Teknik Cakaran Harimau.
nie ambik dr petikan webpages utusan malaysia online....
1)langkah pertama
- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut
tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian
itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.
2)Langkah kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ....
3)langkah ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.
4)Langkah keempat & 5)Langkah kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia
dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah
dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.
Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah,
bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat
cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh
kasih sayang,'' jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.
6) langkah enam
- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk
pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.
7)Langkah ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut,
suami berasa tenang dan seronok.
8)langkah 8
- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya
cinta padamu' atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,''
katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan