RSS

kemelesetan ekonomi dunia

Mungkin bagi sektor awam, tidak begitu terasa sangat kesannya, tetapi sedikit sebanyak tempias kemelesetan tuh tetap ada. Contohnya untuk tahun nih kami telah merancang beberapa siri kursus untuk pelbagai modul kepada beberapa kumpulan sasar. Untuk mengadakan kursus, paling murah jika diadakan di dewan bangunan sebelah, sewanya sahaja, termasuk sarapan, makan tengahari dan minum petang adalah RM65-RM85 seorang sehari, bergantung kepada bilangan peserta. Ini tidak termasuk lagi penginapan, bagi peserta yang diluar Kuala Lumpur. Dan biasanya kursus bukan untuk seorang dan juga tidak sehari. Paling kurang biasanya akan memakan sejumlah RM10 ribu untuk setiap sesi.

Dengan keadaan kegawatan ekonomi dan proses jimat cermat sekarang ini, nampak gayanya macam semua perancangan awal tahun lepas akan kekal sebagai perancangan, dan tunggulah kalau-kalau ada duit jatuh dari langit barulah perancangan tersebut akan dilaksanakan.

Aku?? Suka kerana
1. Tidak perlu outstation-tidak perlu meninggalkan anak yang sedang aktif diwaktu malam dibawah jagaan suami.
2. Tiada official job, so waktu lapang digunakan sepenuhnya untuk aktiviti-aktiviti menjana pendapatan tambahan (masih dalam perancangan)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

liza berkata...

akak
add lah application follower..senang nk tau bila akak update blog..suh abg wat kat blog adam skali tau..

Catat Ulasan