Pagi ini, aku join mesyuarat sukarelawan Nurhikmah, anjuran YPN. Dah lama sangat aku tak terlibat dengan Nurhikmah nih. Aku mula terlibat dengan Nurhikmah bermula pada pertengahan 2006. Waktu itu Yayasan masih diperingkat awal penubuhan dan belum lagi didaftarkan. Banyak juga masa, tenaga dan wang ringgit yang dikorbankan demi untuk anak-anak yatim Nurhikmah ini.
Namun tahun 2007, kami ingin berehat. Mulanya kerana rawatan IVF yang dijalankan. Lepas itu, kehadiran Adam Harith, dengan kesihatannya yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang bukan sedikit. Syukur Alhamdulillah, dari segi kewangan tiada sebarang masalah, semuanya dibayar oleh syarikat tempat ayahnya bekerja.
Selain daripada itu, ada lagi sebab lain yang menyebabkan aku berjauh hati dan menjauhkan diri. Sekian lama my hubby berhasrat untuk memiliki kompleks anak yatimnya sendiri. Walaupun mungkin kami tiada zuriat sendiri, harapannya dihari tua bolehlah menumpang kasih kepada anak-anak yatim ini. Dan hasrat penubuhan yayasan juga ingin menubuhkan kompleks anak-anak yatimnya sendiri. Maka ada titik persamaan disitu yang memungkinkan untuk mencapai hasrat yang sama.
Cuma, bila YPN berjaya ditubuhkan, ada perbezaan sedikit, pada pandangan peribadi aku. Kalau tahun 2006, aku cuma mengenali Rumah Anak-anak Yatim Nurhikmah di Kajang. Di Tahun 2007, banyak pula rumah anak anak yatim yang bernaung dibawah YPN, antaranya di Manjung, Perak dan juga di Gombak dan Setapak di Selangor. Kalau bilangan rumah pun aku tak pasti, apatah lagi bilangan anak-anak yatim dan terbiar yang harus dibantu.
Jika tahun 2006, aku mengenali anak-anak ini, boleh kuingat namanya, tapi kini bila dah terlalu ramai, susah. Dulu aku ada personal touch dengan mereka, yang semuanya kuanggapkan bagaikan anak-anakku. Pernah juga kuluahkan rasa, bahawa bukan kemewahan dan harta benda yang anak-anak ini pinta, tapi kasih sayang dan perhatian, namun siapalah aku untuk berbicara dan meluahkan rasa. Demi kerana itu, akupun berjauh hati. Tambahan pula kehadiran Adam menuntut masa dan perhatian yang bukan sedikit dariku.
Sukarelawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan