RSS

Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur & Pergerakan Solat

Ada kalanya saya semacam hampir-hampir berputus asa dengan kesakitan pinggang ini.  Sekali fikir mahu jer saya menjalani pembedahan untuk mengubati kesakitan yang tidak mampu ditanggung lagi.  Mujur ada iman senipis kulit bawang.  Saya sedar sakit itu ujian dari Allah.  Maka kepadanya saya akan kembali.

Setiap kali rukuk semasa solat memang terlalu sakit, terutama untuk solat subuh. Selalu juga saya 'kalah' hingga terpaksa bersolat duduk.  Namun hati saya berat mengatakan bahawa pembedahan dan ubat bukanlah satu-satunya kaedah rawatan untuk penyembuhan.

Carian saya di google menemukan saya dengan laman web ini

http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/1816/25/solat/islam/um-sakit-pinggang--kaedah-rawatan-melalui-prinsip-pemulihan-sert.html. Di kedai buku yang hampir dengan pejabat dimaklumkan bahawa buku berkenaan tiada dalam simpanan. Memikirkan masa yang terhad untuk mencari dikedai lain, kami menggunakan sepenuhnya kemudahan pembelian online dari laman web ini.

Saya cuma sempat membelek sepintas lalu buku berkenaan.  Diharapkan buku ini mampu membantu dalam proses penyembuhan sakit pinggang yang telah hampir setahun dideritai ini. Amin ya Rabbal Alamin






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Family day

Pada 18 -19 Dis 2010 yang lalu telah berlangsung Family Day di Marina Cove Resort Lumut Perak. Selama ini memang kami tidak pernah terkecuali dari menghadirinya dgn matlamat untuk berkenal-kenalan dengan ahli keluarga semua staf. Selama ini matlamat berkenaan cuma 'teori' sahaja dalam fikiranku. Hinggalah bila 2 orang sahabatku dijemput menemui Ilahi tahun ini, suami masing-masing datang ke pejabat untuk pelbagai urusan, barulah aku sedar betapa perlunya suamiku mengenali kawan-kawan dipejabatku, just in case something happend to me.

Kami memilih untuk naik bas kerana :


  1. Memenuhi permintaan si kecil yang tidak pernah naik bas.

  2. Untuk menjimatkan kos minyak dan tol.

  3. Untuk menjimatkan tenaga, dimana tak perlu penat mémandu, sebaliknya boleh tidur sahaja.

  4. Yakin dengan keselamatanan kerana mengunakan bas syarikat dimana pemandunya dibayar gaji bulanan, tidak seperti bas express yang mana pemandunya mengejar trip untuk mendapatkan lebih pendapatan.


Pandangan peribadi saya, berdasarnya semua family day yang pernah dihadiri, inilah kali pertama penganjuran yang paling berjaya dengan sempurna. Dari segi pendaftaran, door gift,  sukaneka, agenda, makan malam dan juga hadiah cabutan bertuah. Memang pernah terdetik dihati alangkah seronoknya jika mendapat hadiah utama, pakej umrah 12 hari 10 malam, namun bila memikirkan tentang kesakitan pinggang ini, dan masalah yang bakal dihadapi jika pergi bersama suami dan anak, ataupun jika meninggalkan mereka, maka saya berdoa semua dikurniakan hadiah cabutan bertuah yang terbaik.  Akhirnya dapatlah saya 2 helai sejadah.  Untuk acara sukaneka 'sambutlah sayang' pula kami mendapat set pinggan mangkuk.  Manakala Adam pula mendapat hadiah buku model rumah sebagai hadiah saguhati untuk Pertandiangan Anakku Comel yang temakan Hawaii

Harini dipejabat masih ramai yang memuji kepetahan Adam.  Malah ada yang memberitahu semasa Adam menyanyikan lagu 'Terima Kasih Wahai Tuhan' ada dikalanan kawan-kawan yang terasa dengan lirik lagu berkenaan. Lagunya benar2 menginsafkan sebab orang dewasapun kadang terlupa untuk mengucap syukur kepada Allah.

Saya telah memberitahu kepada camaremen untuk mendapatkan copy slot masa Adam di atas stage utk diletakkan dalam blognya.

Gambar









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peruntukan perubatan *burst*

Hari nih saya mendapat surat daripada Pengarah Bahagian, meminta untuk mengisytiharkan masalah kesihatan. Ini kerana peruntukan perubatan MARA saya telah burst. Peruntukan untuk kami sekeluarga adalah sebanyak rm850 iaitu Rm300 untuk saya, RM300 untuk suami dan Rm250 untuk Adam.

Melihat kepada lampiran yang disertakan, sebanyak Rm292 adalah bil untuk tahun 2009. Manakala bakinya adalah adalah untuk saya dan Adam. Ini adalah kami pertama peruntukan MARA untuk saya burst. Selama ini, kami sering menggunakan peruntukan perubatan Heitech untuk perubatan saya dan juga Adam.

Namun, oleh kerana awal tahun saya telahpun menghabiskan semua peruntukan GP/SP untuk saya dah Adam, sebanyak Rm3000 setahun untuk rawatan Lumber Disc Prolapse saya, maka tiada lagi peruntukan Heitech yang boleh digunakan.

Ini sebagai bukti bahawa tahun 2010 kami benar-benar diuji.  5x rumah kami pecah masuk, notebook dan barang-barang berharga hilang, kereta dibawa orang berjalan-jalan diwaktu malam. Adam dan ayah sama-sama pernah di masukkan ke ward di Hospital Pakar Damansara, disebabkan oleh demam panas dan juga paras asid urik yang melampau.

Walau bagaimanapun, sakit belakang ini masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Awal tahun depan, apabila peruntukan perubatan ini diberikan semula, saya bercadang untuk membuat rawatan suntikan Radiofrequensi untuk sakit belakang ini. Dari seorang rakan dimaklumkan bahawa ada pakar untuk rawatan berkenaan di Hospital Ampang Puteri. Untuk kali ini, kami akan lebih berhati-hati untuk menggunakan peruntukan perubatan dengan sebaiknya. Yang utama adalah perlu admited terlebih dahulu, di Heitech, peruntukan untuk rawatan di GP/SP berasingan daripada peruntukan untuk rawatan di ward.

Apapun, kami bersyukur sangat, kerana rawatan perubatan kami di tanggung oleh majikan. Ringkasnya peruntukan perubatan kami adalah seperti berikut :


  1. RM850 - oleh MARA utk kami sekeluarga pergi ke GP. SP tidak ditanggung. Manakala untuk hospital disarankan mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan

  2. RM3000 untuk GP/SP untuk saya dan Adam

  3. RM30,000 untuk Hospitalization saya dan Adam

  4.  Tiada had untuk GP/SP atau Hospitalization untuk suami


Ramai orang sering mengejar gaji yang tinggi, tetapi terlupa faedah-faedah lain yang syarikat beri. Walaupun gaji kami tidaklah tinggi mana, namun Syukurlah , kami mendapat faedah perubatan yang boleh dikatakan terbaik. Alhamdulillah






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Balik kampung

Cuti awal Muharam adalan pada 7/12/2010 iaitu hari selasa. Oleh kerana Adam terlalu rindukan neneknya, maka pada pagi sabtu 4/12/2010 yang lalu kami sekeluarga telah balik ke rumah nenek/mak di Semanggol Perak.

Ringkasan aktiviti/perjalanan balik kampung


  • Subuh sabtu : Bertolak balik. Berhenti solat subuh di R&R Tapah dan sarapan di R&R Bukit Gantang. Tiba di rumah, mak sedang rewang di rumah jiran

  • Tengahari Ahad : pergi khenduri di rumah jiran

  • Ptg Ahad : Makan Mee banjir Udang di Kuala Sepetang

  • Hari Isnin : Ke Bukit Merah Lake Town Resort. Ke Pulau Orang utan, menaiki Skycycle, Eco park dan Water park

  • Hari Selasa, bertolak balik ke KL semula. Berhenti makan tengahari di AgroBazar, R&R Ulu Bernam.

  • Berikut adalah gambar yang dirakamkan semasa sepanjang perjalanan pergi dan balik berkenaan.


Photo Album Percutian Akhir Tahun 2010








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khasiat rebusan asam gelugur

ADA wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.

Ternyata asam gelugur atau nama botaninya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan.

Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.

Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.

l HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

l Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.

Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

sumber: Utusan Malaysia - Kesihatan






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS