama. Tuah cuba menghampiri bilik Adelia.

"Kau jangan tipu aku, Kimi. Jangan mainkan aku seperti mana Adelia mainkan perasaan cinta aku padanya."
"Sabar, Tuah. Adelia bukan milikku. Dan bukan jua milikmu. Adelia akan tinggalkan kita bila-bila masa."
"Lia…."

Tuah terjelepok di lantai. Hakim membantu Tuah menghampiri Adelia yang kaku. Tanpa suara ataupun pergerakan, hanya mata membuntang memandang ke atas. Adelia masih mampu tersenyum.

"Lia… Tuah datang."

Rosma dan Azwin yang menemani Adelia di kiri dan kanan berbisik ke telinga Adelia, airmata Adelia menitis. Menyambut kehadiran Tuah. Tuah kaku, takut menerima hakikat Adelia akan pergi untuk selamanya. Along, Angah dan beberapa orang lain hanya mampu mengalirkan airmata.

"Tuah…. Tuah…."

Bibir Adelia bergerak-gerak memanggil Tuah. Tuah mengucup tangan Adelia. Jutaan keampunan Tuah rayu dari Adelia, namun hanya kesepian yang melanda.

"Lia, Tuah datang. Berbicaralah dengan Tuah, sayang. Kenapa Lia tak beritahu semua ni pada Tuah?!"
"Tuah… Maafkan Lia."

Gerakan bibir Adelia menambah sebak di dada Tuah. Airmatanya mengalir. Tiada lagi suara manja Adelia.

"Sejak 2 hari lepas Lia dah tak boleh bercakap, Tuah. Malah Lia dah tak boleh melihat. Sekarang Lia hanya boleh mendengar. Berbicaralah dengan dia, Tuah. Dia nak sangat jumpa kau."

Hakimi memegang bahu Tuah. Hakimi membawa diri, keluar dari bilik Adelia. Tak sanggup melihat kemesraan antara Tuah dan Adelia.

"Lia, aku minta maaf. Jangan tinggalkan aku, Lia."

Pipi Adelia yang cengkung, diusap lembut oleh Tuah. Menyesal, kerana pipi itu pernah menjadi tempat singgahan tamparan kasarnya.

"Tuah… Terima kasih kerana datang."

Adelia tersenyum, bibir yang dulunya sentiasa merah dan tersenyum. Kini ianya pucat dan kering. Malah pecah-pecah akibat Adelia yang terlantar sejak beberapa minggu lalu. Adelia menarik nafas. Masing-masing mulai khuatir. Hakimi kembali ke bilik, bila Along mulai
memanggil.

"Izinkan Lia pergi. Masa Lia dah sampai, Lia nampak abah dan ibu. Along… Angah… Maafkan Lia."
"Mengucap Lia. Mengucap. Along maafkan Lia. Along halalkan semuanya."

Masing-masing menangis hiba. Sukar untuk dilepaskan pemergian seorang teman sebaik Adelia. Rosma memeluk Adelia erat. Pipi Adelia dicium, airmata sudah berhamburan keluar. Tiada kata-kata yang boleh diluahkan lagi, melainkan melepaskan Adelia pergi dengan aman. Selesai kalimah syahadat di lafaz oleh Adelia, Adelia terus menutup mata. Tuah menangis hiba. Azim dan Achik terus menghilang. Akhirnya Adelia pergi jua.

"Dia tunggu Tuah datang. Dia nak sangat jumpa Tuah. Terima kasih Tuah, sebab sudi datang jenguk Adelia."
"Kenapa Along tak bagitahu Tuah awal-awal lagi?!"
"Adelia tak kasi. Dia kata kau akan datang, aku pernah bagitahu aku akan call kau. Tapi Adelia menegah, dia yakin kau datang. Dia nak minta kau maafkan dia. Dia bagi surat ni untuk kau."
"Aku tak pernah marahkan Lia, Kimi. Aku tak boleh nak benci dia. Dia terlalu baik. Tapi aku yang bodoh! Aku tergamak tampar dia. Aku bodoh!!!"
"Sabar Tuah, kita sama-sama doakan dia. Semoga rohnya aman dan sejahtera di sana."

Angah menghulur Yassin dan kopiah pada Tuah dan Hakimi. Semua teman Adelia sebanyak mungkin menghadiahkan bacaan ayat-ayat suci buat Adelia. Sebaik jenazah selesai ikebumikan, teman-teman Adelia masih setia membantu keluarga Adelia menguruskan majlis arwah untuk Adelia. Tuah dan Azim membersihkan bilik Adelia selepas sehari pengebumian Adelia.

"Azim… Kenapa dengan bunga-bunga kering ni? Mana Kak Lia dapat?!"

Kuntuman bunga-bunga mawar kering tersebut dikutip Tuah. Satu persatu.

"Abang lupa ke?"
Tuah hairan dengan jawapan Azim, kuntuman bunga-bunga kering yang berteraburan di bilik arwah Adelia menjadi tumpuan Tuah.

"Ini 12 kuntuman mawar putih yang abang bagi bersama hantaran pertunangan abang. Abang lupa ke?!"
"Ya allah!"

Tuah meraup muka, kesal kerana tidak pernah terlintas tentang ketiadaan kuntuman mawar putih di setiap dulang hantaran, ketika arwah memulangkan kembali hantaran pertunangan mereka. Tuah cuba menahan diri. Terimbas kembali suara gembira arwah dengan pemberian 12
kuntuman mawar putih tersebut di hari pertunangan mereka.

"Lia… Kenapa seksa abang macam ni?!"

Azim mendekati Tuah. Sukar dimengertikan bagi Azim bila melihatkan reaksi Tuah. Sejak arwah tiada, Tuah lah yang menggunakan bilik arwah. Semua barang-barang arwah dikemaskan oleh Tuah.

"Kalau Azim tahu, Kak Lia dan abang saling menyintai. Azim takkan setuju dengan Along. Azim takkan paksa Kak Lia terima abang Kimi. Sejak Kak Lia putuskan hubungan dengan abang. Kak Lia banyak termenung. Kekadang airmatanya menitis. Kak Lia kerap termenung di beranda. Azim tak tahu, itu petanda bahawa Kak Lia akan tinggalkan kami. Kalaulah Azim tahu, tak sesekali Azim biar Kak Lia menangis. Maafkan kami, abang. Maafkan Along dan Achik. Kami tak tahu."
"Entahlah, Azim. Abang pun buntu. Abang menuduh Kak Lia macam-macam, malah… Malah…Tangan abang singgah ke pipi Kak Lia. Abang bodoh!!"
"Abang…"
"Abang kesal, abang tampar Kak Lia. Abang tak tahu dia sakit. Kalaulah abang tahu."
"Hanya Allah swt Yang Mengetahui, bang. Kita banyak silap dengan Kak Lia. Tapi Kak Lia tak pernah marah, tak pernah berkecil hati."

Selepas seminggu Tuah berada di kampung Adelia, Tuah kembali ke Kuala Lumpur. Bersama surat terakhir pemberian Adelia dan 12 kuntum bunga kesayangan Adelia.

'Assalamualaikum Tuah…
Maafkan Lia, maafkan Lia, Tuah. Setiap malam Lia menyesali kebodohan Lia. Lia hancurkan hati dan impian Tuah. Hidup Lia tak aman, tidur Lia tak lena. Setiap hari Lia ingat tentang pertemuan terakhir kita, pertemuan yang membuatkan Tuah membenci Lia seumur hidup. Hati Lia hancur melihat airmata Tuah tika itu. Tapi apakan daya, biarlah Tuah kecewa hari tu daripada Tuah sama-sama menderitai penyakit yang Lia hidapi tika ini.
Tuah…
Lia minta dari Tuah, lepaskan cinta Tuah kepada Lia. Kita tiada jodoh Tuah. Walau segunung kasih dan cinta Tuah pada Lia. Kuasa Allah swt membataskan segalanya. Lia harap Tuah dapat menerima semua ini. Kita hanya sahabat akrab, dan itulah takdir Allah swt. Pada umi dan
keluarga Tuah, Lia susun 10 jari memohon maaf dari mereka. Andai berkesempatan ingin Lia sujud di kaki setiap ahli keluarga Tuah memohon maaf. Lia kecewakan mereka, Lia minta maaf. Setiapkali Lia sujud menyembahNya, Lia memohon agar tindakan Lia pada Tuah dan
keluarga akan dimaafkan. Masa Lia tidak panjang. Lia memang sayangkan abang Kimi. Abang Kimi separuh dari kehidupan Lia.. Dari Lia mengenal ABC, hingga Lia bergelar graduan. Abang Kimi yang banyak membantu Lia. Lia terlalu sayangkan abang Kimi, seperti Lia sayangkan Angah. Lia sakit Tuah, hidup Lia tak panjang. Esok ataupun lusa, ataupun sebulan akan datang. Lia mungkin akan mengadap Yang Maha Esa. Menghitung dosa dan pahala. Lia di alam sana, Tuah. Sepanjang hidup Lia hanya menerima dari abang Kimi. Kali ini Lia minta Tuah memahami, Lia Cuma mahu abang Kimi menerima sesuatu dari Lia. Lia mahu abang Kimi bahagia dengan memiliki Lia. Ampunkan Lia Tuah. Lia diberi peluang singkat dalam hidup Lia. Dan peluang ini Lia tahu, abang Kimi lebih layak. Maafkan Lia. Dikesempatan ini, Lia tidak tahu bagaimana nasib Lia. Lia masih derita dengan penyakit ini, ataupun Dia telah menjemput Lia. Maafkan Lia dan halalkan segala-galanya.

Sahabatmu,
Adelia.

Tuah melipat surat tersebut. Diselitkan di dalam sebuah kotak beserta 12 kuntuman bunga milik arwah Adelia.

"Tenanglah kau, sahabatku Adelia. Insyaallah. Cinta dan sayang aku pada kau takkan sesekali padam. Maafkan aku Adelia, takkan sesekali aku melepaskanmu."

'Andai tibanya waktu…
Aku harus tinggalkanmu…
Akan aku berlalu bila tiba saat itu…
Tak perlu kau merayu dan tak perlu menahanku…
Segala yang terjadi kehendakNya…'

Tuah memperlahankan radio, senikata lagu tersebut mengayat hati Tuah.
Mengingatkan memori cinta dan persahabatannya dengan arwah Adelia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WHAT IS LOVE

In a classroom there were several kids, when one of them asked the teacher:

- Teacher, what is LOVE ?

The teacher felt the kid deserved the best answer she could give to that intelligent question. Since it was almost time for a break, she asked every student to go around the school and come back with something that would bring the feeling of love.

The kids rushed out the classroom, and when they came back the teacher said:

- So, I want everybody to show what you brought to the whole class.

The first kid said:

- I brought this FLOWER, isn't it beautiful ?

The second kid said:

- I brought this BUTTERFLY. Look at these colorful wings, I am gonna put it in my collection !

The third kid said:

- I brought this YOUNG BIRD. It had fallen with another one from the nest. Isn't it cute ?

And the kids were showing what they brought.

After almost everybody had showed their discoveries, the teacher noticed that there was a kid who had been quiet all the time. She was ashamed because she had not brought anything.The teacher went to her and asked:

- My dear, why haven't you brought anything ?

She then answered in an innocent voice:

- I am sorry teacher. I saw the FLOWER, and felt its perfume. I was going to take it, but I preffered to leave it, so its perfume would last longer and others could feel it. I also saw the BUTTERFLY, soft, colourful..she seemed so happy that I did not want to disturb it. I also saw the YOUNG BIRD that had fallen between the leafs, but as I climbed the tree, I noticed the sad look of it's mother, so I decided to return it to the nest. Therefore, I only bring with me: the perfume of the flower, the feeling of liberty of the butterfly and the gratefulness of the look of the little bird's mother. How can I show you what I brought?

The teacher thanked the young kid and gave her an A, because she was the only one that realized that we can only bring LOVE in our hearts.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Month of Birth & your character – By Dr Fadzilah Kamsah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

learn to live

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

APA PUNCA ANAK DERHAKA….

Just for your information..."renung-renungkan dan selamat beramal...."
Speech by Dr Fadhilah Kamsah, kepada semua ibu-bapa, Bakal menjadi ibu-bapa dan kita sendiri sebagai anak.

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan rergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawantempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. WalaupunAllah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita saying anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi NabiIbrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.
Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.Tips:

  1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga. Pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya . Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  10. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  11. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  12. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  13. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  14. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  15. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
  16. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  17. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  18. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala Cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahundari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasasunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  19. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersyukurlah....

  1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
  2. Untuk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
  3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
  4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
  5. Untuk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
  6. Untuk bunyi bising jiran², kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
  7. Untuk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
  8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
  9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
  10. Untuk jam loceng yg berdering pad waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KASIH ADIELA

"Assalamualaikum, sayang. Dah lama tunggu?!"
Sapaan Tuah mengejutkan Adelia yang telah lama menanti.
"Waalaikumsalam. Kenapa awak selalu lambat? Ada date ngan orang lain ke?"
"Hmm.."
"Tuah…"
Adelia merengus.
"Selalu macam ni, dari kampus lagi. Awak nak makan apa?"

"Masa kampus, saya lambat sebab saya nak layan ramai aweks. Sekarang saya ada sorang kekasih aje. Jadi sekarang saya sibuk uruskan pasal majlis pertunangan kita. Nak makan apa, sayang?!"
"Sayanglah order dulu, Lia ikut sayang aje."

Adelia menjawab lembut. Dengan senyuman manja, Adelia boleh menggegarkan iman Tuah. Sejak 4 tahun mereka berkawan, 2 tahun lepas. Adelia dan Tuah saling menerima diri masing-masing. Mengikat janji setia sebagai pasangan kekasih. Adelia adalah segala-galanya bagi
Tuah. Walaupun Adelia, anak yatim dan serba kekurangan. Tuah tidak pernah kisah, bagi Tuah. Hanya Adelia insan yang boleh menceriakan hidupnya.

"Tuah beruntung sebab ada sayang."
"Lia pun, Lia sayang Tuah."
"Kita kahwin."
"Memanglah, kitakan dah janji."
"Lia, hari raya keempat kita bertunang. Hari raya kelima lepas tu kita kahwin. Amacam?!"
"Tuah, kan ke kita nak ikut planning umi? 3 bulan lepas tu baru kahwinlah."
"Tak bolehlah, lama sangat. Tak sabar nak memiliki Lia."
"Iyalah tu!"
"Lepas tu kita dapat baby, Tuah nak anak kembar. Boleh ke, sayang?!"
"Boleh… Tapi ada syarat. Lia nak majlis tunang Lia nanti. Lia nak mawar putih dalam setiap hantaran. Lia tak nak Tuah datang. Biar Umi aje yang datang. Sarungkan cincin, Tuah takyah datang ya."
"Tuah nak datang, nak tengok sayang."
"Boleh… Tapi tak boleh anak kembar lah."
"Adelia."

Adelia ketawa, seronok mengenakan buah hati kesayangannya. Tuah menjuih bibir. Hubungannya dan Tuah dibajai Adelia dengan kejujuran dan ketulusan. Malah dia dan Tuah sama-sama menjaga batas-batas hubungan dan kepercayaan antara mereka. Itulah yang mengukuhkan cinta yang disemai sejak 2 tahun lalu.

* * *

"Terima kasih, Tuah. Penuhi permintaan Lia."
"Kalau tak sebab nak anak kembar, abang terpaksa batalkan niat nak tengok Lia jadi milik abang."
"Abang?!"
"Iyalah, sayang. Dah jadi tunang. Sayang kena panggil abang tau. Abang pulak akan panggil Adelia, sayang."
"Abang, Lia sayang abang. Lia suka mawar putih tu. Lia nak simpan sampai bunga tu layu dan kering. Selagi bunga tu tak hancur, selagi itulah cinta Lia pada abang."
"Terima kasih, sayang. Abang bagi 8 kuntum kan?"
"Apalah abang ni, 12 kuntum. Lia nak tanya abang, kenapa bagi gelang dan rantai sekali? Membazir aje."
"Untuk sayang, nyawa pun abang sanggup gadaikan. Oklah sayang. Abang ada kerja sikit. Sayang bila nak balik KL? Abang rindu."
"Lia ada cuti 6 hari lagi. Esok Lia nak ke hospital."
"Kenapa?!"

Tuah cemas. Terdengar tawa manja Adelia.

"Lia nak buat medical check up. Nak kena hantar masa pendaftaran Master nanti."
"Ooo… Sayang buat abang risau. Jaga diri, sayang. Tidur awal tau.
Jangan buat kerja berat-berat. I love you."
"Lia pun."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."

Tuah mematikan talian, video yang diambil Tajol di hari pertunangan Adelia ditonton lagi. Sejak Tajol dan keluarganya kembali ke KL semalam, video itu hampir setiap hari ditontonnya, kemanisan dan keayuan Adelia di hari pertunangannya. Adelia sudah memakai tudung, itu janjinya andai dia dan Tuah bertunang. Segala-galanya milik Tuah, Tuah bersyukur. Adelia insan yang paling memahaminya. Malah hubungan mereka direstui oleh adik beradik Adelia dan keluarga Tuah. Busana putih susu yang digandingkan dengan warna keemasan, menambahkan
keayuan dan kecantikan Adelia. Tuah tersenyum, bangga bila mengenangkan Adelia sudah bergelar tunangannya. Dulu dia tidak pernah menghargai Adelia. Adelia hadir di sisinya
sebagai teman paling rapatnya sejak di semester satu. Dia dan Adelia saling menjaga antara satu sama lain. Adelia tidak pernah berkecil hati dengan Tuah bila Tuah mendampingi gadis lain. Bagi Adelia, Tuah tidak lebih dari seorang kawan, begitu juga Adelia. Hinggalah di tahun akhir pengajian, Tuah mulai menyedai kehadiran Adelia, itupun tatkala Adelia sering menceritakan tentang perancangan Along nya untuk menjodohkannya dengan Dr Hakimi. Sepupunya. Tuah mulai cemburukan Adelia. Lantas sebaik mereka menerima Ijazah di hari graduasi, Tuah
menyatakan hasrat hatinya pada Adelia, ternyata cinta Tuah disambut gembira oleh Adelia. Tuah bersyukur.

"Lia, Tuah rindu."

* * *

"Maafkan Lia, Tuah."
"Kenapa?! Kenapa?! Buat abang macam ni?!"
"Lia tipu awak selama ni, Lia tak pernah sayangkan awak. Lia hanya anggap awak macam kawan. Tak lebih dari tu.Lia dah tak boleh menipu diri Lia lagi. Lia penat membohongi perasaan Lia dan mainkan perasaan Tuah."
"Tipu?!! Kau tipu aku!!! 2 tahun kau kata kau main-main. Jangan bodohkan aku, Lia!!!"
"Lia memang tipu kau, Lia sayangkan Hakimi. Lia baru sedar yang selama ni, hati Lia untuk Hakimi bukan untuk Tuah. Maafkan Lia, Tuah."
"Kau malukan Umi, kau malukan keluarga aku. Apa salah kami kau buat kami macam ni?!"
"Lia tak sanggup menipu lagi, Lia tak sanggup hidup susah dengan Tuah."
"Adelia!!!"
"Lia orang susah, Lia dah serik hidup susah selama ni. Bisnes Tuah belum tentu boleh menampung hidup Lia dan anak-anak nanti."
"Cukup!!! Aku tak nak dengar semua tu lagi."
"Ni jemputan Lia. Lia harap Tuah boleh datang."

Adelia cuba berlalu, Tuah merentap lengan Adelia. Kasar.

"Aku akan miliki kau sebelum kau jadi milik Hakimi."
"Jangan jadi bodoh, Tuah! Aku jijik dengan sentuhan dan perbuatan kau.Aku jijik!!"

Tuah cuba mencium wajah Adelia dengan rakus. Namun tolakan kasar Adelia mematikan perbuatan Tuah. Adelia merenung wajah Tuah.

"Pandang muka kau pun aku jijik, Tuah. Masakan aku boleh membiarkan kau menyentuh aku, sebab itu selama ini aku haramkan kau sentuh anggota badanku. Walaupun tangan sekalipun. Aku jijik dengan kau dan keluarga kau. Aku jijik!!!"
"Pang!!!"

Airmata yang ditampung sebentar tadi merembes keluar. Bersama keperitan pipi kirinya yang baru disentuh kasar oleh Tuah. Adelia cuba bertahan. Biar pipi kirinya hancur sekalipun, Baginya Tuah tidak memberi makna apa-apa. Tuah insan jijik di pandangan Adelia. Tuah menangisi nasib dirinya, dihina oleh insan yang amat disayanginya. Adelia berlalu tanpa simpati. Tuah memandu pulang, sebaik Umi melihat Tuah. Seisi keluarga menyerbu kearah Tuah.

"Alang, kenapa Adelia pulangkan semua ni? Apa dah jadi?"
"Dia nak putuskan pertunangan, dia dah ada pengganti yang lebih baik."
"Kenapa malukan kita macam ni?! Apa kita nak buat dengan barang-barang ni?"

Dulang hantaran yang pernah diberikan pada Adelia sebulan lepas masih berbungkus rapi. Tuah semakin baran melihatkan hantaran yang lansung tidak terusik.

"Buang semua ni! Aku tak nak tengok semua ni lagi!!"

Serentak itu, Tuah menyepak dan menghancurkan hantaran yang tersusun di ruang tamu rumahnya. Umi dan adik beradiknya cuba menghalang. Namun gagal, segalanya hancur dikerjakan Tuah.

"Betul kau nak pergi Tuah?!"
"Aku nak tengok dari jauh. Aku nak tengok kebahagian Adelia mengahwini Hakimi."
"Tuah, kau jangan menyesal tau. Nanti kau menangis, sapa nak pujuk."

Zali mengusik, mereka tiba di rumah Adelia di waktu tengahari. Penuh kenderaan di susur masuk ke rumah Adelia. Tuah mulai memendam rasa. Zali dan Samad tersengih melihatkan Tuah yang tidak senang duduk. Mereka yang datang berkonvoi 2 buah kereta dari Kuala Lumpur, mulai mencari parking.

"Aku rasa pelik lah, Win."

Shahira dan Azwin mulai pelik bila, melihatkan beberapa orang yang berselisih dengan mereka berkopiah dan kesedihan. Samad dan Zali tidak putus-putus memujuk Tuah.

"Kalau kau tak nak masuk, kau tunggulah. Aku dan Samad nak isi perut. Lantak kaulah Tuah. Sapa suruh datang."

Kawan-kawan Adelia disambut Azim dimuka pintu. Pelik Shahira, Rosma dan Azwin bila tiada pelamin ataupun khemah pengantin. Azim membawa rakan-rakan Adelia ke bilik.

"Abang… Abang Tuah tak datang?! Kak Lia nak sangat jumpa abang Tuah."
"Adelia…"

Terduduk Rosma bila melihatkan tubuh kaku temannya. Hakimi menyambut.

"Lia dah tak nampak dan tak boleh bergerak macam dulu."
"Ya allah! Sejak bila dia macam ni?!"

Samad kembali ke kereta selepas mengetahui keadaan Adelia. Diambilnya yassin dan kopiah.

"Kau nak ikut aku atau tak, Tuah?!!"
"Kenapa pulak?! Kau nak paksa-paksa aku?"
"Aku ulang Tuah, kalau kau tak nak menyesal kau ikut aku Tuah. Adelia dah teruk sangat."
"Mengarutlah. Kau pergilah, sampaikan salam aku pada dia kerana pernah melukakan hati aku." "Kau jangan menyesal!!!"

Tuah kembali menyandar, hairan dengan sikap Samad yang emosional. Sedang asyik Tuah mendengar alunan muzik dari radio. Tingkap kereta diketuk seseorang. Azim?! Tuah pelik.

"Kenapa abang tak masuk?!"
"Abang…. Abang…"
"Kak Lia nak sangat-sangat jumpa abang. Tolonglah, bang. Azim rayu kat kaki abang. Masuklah jenguk Kak Lia. Mungkin ini untuk kali terakhir."
"Abang tak sanggup, dik."

Tuah meraup mukanya.

"Azim tahu, abang dan Kak Lia masih menyayangi antara satu sama lain. Kak Lia kecewakan abang. Azim minta maaf. Tapi Azim minta sangat-sangat, sebelum Kak Lia 'pergi' abang jenguklah dia. Tolonglah."

Azim menangis dan merayu. Tuah pelik, takkan Adelia sekejam ini. Memaksa dirinya untuk menghadiri majlis bahagianya dengan Hakimi. Tuah tak sanggup melihat Adelia bersanding di pelamin bersama Hakimi. Jiwanya hancur setelah diketahui Adelia memainkan perasaannya selama ini. Kali ini, apa pula lakonan Adelia?! Azim masih merayu. Tuah kaku.

"Kak Lia dah nak mati, abang Tuah."

Suara Achik mengejutkan Tuah. Tipu?! Adelia gadis riang, yang tak pernah bersedih. Tak pernah menangis atau kecewa. Adelia gadis riang yang hanya tahu ketawa dan tersenyum. Mana mungkin Adelia akan mati. Tak mungkin?! Ini hari bahagia Adelia dan Hakimi.

"Abang tak percaya?! Kak Lia dah nazak. Kak Lia nak jumpa abang. Untuk kali terakhir."
"Adelia!!!"

Tuah meraung, tangga kayu rumah Adelia dipanjat. Semua orang pelik dengan tindakan Tuah. Mencari-cari Adelia, Tuah semakin lemah bila kedengaran bacaan Yassin dalam segenap ruang di rumah usang milik Adelia. Tuah gagahkan diri, bertahan menghadapi kenyataan. Hakimi
memeluk Tuah. Erat. Seolah antara mereka berkongsi kesedihan yang sama. Tuah cuba menghampiri bilik Adelia.

"Kau jangan tipu aku, Kimi. Jangan mainkan aku seperti mana Adelia mainkan perasaan cinta aku padanya."
"Sabar, Tuah. Adelia bukan milikku. Dan bukan jua milikmu. Adelia akan tinggalkan kita bila-bila masa."
"Lia…."

Tuah terjelepok di lantai. Hakim membantu Tuah menghampiri Adelia yang kaku. Tanpa suara ataupun pergerakan, hanya mata membuntang memandang ke atas. Adelia masih mampu tersenyum.

"Lia… Tuah datang."

Rosma dan Azwin yang menemani Adelia di kiri dan kanan berbisik ke telinga Adelia, airmata Adelia menitis. Menyambut kehadiran Tuah. Tuah kaku, takut menerima hakikat Adelia akan pergi untuk selamanya. Along, Angah dan beberapa orang lain hanya mampu mengalirkan airmata.

"Tuah…. Tuah…."

Bibir Adelia bergerak-gerak memanggil Tuah. Tuah mengucup tangan Adelia. Jutaan keampunan Tuah rayu dari Adelia, namun hanya kesepian yang melanda.

"Lia, Tuah datang. Berbicaralah dengan Tuah, sayang. Kenapa Lia tak beritahu semua ni pada Tuah?!"
"Tuah… Maafkan Lia."

Gerakan bibir Adelia menambah sebak di dada Tuah. Airmatanya mengalir. Tiada lagi suara manja Adelia.

"Sejak 2 hari lepas Lia dah tak boleh bercakap, Tuah. Malah Lia dah tak boleh melihat. Sekarang Lia hanya boleh mendengar. Berbicaralah dengan dia, Tuah. Dia nak sangat jumpa kau."

Hakimi memegang bahu Tuah. Hakimi membawa diri, keluar dari bilik Adelia. Tak sanggup melihat kemesraan antara Tuah dan Adelia.

"Lia, aku minta maaf. Jangan tinggalkan aku, Lia."

Pipi Adelia yang cengkung, diusap lembut oleh Tuah. Menyesal, kerana pipi itu pernah menjadi tempat singgahan tamparan kasarnya.

"Tuah… Terima kasih kerana datang."

Adelia tersenyum, bibir yang dulunya sentiasa merah dan tersenyum. Kini ianya pucat dan kering. Malah pecah-pecah akibat Adelia yang terlantar sejak beberapa minggu lalu. Adelia menarik nafas. Masing-masing mulai khuatir. Hakimi kembali ke bilik, bila Along mulai
memanggil.

"Izinkan Lia pergi. Masa Lia dah sampai, Lia nampak abah dan ibu. Along… Angah… Maafkan Lia."
"Mengucap Lia. Mengucap. Along maafkan Lia. Along halalkan semuanya."

