RSS

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.



Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik). " Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

57 comments:

fazidah berkata...

salam,

Bleh ke bila selesai sembahyang dhuha kita baca doa yg akhir tu dengan terjemahan bahasa melayu. sbb takut salah bacaan tajwidnya. rasa lebih selamat jika di baca terjemahannya..

Fairulazmi berkata...

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini. Semoga kita semua dapat mengamalkannya dengan istiqamah. Amin :)

Fairulazmi berkata...

Assalamua'alaikum Wrmbth,

Mohon izin supaya saya dapat kongsikan artikel ini di blog saya
http://shahalamhometuition.blogspot.com

Baik untuk pelajar-pelajar kita

Good Fast Diet|Fast Diet|Easy Fast Diet berkata...

Good Fast Diet|Fast Diet|Easy Fast Diet...

Kelebihan Solat Sunat Dhuha | Halaman Rindu...

serikandi al-fateh berkata...

salam'alaik..saya mohon copy link article neh ke fb saya. syukran.

ainul arifin berkata...

Assalamu'alaikum. mintak dinyatakan sumber daripada artikel ini diambil.

saya merujuk kepada bahagian yang menyebutkan
[dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.]

sebabnya dalam hadis yang dinyatakan dalam artikel ini sendiri pun hanya menyebutkan 2 rakaat sahaja, yang membawa maksud, setiap 2 rakaat hendaklah disertakan 1 salam.

Allahu A'lam.

TokAli berkata...

amat besar faedah dhuha ini...subhanallah

akma berkata...

salam ....mohin share artikel ini untuk rujukan saya. terimakasaih kerana menulis artikel yg sangat berguna.

kila berkata...

salam...bleh tak klo xbce surah al syam dan al dhuha..tp bce surah lain?

suara berkata...

boleh je baca lain2 surah..yg paling mudah rakaat pertama surah al-kafirun, rakaat kedua al-ikhlas...islam itu mudah...(himpunan solat sunat_kamaruddin mahmod)

Hamba Allah berkata...

saya nak tanya, bukankah waktu dhuha habis ketika waktu zawwal yakni hampir2 waktu zohor?

chai ndog berkata...

setelah fatihah rokaat ke 1 al syams, ke2 al duha, ke3 al syarh, ke4 al nasr, ke5al zalzalah, ke 6al qari'ah, ke7al falaq, ke8 al naas

chai ndog berkata...

boleh dikerjakan sebanyak 12 rokaat, dan setiap 2 rokaat disertakan salam, urutannya sebagai berikut, setelah fatihah rokaat ke 1 al syams, ke2 al duha, ke3 al syarh, ke4 al nasr, ke5al zalzalah, ke 6al qari’ah, ke7al falaq, ke8 al naas, untuk lebih jelas , add FB q chai ndog. asslmlkm...........

salon berkata...

salon...

[...]Kelebihan Solat Sunat Dhuha | Halaman Rindu[...]...

iffa berkata...

assalamualaikum...mohon share

aqilah berkata...

assalamualaikum , mohon share artikel ini untuk disebarkan .

maznah berkata...

assalam ….mohon share artikel ini untuk rujukan. terimakasaih

fauzi berkata...

tq, mohon share

shashakyra berkata...

tq for the info.mohonshare di FB saya

Master Hameed berkata...

Terima kasih.

Syahmi akmal berkata...

Assalamualaikum saya nak Tanya jika saya Membaca surah lain selepas surah al fatihah .... Boleh ke !!!! Dan doanya di baca dalam rumi
iNGIN TAHU

syai berkata...

mohon share untuk diletakkan dlm blog sye..^_^

zai berkata...

Assalamualikum w.b.t...
sy ada soalan..
kalo sy xpndai bnyk surah..
al-fatiah, al-iklas & al-naas jak yg sy hafal...
sah kar jika mengerjakn solat dhuha???

ummi_adam berkata...

assalamualaikum..mohon share yer untuk diamal dan disebarkan.. :)

Arisa berkata...

Asssalammualaim wr, wb. Mohon share untuk kebaikan.

faradiana berkata...

assalamualaikum..mohon share....

lyana berkata...

assalammualaikum , sy minta izin untuk share artikel ni ;)

sarah berkata...

assalamualaikum,saye mohon share untuk disebarkan kepada sume orang

sinareraunaina berkata...

assalamualaikum,mohon share artikel ini

SOLAT DHUHA berkata...

BAGUS

sabreena berkata...

solat dhuha ni boleh buat pada bila bila masa jee ke ? contoh nya bangun tgh malam untuk melakukan solat dhuha atau pkul 2 3 tghari buat solat dhuha. boleh ke ?

farhana berkata...

mohon share di blog saya

OSMAN BRAHIM berkata...

Aslkm....bolehkah doa selepas solat Dhuha ini dibaca menggunakan bahawa Melayu atau bahasa ibunda kami. Mohon dijelaskan.

mohd faiz berkata...

Subahanallah....

mujahidah berkata...

mohon share . syukran :)

hamimah berkata...

Asslaamualaikum Bleh ke bila selesai sembahyang dhuha kita baca doa yg akhir tu dengan terjemahan bahasa melayu. sbb takut salah bacaan tajwidnya. rasa lebih selamat jika di baca terjemahannya..

…bleh tak klo xbce surah al syam dan al dhuha..tp bce surah lain?

hamimah anis berkata...

salam,

Bleh ke bila selesai sembahyang dhuha kita baca doa yg akhir tu dengan terjemahan bahasa melayu. sbb takut salah bacaan tajwidnya. rasa lebih selamat jika di baca terjemahannya..

SUYATMI SUYATMI berkata...

klo gak hafal surat dhuha nya,boleh gak pke surat pendek yg lain nya?mohon izin juga agar saya bisa kongsikan artikel ini ke blog saya http://suyatmiatc.wordpress.com

Hamba Allah berkata...

Salam. Syukran untuk info. Mohon copy dan share ye, wahai Hamba Allah. Jazakallahu khair.

Adibah berkata...

Salam mohon share pengalaman saya mengerjakan dhuha pada setiap hari. Saya telah diberikan rezeki untuk saya menyelesaikan hutang saya yg mana saya tak terfikir ada jalan untuk menyelesaikannya...alhamdulillah saya amalkan membaca setiap malam surah al waqiah dan juga 3x ayat seribu dinar setiap kali selepas solat..alhamdulillah

yusra berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
azieyann berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
syakirah amni berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ayra berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
syahira izzati bt esmi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Dhuha berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
zila hakimi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Ummu Umar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
HanaLovesIslam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
asuhrawady berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
azan asri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Nursimatun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Nursimatun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
nur fatin najihah a rahman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
yat berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Adlie Za berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
azamuddin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catat Ulasan