Pukul 9.30 pagi, pergi ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Tingkat 2 Bangunan Ibu Pejabat. Dari jauh kelihatan 4 orang wanita di dalam pejabat berkenaan. 2 orang sedang di layan dan 2 orang sedang menunggu. Yang sedang di layan, anaknya yang menulis surat berkenaan. Mana kala bila tiba giliran yang menunggu, anaknya mengaku tidak tahu menulis, maka pegawai berkenaan yang menulisnya.
Berdasarkan perbualan, soal selidik dan jawapan yang diberikan oleh kedua-dua orang wanita yang seusia mak aku ini, dapat disimpulkan bahawa:
- Mereka memerlukan surat sokongan untuk menyambung bantuan dari Baitul Mal
- Baitul Mal memperuntukkan RM 250 setiap seorang sebulan.
- Pegawai berkenaan mencadangkan agar wang bantuan berkenaan di tambah sekiranya berkelayakkan.
- Bioadata ku, dimana aku berkerja, bila masa pula nak buat unit trust
- Pandangan aku tentang ASB/ASN kenapa aku tak melabur di sana. (Nak jer aku jawap sila rujuk laman web UZAR mengenai Perbincangan Hukum Pelaburan ASB tetapi tidak terdapat komputer di pejabat berkenaan.
- Beliau pun dah melabur masa kerja dulu, tapi tak pernah usik atau peduli tentang pelaburannya.
Baru harinih ku tahu
- Untuk memohon bantuan/menyambung bantuan dari Baitul Mal perlukan surat dari Pesuruh Jaya Sumpah
- Syarat untuk menjadi Pesuruh Jaya Sumpah adalah Pesara Kerajaan Gred A, dan lulus peperiksaan berkaitan undang-undang yang ditetapkan. Itu sahaja.
0 comments:
Catat Ulasan