Masing-masing menangis hiba. Sukar untuk dilepaskan pemergian seorang teman sebaik Adelia. Rosma memeluk Adelia erat. Pipi Adelia dicium, airmata sudah berhamburan keluar. Tiada kata-kata yang boleh diluahkan lagi, melainkan melepaskan Adelia pergi dengan aman. Selesai kalimah syahadat di lafaz oleh Adelia, Adelia terus menutup mata. Tuah menangis hiba. Azim dan Achik terus menghilang. Akhirnya Adelia pergi jua.

"Dia tunggu Tuah datang. Dia nak sangat jumpa Tuah. Terima kasih Tuah, sebab sudi datang jenguk Adelia."
"Kenapa Along tak bagitahu Tuah awal-awal lagi?!"
"Adelia tak kasi. Dia kata kau akan datang, aku pernah bagitahu aku akan call kau. Tapi Adelia menegah, dia yakin kau datang. Dia nak minta kau maafkan dia. Dia bagi surat ni untuk kau."
"Aku tak pernah marahkan Lia, Kimi. Aku tak boleh nak benci dia. Dia terlalu baik. Tapi aku yang bodoh! Aku tergamak tampar dia. Aku bodoh!!!"
"Sabar Tuah, kita sama-sama doakan dia. Semoga rohnya aman dan sejahtera di sana."

Angah menghulur Yassin dan kopiah pada Tuah dan Hakimi. Semua teman Adelia sebanyak mungkin menghadiahkan bacaan ayat-ayat suci buat Adelia. Sebaik jenazah selesai ikebumikan, teman-teman Adelia masih setia membantu keluarga Adelia menguruskan majlis arwah untuk Adelia. Tuah dan Azim membersihkan bilik Adelia selepas sehari pengebumian Adelia.

"Azim… Kenapa dengan bunga-bunga kering ni? Mana Kak Lia dapat?!"

Kuntuman bunga-bunga mawar kering tersebut dikutip Tuah. Satu persatu.

"Abang lupa ke?"
Tuah hairan dengan jawapan Azim, kuntuman bunga-bunga kering yang berteraburan di bilik arwah Adelia menjadi tumpuan Tuah.

"Ini 12 kuntuman mawar putih yang abang bagi bersama hantaran pertunangan abang. Abang lupa ke?!"
"Ya allah!"

Tuah meraup muka, kesal kerana tidak pernah terlintas tentang ketiadaan kuntuman mawar putih di setiap dulang hantaran, ketika arwah memulangkan kembali hantaran pertunangan mereka. Tuah cuba menahan diri. Terimbas kembali suara gembira arwah dengan pemberian 12
kuntuman mawar putih tersebut di hari pertunangan mereka.

"Abang, Lia sayang abang. Lia suka mawar putih tu. Lia nak simpan sampai bunga tu layu dan kering. Selagi bunga tu tak hancur, selagi itulah cinta Lia pada abang."
"Lia… Kenapa seksa abang macam ni?!"

Azim mendekati Tuah. Sukar dimengertikan bagi Azim bila melihatkan reaksi Tuah. Sejak arwah tiada, Tuah lah yang menggunakan bilik arwah. Semua barang-barang arwah dikemaskan oleh Tuah.

"Kalau Azim tahu, Kak Lia dan abang saling menyintai. Azim takkan setuju dengan Along. Azim takkan paksa Kak Lia terima abang Kimi. Sejak Kak Lia putuskan hubungan dengan abang. Kak Lia banyak termenung. Kekadang airmatanya menitis. Kak Lia kerap termenung di beranda. Azim tak tahu, itu petanda bahawa Kak Lia akan tinggalkan kami. Kalaulah Azim tahu, tak sesekali Azim biar Kak Lia menangis. Maafkan kami, abang. Maafkan Along dan Achik. Kami tak tahu."
"Entahlah, Azim. Abang pun buntu. Abang menuduh Kak Lia macam-macam, malah… Malah…Tangan abang singgah ke pipi Kak Lia. Abang bodoh!!"
"Abang…"
"Abang kesal, abang tampar Kak Lia. Abang tak tahu dia sakit. Kalaulah abang tahu."
"Hanya Allah swt Yang Mengetahui, bang. Kita banyak silap dengan Kak Lia. Tapi Kak Lia tak pernah marah, tak pernah berkecil hati."

Selepas seminggu Tuah berada di kampung Adelia, Tuah kembali ke Kuala Lumpur. Bersama surat terakhir pemberian Adelia dan 12 kuntum bunga kesayangan Adelia.

'Assalamualaikum Tuah…
Maafkan Lia, maafkan Lia, Tuah. Setiap malam Lia menyesali kebodohan Lia. Lia hancurkan hati dan impian Tuah. Hidup Lia tak aman, tidur Lia tak lena. Setiap hari Lia ingat tentang pertemuan terakhir kita, pertemuan yang membuatkan Tuah membenci Lia seumur hidup. Hati Lia hancur melihat airmata Tuah tika itu. Tapi apakan daya, biarlah Tuah kecewa hari tu daripada Tuah sama-sama menderitai penyakit yang Lia hidapi tika ini.
Tuah…
Lia minta dari Tuah, lepaskan cinta Tuah kepada Lia. Kita tiada jodoh Tuah. Walau segunung kasih dan cinta Tuah pada Lia. Kuasa Allah swt membataskan segalanya. Lia harap Tuah dapat menerima semua ini. Kita hanya sahabat akrab, dan itulah takdir Allah swt. Pada umi dan
keluarga Tuah, Lia susun 10 jari memohon maaf dari mereka. Andai berkesempatan ingin Lia sujud di kaki setiap ahli keluarga Tuah memohon maaf. Lia kecewakan mereka, Lia minta maaf. Setiapkali Lia sujud menyembahNya, Lia memohon agar tindakan Lia pada Tuah dan
keluarga akan dimaafkan. Masa Lia tidak panjang. Lia memang sayangkan abang Kimi. Abang Kimi separuh dari kehidupan Lia.. Dari Lia mengenal ABC, hingga Lia bergelar graduan. Abang Kimi yang banyak membantu Lia. Lia terlalu sayangkan abang Kimi, seperti Lia sayangkan Angah. Lia sakit Tuah, hidup Lia tak panjang. Esok ataupun lusa, ataupun sebulan akan datang. Lia mungkin akan mengadap Yang Maha Esa. Menghitung dosa dan pahala. Lia di alam sana, Tuah. Sepanjang hidup Lia hanya menerima dari abang Kimi. Kali ini Lia minta Tuah memahami, Lia Cuma mahu abang Kimi menerima sesuatu dari Lia. Lia mahu abang Kimi bahagia dengan memiliki Lia. Ampunkan Lia Tuah. Lia diberi peluang singkat dalam hidup Lia. Dan peluang ini Lia tahu, abang Kimi lebih layak. Maafkan Lia. Dikesempatan ini, Lia tidak tahu bagaimana nasib Lia. Lia masih derita dengan penyakit ini, ataupun Dia telah menjemput Lia. Maafkan Lia dan halalkan segala-galanya.

Sahabatmu,
Adelia.

Tuah melipat surat tersebut. Diselitkan di dalam sebuah kotak beserta 12 kuntuman bunga milik arwah Adelia.

"Tenanglah kau, sahabatku Adelia. Insyaallah. Cinta dan sayang aku pada kau takkan sesekali padam. Maafkan aku Adelia, takkan sesekali aku melepaskanmu."

'Andai tibanya waktu…
Aku harus tinggalkanmu…
Akan aku berlalu bila tiba saat itu…
Tak perlu kau merayu dan tak perlu menahanku…
Segala yang terjadi kehendakNya…'

Tuah memperlahankan radio, senikata lagu tersebut mengayat hati Tuah.
Mengingatkan memori cinta dan persahabatannya dengan arwah Adelia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WHAT IS LOVE

In a classroom there were several kids, when one of them asked the teacher:

- Teacher, what is LOVE ?

The teacher felt the kid deserved the best answer she could give to that intelligent question. Since it was almost time for a break, she asked every student to go around the school and come back with something that would bring the feeling of love.

The kids rushed out the classroom, and when they came back the teacher said:

- So, I want everybody to show what you brought to the whole class.

The first kid said:

- I brought this FLOWER, isn't it beautiful ?

The second kid said:

- I brought this BUTTERFLY. Look at these colorful wings, I am gonna put it in my collection !

The third kid said:

- I brought this YOUNG BIRD. It had fallen with another one from the nest. Isn't it cute ?

And the kids were showing what they brought.

After almost everybody had showed their discoveries, the teacher noticed that there was a kid who had been quiet all the time. She was ashamed because she had not brought anything.The teacher went to her and asked:

- My dear, why haven't you brought anything ?

She then answered in an innocent voice:

- I am sorry teacher. I saw the FLOWER, and felt its perfume. I was going to take it, but I preffered to leave it, so its perfume would last longer and others could feel it. I also saw the BUTTERFLY, soft, colourful..she seemed so happy that I did not want to disturb it. I also saw the YOUNG BIRD that had fallen between the leafs, but as I climbed the tree, I noticed the sad look of it's mother, so I decided to return it to the nest. Therefore, I only bring with me: the perfume of the flower, the feeling of liberty of the butterfly and the gratefulness of the look of the little bird's mother. How can I show you what I brought?

The teacher thanked the young kid and gave her an A, because she was the only one that realized that we can only bring LOVE in our hearts.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Month of Birth & your character - By Dr Fadzilah Kamsah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

learn to live

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS