Cuti awal Muharam adalan pada 7/12/2010 iaitu hari selasa. Oleh kerana Adam terlalu rindukan neneknya, maka pada pagi sabtu 4/12/2010 yang lalu kami sekeluarga telah balik ke rumah nenek/mak di Semanggol Perak.
Ringkasan aktiviti/perjalanan balik kampung
- Subuh sabtu : Bertolak balik. Berhenti solat subuh di R&R Tapah dan sarapan di R&R Bukit Gantang. Tiba di rumah, mak sedang rewang di rumah jiran
- Tengahari Ahad : pergi khenduri di rumah jiran
- Ptg Ahad : Makan Mee banjir Udang di Kuala Sepetang
- Hari Isnin : Ke Bukit Merah Lake Town Resort. Ke Pulau Orang utan, menaiki Skycycle, Eco park dan Water park
- Hari Selasa, bertolak balik ke KL semula. Berhenti makan tengahari di AgroBazar, R&R Ulu Bernam.
- Berikut adalah gambar yang dirakamkan semasa sepanjang perjalanan pergi dan balik berkenaan.
Photo Album Percutian Akhir Tahun 2010

0 comments:
Catat Ulasan