RSS

Rawatan Prolotherapy

Kini telah lebih setahun saya menderita sakit pinggang, bermula dari semasa cuti Tahun Baru China tahun lepas . Doktor telah mengesahkan saya pengidap lumber disc prolapes, atapun biasa di sebut slipped disc.  Biasanya kalau sakit sangat, saya akan makan pil penahan sakit dan kemudiannya berbaring di atas gel ais yang di beli di Damansara Specialist Hospital tahun lepas.

Hinggalah pada suatu hari, bila suami memberikan gambar ini yang diperolehi dari laman web iLuvIslam. Pada masa itu, saya tidak sakit sangat, jadi saya abaikan sahaja segala maklumat yang terkandung di dalamnya.

Semasa sedang berkursus Joomla, tetiba pinggang saya sakit sangat, hingga mengganggu tumpuan saya berkursus. Oleh kerana tidak sanggup lagi menahan kesakitan, saya terus call klinik ini untuk buat temujanji.

Temujanji ditetapkan pada pukul 12 tengahari 9 April 2011. Ketika kami tiba ada 2 pesakit sebelum saya. Agak lama juga tempoh yang diambil untuk merawat seorang pesakit.

Doktor menerangkan procedur rawatan, dan kesan jangka pendeknya. Menariknya sebab tiada rawatan susulan yang tiada kesan jangka panjang.

Hasil pemeriksaan, saya memerlukan 5 suntikan di tempat yang berbeza di pinggang kiri saya. Cuma doktor menjangkakan bahawa mungkin selepas ini bahagian kanan saya pula yang akan sakit. Ini adalah kerana, kemungkinan bahagian kiri dan kanan saya sebenarnya sakit, namun kesakitan belah kiri yang melebihi belah kanan hingga belah kanan tidak terasa sakit. Senang cerita, mungkin belah kiri saya sakitnya 80%, manakala belah kanan cuma 30%. Selepas suntikan di belah kiri, sakit saya cuma tinggal 10% manakala sakit belah kanan masih lagi 30%.

Kini telah lebih sebulan saya menjalani rawatan ini, dan alhamdulillah rasa sakit saya telah berkurangan.  Insya-Allah saya akan mendapatkan rawatan belah kanan pula untuk dengan harapan sakit pinggang ini akan sembuh sepenuhnya.

Kepada sesiapa yang mengidap sakit pada tulang atau sendi, saya mengesyorkan membuat rawatan di sini. Kos yang dikenakan adalah :

1. Consultation :RM50

2. Suntikan : RM50 untuk satu suntikan. (Bilangan suntikan berbeza bergantung kepada pesakit)

3. Ubat :RM100

Sekadar peringatan, sehingga tarikh 9 April 2011, Klinik berkenaan cuma menerima transaksi tunai sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh lawati http://www.proloclinics.com/index.php ataupun http://www.prolotherapy.org/



 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

17 comments:

zainuddin berkata...

salam.

skrg ni mak saya sedang mengalami sakit slipped disc ni...kalau ikut saranan doctor , mmg kena buat pembedahan.. tp x berani nak ambik risiko sbb dia dah berumur..

cuma nak minta pandangan puan ttg rawatn ni...mcmana keadaan puan selepas menjalani rawatan ini sehingga waktu sekarang?

ummiadam berkata...

Alhamdulillah, saya sekarang telah banyak sangat kurangnya berbanding sebelum ini. Saya tak mengatahkan 100% sembuh selepas sekali rawatan, tapi memang berbaloi dan tidak menyesal mencubanya

fadzril berkata...

salam, sekaar bertanya...saya juga mengalam skit dibahagian kiri pinggul
adakah terapi Rawatan Prolotherapy berkesan terhadap sakit puan?
saya ingin mencuba kaedah rawatan tersebut

fadzril berkata...

salam
saya juga mnghadapi masalah yg sama...
cuma saya ingin tahu keadaan puan skrg, benarkah ia benar2 berkesan berbanding rawatn lain yg puan ambil sebelum ini

ummiadam berkata...

Alhamdulillah, ianya berkesan kepada saya. Namun jangan lupa juga peranan doa kepada Yang Maha Esa. Refer kepada tulisan saya mengenai buku untuk rawatan sakit pinggang, saya rasa ia sedikit sebanyak juga menyumbang.

nina berkata...

salam
kak saya baru sahaja diserang sakit slip disk dalam tempoh 1bulan..sakit..mmg sakit,bagaimanakah proses rawaatn ini?boleh akak ceritakn?

zul berkata...

salam, website www.proloclinics.com telah ditutup dan di ganti dengan website baru, iaitu
www.prolotherapy.my

ummiadam berkata...

Thank you doktor, for the update..
I'll update my friends

syafiq berkata...

ingin bertanya..rase sakit di pinggul bile duduk lame..sakit tu rase di tulang..adakah melibatkan sakit seperti di atsa jugak?..jika ya,bolehkn dirawat mggunakan rawatan seperti di atas?

ummiadam berkata...

Sila dapatkan nasihat daripada doktor anda, sebab saya adalah pesakit, bukannya doktor. Kalau perlu buat x-ray dan MRI. Kalau doktor sahkan anda mengidap slip disc, mungkin kaedah ini sesuai. Cuma mengikut pembacaan saya slip disc biasanya berlaku di pinggang atau leher dan bukannya pinggul. Entahlah..sekali lagi saya pun pesakit, bukan doktor.

Hayati berkata...

Dear Doc,
Saya memang dah lama ada masalah sakit lutut tetapi saya cuma per ke hospital kerajaan sahaja, saya ingin pergi ke klinik doctor dan nak tahu pembayarannya mahal ke? Kerana saya tidak mampu kalau harganya mencecah sampai 500 ringgit. Sekian, terima kasih.

ummiadam berkata...

saya bukannya doktor, saya pun pesakit. Kalau nak cakap dgn doktor sila ke laman web yang diberikan.

LINA berkata...

Untuk mengurangkan sakit belakang, apabila rukuk, tangan kena lurus selurusnya dan belakang kita pun nampak lurus..dan akan terasa tulang belakang akan berbunyi...relax...lepas tu baru baca...subhana....

Banyak tempat yg menjalankan terapi ini.mungkin boleh bertanya di saya lupa addr dia...Ajarkan aku Ya Allah... Solo of Islam dan sebagainya...

ida hamdan berkata...

as salam.
Sy nak share pengalaman sy..
2009 sy first sakit and done wit MRI.- result slipped disc di L5 and L3..kesan x dpt berjln spt biasa, bersin, batuk pun sakit d pinggang (terutama sebelah kiri). sy x buat operation selepas berjumpa lebih dr 3 org doc. sy byk berurut secara urutan selauk (perubatan urut utk org yg patah tulang di srwk) dn perubatan cina..di samping pengambilan gamat healin utk tulang. sy juga ada berjumpa dgn seorg makcik yg berubat dgn cara ayat alquran..dn dia mengatakn sy telah dibedah secara batin..memang pd mlm nya sy x tersedar spt selalu dn menangis kesakitan .keesokkn pgnya sy dpt mengeliat spt biasa...dn seterusnya..sy byk menggunakn kaedah berurut dn terasa sdh sembuh selepas mengerjakn UMRAH pd 2010.
Tp akibat kelalaian ( pindh rmh baru)..pd pg 19 mac 2012, bermula terasa sakit urat di punggung sebelah kanan semasa nk membuang air besar..sy terus x dpt berjalan spt biasa dn terasa urat kaki sebelah kanan macam nak putus.SAKIT SGT! (Rupanya apa yg d fikirkn ..berlaku juga). Akibatnya dr pinggang hingga ke lutut (sebelh kanan) terasa kebas dn alami masalah tidak terasa membuang air kecil. doc memberikn 3 injuction , painkiller dn ubat sakit urat. sekarang sy diberi masa 2 bulan utk buat fisio, x baik operation sebagai alternatif terakhir..le jwbnya! .sy x mkn ubat..kerana ubat utk sakit urat mengandungi steriod dn painkiller yg akn effect pd buah pinggang...buat masa ini sy mengambil jus intra , vit B yg d beri pihak hospital..dn sentiasa menggunakan ais/fisiotheraphy gel beg d tmpt yg terasa kebas.Dlm masa sebulan lebih, sy dpt rasa kebas semakin kurang... Mcm doc swasta yg sy jumpa (pakar tulang)...apabila mengalami slipped dic, bg masa tempoh 6 bln ..dgn rawatan ubat, dn fisio. jika x sembuh..dn masih x dpt berjln spt biasa..barulh di buat operation. ...Kata 'doc peribadi' sy (my mum )..rupa mcm dh elok tp yg di dlm x sembuh lg, penyakit nk dtg mcm ribut , nk pergi mcm semut. krgkn pergerakan..avoid angkt berat..doalh yg terbaik utk kehidupn .nak pergi klinik yg pn nyatakn jauh, kos mahal..(kerja d srwk , org semenanjung)...tp insyaallah ada rezki sy usahakn juga...muga sy cepat sembuh. amin...BLOG PN TERBAEKKK.THANKS!

Zul berkata...

IKHTIAR dengan produk SNE untuk ANDA yang bermasalah: www.produksne.com.my
1. Lumpuh/Strok/Saraf
2.Jantung/Darah tinggi
3.Koma/Patah Tulang
4.Buah Pinggang/Gastrik
5.SakitPinggang/Sendi
6.Buasir/Haid/Sembelit
7.KencingManis
8.SLE/Luekimia/Thalassemia
9.Gout/Sakit Lutut
10.Asma/Lelah/Resdung
11.Thyroid/Bisul/Jerawat
12.SukarMengandung/Keguguran
13.Kanser/Fibroid
14.Penyakit Kulit((Psoriasis/Ekzema)
15.Prostat/Hati/Paru-Paru
16.Masalah Seksual/Berat Badan
17.Batu Karang/Tidak Lawas
18.Penyakit yg sukar di ubati......

Hamid bin Ahmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Hamid bin Ahmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catat Ulasan